Friday, January 31, 2014

China Trip April 2013: Xi'an Day 2 (City Wall)

Assalamualaikum!

Previous post:

China Trip April 2013: Xi'an Day 1 (Muslim Quarter)



20 April 2013

Hari kedua di Xi'an. Harini kita rilek2 sahaja. Packing barang siap-siap dan check-out. Tiba-tiba, Han Tang Inn gelap gelita. Blackout kekdahnyer. Nasib baik dah cun siap pakai tudung. Jadi, kami simpan luggage dalam storage room. Dan mari menuju ke City Wall! 

Sekitar kawasan di Han Tang Inn

Jalan kaki ke Bell Tower.  Naik bas #603 atau #609 dari Bell Tower ke South Gate dengan hanya 1 Yuan. 



























Tempat tunggu bas. 

  
1 stop sahaja dan dah sampai! 

Ok masa ni kami tak jumpa pintu masuk City Wall. Cross road yang sangat gila. Patah balik apa semua baru jumpa. Bayangkan zebra crossing tu buat kat roundabout. Tanpa traffic light untuk pejalan kaki. What do you expect? Harusla banyak bas, kereta, motor bersimpang siur kat situ. Berlari-lari nak lintas jalan risau kena langgar. 

Dah nampak dah City Wall. Tapi mana pintu masuk??? 

Jalan ke pintu masuk City Wall South Gate. Hijau sungguh.

City Wall ni adalah salah satu sistem pertahanan versi lama yang paling besar di dunia. Kira mereka bina tembok ini supaya askar zaman dahulu dapat mempertahankan bandar ini daripada musuh yang senang-senang je nak panjat tembok ni.

Tembok yang berbentuk empat segi ini mempunyai 18 pintu. Tapi, tak semua yang buka kepada pelawat. Sila pilih lokasi mana nak masuk paling hampir dengan anda ok. Kami masuk South Gate. 

Bila dah jumpa, sila masuk sini untuk beli tiket.




40 Yuan untuk orang dewasa

Tak puas hati? Boleh klik gambar.


Korang bukan tengok dinding aje, boleh tengok persembahan mengikut masa yang ditetapkan seperti dalam gambar tu. Kami dapat tengok yang jam 10.30 pagi. 

Nampak senang je nak pusing City Wall ni. Tapi, jauh baqhang!!!

Gerbang pintu yang besar dan unik!

Warrior Parade Performance 10.30 am.
Jam 10.45am ada Sculpture Show. Warrior yang sama juga, cuma untuk part ambil gambar bersama abam mata sepet.

Tempek satu!
  
Sekitar kawasan ni la buat performance tu.

Naik tangga untuk pusing-pusing.

Dari atas Xian City Wall. Awesome view, kan!

Oops ada mamarazzi.
 Lagi gambar dari pandangan atas.

Kat South Gate juga boleh sewa basikal ye. Kitorang konon-konon tak nak naik basikal. Nak jalan kaki sikit je sampai sepelaung tu. Tapi, memandangkan kami tak lah gagah mano, ayuh la sewa. 

40 Yuan untuk 100 minit. Main minit aje dorang ni. Ingat mampu ke nak pusing sejauh 13.7 km selama 100 minit tu ahkakkk? -___-"

Klik untuk tumbesaran. 40 Yuan tu memang murah, tapi kena bayar deposit 200 Yuan yer SATU BASIKAL. Mahal bebeno. In case la apa-apa jadi kan, handle patah ke kan.

Oh kat sini ada single bike, double & triple bike juga! Harga lain-lain.
Sightseeing car ala-ala caravan pun ada.


Cantiknya bumbung rumah! 
Aku tak tau la kenapa gambar ni kelabu je. Tapi hari ni sejuk juga la. Camera salah setting kot. Walaupun tak guna SLR. Hahah.

Kesian Khal tak larat. Demam tapi jalan jugak. Rugi nanti dah sampai jauh-jauh kan takkan nak tidoq dalam bilik.

Sebab tu kita tidur kat sini!
Haha bertuah betul dua orang ni.





Sampai tak nampak hujung pangkal jalan. Kami mampu berbasikal sejauh 1 row + setengah. Sebab 100 minit mencemburui kami. Eh kejap, bukan ke kita rehat makan pun 30 minit ke? Hahahaha.

Diakhiri dengan gambar kami berempat!

Balik daripada Xi'an City Wall ni kami pergi ke Muslim Quarter semula untuk lunch. 

Ok la tu jer yang sempat menulis.

Entry hari kedua di Xi'an ada lagi!

Ok itu nanti la yeee..

:)




No comments:

Post a Comment