Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Sunday, March 3, 2013

Bandung Day 3 & 4. Trans Studio Bandung & Last Minute Shop!

AsSalam semua.

Alhamdulillah. Bila update belog pasal pi jalan2 ni, ramai yang baca. Terima kasih!

Kali ni, nak cerita pergi Trans Studio Bandung. 

Lepas berjalan ke Tangkuban Parahu, Ciater Hot Spring dan Ladang Strawberry, kami ke Trans Studio Bandung. Beli tiket half-day sahaja sebab masa tu dah pukul 2 petang rasanya. Macet nye toksah kata. Dengan hujan diluar, banyak gila kereta. Kami gagahi jua okayyyyyy. Macam la jalan kaki kannnn. Tapape.

Trans Studio ni lain daripada yang lain sikit. Harga tiket masuk IDR 150,000. Bila kita beli tiket masuk tu, kita akan diberi Mega Cash Card (macam Touch 'n Go kad) yang mana 1 kad boleh dikongsi dua orang. Harga 1 kad = IDR 10,000. Kad ini perlu disentuh pada alat penyentuh tu. Alaa macam Touch 'n Go la kau sentuh2 tu. Bukan sentuh orang tau. Sentap nanti. Kad tersebut boleh digunakan untuk membeli makanan, souvenirs, etc. Dan jangan risau, kad itu kalau tak habis guna boleh refund. Sila refer di website nya di SINI.











Sekitar Trans Studio, Bandung.

Masa ni aku malas sangat nak ambil gambar. Sebab letih berjalan. -___-". Main ride satu jer. Lain2 banyak jalan. Hehe.

Malam tu, kami pergi makan. We request for no chicken anymore. So, ikan lah kitaaaaa...




Ikan Gurame goreng. Garing gilaaaa nyumsssssss!

Tauhuuu.


Romantik oo tempat makan dia. Area Jalan Riau kot ni.... 


Lepas makan, balik hostel. Tidoq. Eh aku tak bagitau lagi kan aku tidur hotel mana. Nama hotelnya, Hotel Unik, Bandung. Cantik hotel nye. Simple dan sarapan pagi dia bestttt.... Aku makan mee ala2 hailam + nasi goreng + keropok + sambel + su'un yang aku sangkakan mihun. Kemain aku amik su'un tu separuh pinggan sebab ingat kan mihun. Chet.. Hotel ni dekat je dengan Kartika Sari iaitu kedai kek famous kat Bandung ni.  Dalam 30 saat dah sampai. Nampak sangat dekat benar kan....

Kat Kartika Sari tu pun aku beli 1 brownies & 1 kek tiga rasa. Sedapppppppppppppppppp. Kek lapis dia sedap. Lagi2 yang ada buah plum tu. Korang cuba la. Pastu Cream Puff, Rainbow Cake, semua sedap. Amboi kan. hehe. Sebelah Kartika Sari tu, ada jual T-Shirt Bandung 6 helai IDR 100,000. Heee. Ada jual Pisang Keju dan pelbagai jenis kerepek tempatan. Huuuuu. 

Lepas kami ke Kartika Sari hari last day nak balik tu, kami singgah Pasar Baru jap. Sampai tengah hari. Beli baki2 barang yang tak beli lagi. Lepas tu ke Rumah Mode. Shopping lagi bajuuuu cantik nanti nak pakai pi sesuatu tempat bulan 4. Heheh. Kepada yang penggila shopping tu wajib pergi sana. Memang mana2 aku baca belog pun suruh wajib pergi sana. Jadi, pergi la korang ye.

Flight kami pukul 7.30 pm kot. Jadi, mari la balik Malaysia.........

....



Selendang cap Bandung IDR 30,000 = RM 10. Heheh.


Aku takde la nak gi Bandung lagi. Tengok la macam manaaaaaaaa.....

Okay, itu sahaja untuk Bandung... Harap2 lepas ni banyak benda aku update la hoi.



[++ So Good ++]

Sunday, February 24, 2013

Bandung Day 3! Tangkuban Parahu - Ciater Hot Spring.

Sambung Bandung Day 3!

Kali ni kami pergi ke Tangkuban Parahu, Ciater Hot Spring & Ladang Strawberry.

Pertama sekali, kami gerak ke Tangkuban Parahu. Tangkuban Parahu ni adalah sebuah gunung berapi 25 km di utara Bandung. Nak tau sejarah atau lagenda tempat ni, sila rajin membaca ye. Menarik jugak. Jauh perjalanannya. 1 jam ado sebab macet. Baca surat khabar semalam, katanya tempat ni tak dibenarkan masuk sebab menjadi aktif selama 2 jam. Aku pun tak berapa pasti. Sebaik den sompek naik sano bulan Jan haritu. 



Sampai!



Ni dah macam model tak jadi.

Tak turun sini pun. Sebab malas nak jalan. Haha.

Gilak ka Rina? Anyway, today is her birthday! :)

Bajet Dil To Pagal Hai sangattttt!!

Suami isteri yang macam-macam.

Wajib la amik gambar ni.


Souvenirs.........

Next pit stop - Sari Ater Hot Spring atau dikenali sebagai Ciater Hot Spring atau Bahasa Melayu nye Kolam Air Panas Ciater. Banyak nau nama kan. Kalau pergi Tangkuban Parahu, wajib pergi Ciater sebabnya, tempat ni adalah di kaki gunung Tangkuban Parahu. Korang nak mandi sini, mandilah puas2. 



Huuu risau pulak kannnnn. Macam kolam air panas ni boleh bawa maut ka???


Antara aktiviti yang disediakan..


Parking lots.

Hujan pulak masa sampai. So, budak2 ni sewa 1 payung 10k. Hee.

Aku share dengan Bolat. Sebab payung aku tertinggal dalam van.

Yang dalam bulat tu, memang panas gila2 panas. Fuuuuh. Orang awam kat situ cakap, kalau kita rendam kaki, dan bila keluar dari rendaman tu kaki kita warna merah, maknanya kita sihat.

Cantikkkk...

Jalan kaki ayam je kami. 







All of us! 


Pastu kami berendam kaki kat Fish Therapy. Dalam RM7 sekali masuk. Unlimited time.

Kau tak tahu betapa menjeritnya kami semua masa nak rendam kaki dalam tu. Tengok ikan dia gemuk2. Mesti banyak makan sel kulit hari2. Geli gila hoi. Sampai si Bolat cecah kaki pun tak sanggup. Memang lawak dan menangis2 kami.

Banyak gilo.

Toba tu pun sama geli jugakkkkkkk.

Seterusnya, kami singgah di Ladang Strawberry yang tak berapa nak best.... Sebab semua strawberri dah lenyap. Huu. Jadi, kitorng minum air strawberry free jeeeeeeeee... Haha.


Ketandusan strawberry. Kesian betul.



Pastu pi makan tengah hari. Sunda's dish this time! Aku tak pasti kat mana ni. Sorry. Boleh makan sama ada di bawah atau di atas. Unik sebab dibuat dari rotan, kayu, nipah..

Kami pilih tingkat atas.


Nampak jalan kat sebelah sana...


Food we ate.

Sup tu tak berapa menepati selera aku sangat. Pelik sikit rasanyer.

Tauhu tempe tauhu tempe ayam goreng. Nyums..

Ok laaaa. Cuma takde kuah. So boring.


Macam panjang sangat pulak..... 

Ekspedisi seterusnya lepas makan ni, kami ke Trans Studio Bandung. Jadiiiiiii..... tunggu next entry.

Babai!!!


:)


[++ So Good ++]