Sunday, March 3, 2013

Bandung Day 3 & 4. Trans Studio Bandung & Last Minute Shop!

AsSalam semua.

Alhamdulillah. Bila update belog pasal pi jalan2 ni, ramai yang baca. Terima kasih!

Kali ni, nak cerita pergi Trans Studio Bandung. 

Lepas berjalan ke Tangkuban Parahu, Ciater Hot Spring dan Ladang Strawberry, kami ke Trans Studio Bandung. Beli tiket half-day sahaja sebab masa tu dah pukul 2 petang rasanya. Macet nye toksah kata. Dengan hujan diluar, banyak gila kereta. Kami gagahi jua okayyyyyy. Macam la jalan kaki kannnn. Tapape.

Trans Studio ni lain daripada yang lain sikit. Harga tiket masuk IDR 150,000. Bila kita beli tiket masuk tu, kita akan diberi Mega Cash Card (macam Touch 'n Go kad) yang mana 1 kad boleh dikongsi dua orang. Harga 1 kad = IDR 10,000. Kad ini perlu disentuh pada alat penyentuh tu. Alaa macam Touch 'n Go la kau sentuh2 tu. Bukan sentuh orang tau. Sentap nanti. Kad tersebut boleh digunakan untuk membeli makanan, souvenirs, etc. Dan jangan risau, kad itu kalau tak habis guna boleh refund. Sila refer di website nya di SINI.











Sekitar Trans Studio, Bandung.

Masa ni aku malas sangat nak ambil gambar. Sebab letih berjalan. -___-". Main ride satu jer. Lain2 banyak jalan. Hehe.

Malam tu, kami pergi makan. We request for no chicken anymore. So, ikan lah kitaaaaa...




Ikan Gurame goreng. Garing gilaaaa nyumsssssss!

Tauhuuu.


Romantik oo tempat makan dia. Area Jalan Riau kot ni.... 


Lepas makan, balik hostel. Tidoq. Eh aku tak bagitau lagi kan aku tidur hotel mana. Nama hotelnya, Hotel Unik, Bandung. Cantik hotel nye. Simple dan sarapan pagi dia bestttt.... Aku makan mee ala2 hailam + nasi goreng + keropok + sambel + su'un yang aku sangkakan mihun. Kemain aku amik su'un tu separuh pinggan sebab ingat kan mihun. Chet.. Hotel ni dekat je dengan Kartika Sari iaitu kedai kek famous kat Bandung ni.  Dalam 30 saat dah sampai. Nampak sangat dekat benar kan....

Kat Kartika Sari tu pun aku beli 1 brownies & 1 kek tiga rasa. Sedapppppppppppppppppp. Kek lapis dia sedap. Lagi2 yang ada buah plum tu. Korang cuba la. Pastu Cream Puff, Rainbow Cake, semua sedap. Amboi kan. hehe. Sebelah Kartika Sari tu, ada jual T-Shirt Bandung 6 helai IDR 100,000. Heee. Ada jual Pisang Keju dan pelbagai jenis kerepek tempatan. Huuuuu. 

Lepas kami ke Kartika Sari hari last day nak balik tu, kami singgah Pasar Baru jap. Sampai tengah hari. Beli baki2 barang yang tak beli lagi. Lepas tu ke Rumah Mode. Shopping lagi bajuuuu cantik nanti nak pakai pi sesuatu tempat bulan 4. Heheh. Kepada yang penggila shopping tu wajib pergi sana. Memang mana2 aku baca belog pun suruh wajib pergi sana. Jadi, pergi la korang ye.

Flight kami pukul 7.30 pm kot. Jadi, mari la balik Malaysia.........

....



Selendang cap Bandung IDR 30,000 = RM 10. Heheh.


Aku takde la nak gi Bandung lagi. Tengok la macam manaaaaaaaa.....

Okay, itu sahaja untuk Bandung... Harap2 lepas ni banyak benda aku update la hoi.



[++ So Good ++]

3 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete
  2. Aikkk.. kejap aje gi Bandung... Tak puas baca.. Iskkkss... Frust.. He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bandng-Jakarta je time niiiii..

      Pastu sekejap je pulek kan. Next time pergi lagi. Haha.

      Delete