Saturday, April 23, 2011

Nak final dahhh...

Hi!!


Minggu ni dah nak mula exam. Tak study pun lagi. Ada ke member suruh aku study dulu. T.T. Epp, abes tu dorang bila plak nak study?

First paper, 28th Apr, Entrepreneurship. Haa, jangan salah faham. Aku bukan student bisness okay. Subjek sampingan je ni. Kata nak jadi Entrepreneur satu hari nanti. Tehee. Tapi subjek ni menghafal. Adoi. >.<

Lepas tu, Thermal pulak. 3 Mei. Ni memang kira-kira. Tak boleh nak cakap apalah, lecturer pun suruh study subjek ni lebey. Carry mark ak berapa je laa. Sobsss. Ok, kental.

Eh tapi 29 Apr ada concert Maroon 5. Jengjeng. Ada orang nak belanja kitew laaa.. :) (wait and see) burr.

#Edited#

Me with Sha @ Pak Li.


Sedih tak kereta ku?




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 19, 2011

Baca la, penat aku taip panjang-panjang, upload gambar banyak-banyak..

Hai! =)

Minggu ni minggu belajar. SEPATUTNYA. Tapi, macam tak patut pulak bermain-main, menghadap laptop menonton Glee & Supernatural, melagho main Facebook & Twitter & Blog dan juga jalan-jalan. Apa ni. Mana buku Thermal & notes Business? Takde dalam senarai perjalanan minggu belajar pon. Ngeng.

Ok takpe, kita tengok gambar la. Masalah aku nak belajar tu, nanti aku setelkan.

Tapi sebelum tu nak suruh korang tolong la bagi hadiah hari jadi aku album ni:

Avril Lavigne - Goodbye Lullaby [Deluxe]

Harga nak mahal je. Apa kata bagi murah jer. Burrr....

Ni kira kena update list hadiah hari jadi selain daripada OVEN jual kat Giant dan juga KAD PENGENALAN baru. Teheeee~

Saje kasi tulisan besar sikit bagi korang nampak.

Sayang anda sangat2 kalau bagi CD ni. Hahaha.. Ok, serius ni tak tipu.


Nak please!


Ok, cerita lain.

Hari Sabtu, Ain datang rumah. Sebab nak pergi Job Fair kat Mid Valley keesokkannya. Budak baru habis belajar kena cari kerja okayyy... Maka gambar di bawah banyak gambar makanan je la. Macam tak biasa bila keluar dengan member2 aku ni. Haha.


Sampai Subang je terus bawak Ain pergi Pyramid. Nak jalan la dan Ain lapar, aku tak masak so kita makan luar. Hehe.

Carl's Jr!

Peminat Ain, ni latest gambar dia. Hahaha


Nyumss.


OMG OMG.
So cute!

NZ Natural Ice Cream.
Wawawa.
Ni semua kerja Bolat ajak try makan dulu.



Esoknya, ke Mid Valley lah kita. Eppp, gambar kat event satu je. LOL.


Taklah selautan manusia macam kat PWTC hari tu.


Lapar, makan kat Noodle Station.
Spicy Trio bla3. Sebijik rasa Maggi Kari. Adoi.

Ain punya pon rasa Maggi Tomyam.
Burr.

So takpe, amik gambar je.

Banana Split.
Hoho.


FINE! SAMPAI SEKARANG TERINGAT. MENYAMPAH BETUL.

Aku naik KTM okay.
Kau ingat tunggu 5 minit ker?
10 jam ado.
Benci.

Restoran wajib pergi bila lepak dengan budak2 ni.
Murni USJ.
Jalan kaki je kot. Haha.

Nasi Goreng Bacon.

Nasi Goreng Ayam Pandan



Ain dah balik pon semalam. Kesian dia, dahlah rumah kat Pahang. Time bas dah gerak, ada orang call dia, "Awak boleh datang interview kat KL tak esok?"

Macam shaitttt jer. Haha. Sian kau Ain, takde rezeki nak gi interview tu ek.

Takpe, coba lagi. Hihi.


Bye semua!






[++ So Good ++]

Friday, April 8, 2011

Second thought

I hate this one. Second thought.

Tiap kali aku nak beli barang, aku fikir dua kali.

KEHENDAK atau KEPERLUAN.

Contoh:

"Wow, cantik gila baju ni. Nak beli". Lepas tu belek harga, tak mahal, tak murah. Lepas tu fikir. Dan fikir. Diam. Belek baju. Fikir. Belek price tag. Fikir. Bila aku nak pakai? Fikir. Ok lah, jalan-jalan dulu. Fikir. Nanti beli lain kali. Blah.

OI NI BUKAN FIKIR DUA KALI DAH NI. Million thoughts okayyy..


I want this! Gambar sini KLIK.

Hari lain, konon2 datang kedai tu jugak nak tengok baju tu. "Eh, ada lagi la baju tu. Nak beli ke takkk?"

Belek. Fikir. Malas nak beli. Fikir. Ok angkat baju nak bayar. Eh, letak balik. Takpayah lah beli.
Haha.

dan ini! Gambar disini KLIK kalau nak order.


Hari seterusnya datang, baju tu dah takde... Perasaan dia macam, "Memang tak perlu beli baju tu kot. Mungkin nak save duit untuk kahwin kot kan.Takde rezeki nak beli baju tu. Takpe2 jangan sedih2".

Paleotaklu.

Apa tak sedih pulak. Sedih kot. Lagi-lagi kalau beg aku nak dah takde. Faham tak perasaan aku-nak-la-beg-tu-apesal-ada-orang-beli??!!!

Padahal salah sendiri.


Haa ni lah masalahnya kalau ada second thought. Kau jangan cakap la, kalau aku kuar dengan member, semua tak puas hati diorang aje yang shopping, aku tak. Jalan jauh2 sampai KL nun, haram tak beli apa2. Bosan lah aku ni. Tapi, ini serius bukan main-main. Tak percaya? Tanya lah kawan aku. They know me the best. Hihi.

Kalau aku shopping sorang2 pon situasi sama berlaku. So bukan penyebab pihak ketiga ke apa cakap baju tu tak cantik la apa la itu la ini la.

Atau mungkin ini adalah cara untuk aku simpan duit?? Ye betul tu, fikir positif Cik Siti.


Hurm, duit dah nak habis ni la baru fikir nak shopping macam-macam. Burr...


kata pendek: Simpan duit beli baju MPG?

[++ So Good ++]

Monday, April 4, 2011

Random.


Tajuk asyik nak sama aje.

Tapi jangan risau, isi lain-lain.

Maka, ni la segala aktiviti yang dah pergi buat beberapa minggu sebelum ni. Orang sibuk, update blog sebulan sekali je. Hahaha.


Ini sebelum nak pergi Career Attack kat Dewan Seri Budiman, UiTM Shah Alam.

Saje nak cuba test market dalam sesi temuduga. Dapat la jugak cuba satu company.
Fuhh Fuhh berdebar nya toksah cakap. Ni baru cuba belum betul-betul.
Maka disebabkan itu, takde gambar dalam dewan. Ingat nak amik, tapi nervous mengatasi henfon. Haha.
Pengalaman yang bagus juga. Dan ditemubual pula oleh HR yang sungguh tenang saje dan aku juga tenang lah. Kalau dia serius, kelam kabut kot nak jawab sebab tak ready langsung.
Ini serius ya. Lepas dah temuduga baru interviewer tu kata, company kita kat Bahau yaw, nak pergi ker?
Without any hesitation, I said, "YES".

Bila fikir balik, jauhnyaaaaaa.. Burrr..



Ini situasi sekitar Job Fair di PWTC. Banyak booth company besaq keciq semua ado.

Letak la kau resume kat company2 tersebut.
Tapi sekarang dah maju, kita hulur je pendrive. Nanti dia sedut.
Takpon, kau hantar je resume melalui company punya email ke apa.
Senang, mudah.
Time ni dapat banyak pen.
Sana sini dapat pen.
Glove pon dapat okay.
Kata pergi manufacturing punya company. Haruslah.


Ini pula latest one.
Program penghabisan sekolah di UiTM.
Dah sem lapan maka harus menjalani program tiap2 minggu.

Ini grup member. Budak dalam kelas tu tak sempat nak amik plak.
Hihi. Sori rakan.

Program ni berkaitan kerjaya di masa hadapan.
Ke ada yang nak kahwin lepas ni?
Ada, apa takdak plak.....
Haha..

Kami makan kat lantai jer sebab student medic ada dalam kelas tu so takleh nak makan kat situ tapi sebenarnya alasan je padahal tingkat lain berlambak kelas kosong.


Ni Nabihah menang futsal wakil Singapore.
Kan Bi???????

Hihi.


Tengok la tu. Kesian kitorang.
Hahahah.




Ok lah.

Itu je buat waktu ni.

Babai.

=)





[++ So Good ++]