Saturday, December 31, 2011

2011 - Its a wrap!

Hai! Its New Year's Eve 2011!

Aku pun dok search entry 31 December 2010 dan 1 January 2011. Sebaik takde azam tahun baru. Kalau tak, wajib update kot whether berjaya atau gagal! Jadi tahun ini, aku mahu buat azam tahun baru lah. Tapi rasanya, elok lah pada 1 Januari 2012 aku update yer. Tak feel lah wey azam 31 Disember 2011. Betoi tak? Haha.

Pada waktu ini, tahun lepas aku ade kat Singapore ni berjimba jimba bersama keluarga. Tapi pukul 11pm dah tidur sebab penat jalan satu hari dow kat sana. Jadi, aku memang tak celebrate new year pon. Tak pernah pun celebrate. Weyh jalan sesak kot! Kau tengok tv kat i-City tu. Mentang2 free parking malam NY, semua orang nak pergi sana. Baik kau tidur kat rumah tau tak! Haha. Confirm malam ni ade bunga api lotup lotup. Tidur pun tak tenang. Pff.

Jadinya, tahun 2011 ni penuh dengan bermacam-macam! One of it, aku dah jadi salah seorang graduan UiTM! So proud of myself. And I also got a job! +1. Walaupun probation period lagi, demi masa depan nak kahwin (HOI PERASAN) ku gagahi jua kerja tau! Mana nak kumpul duit noks? Ingat turun dari langit, petik dari daun pokok? 

Malas pulak nak recall everything tahun 2011 ni. Burr.


Okaylah. Asal aku update last entry tahun 2011 ni yee..

Jumpa esok 2012! :)


Babai!




[++ So Good ++]

Monday, December 26, 2011

Kenduri kahwin lagi!

Hai!

Selamat Hari Natal kepada yang menyambutnye. Jadiii.. kali ni nak share pergi wedding abang kepada kawan kita. Nama kawan Arina. Nama abang nya Remy. Turn dia kahwin, tak tahu bila lagi. #Eh?


Lepas kerja hari Sabtu terus zasss pergi KL. Gagah tau bawak baju kurung pergi opis. Tukar baju kat opis lagi kau. Susah bebeno kalau kerja hari Sabtu ni. T__T. Demi ajakan kawan ke majlis, pergilah jugak ye. Sebaik lah setengah jam je dah sampai. Jalan pun tak jem, barangkali semua dah balik kampung sebab cuti sampai Isnin sebab Xmas.

Kenduri kahwin nya kat Felda Villa, KL. Cantik tempat tu. Makanan pun boleh tahan juge. Okaylah malas nak menaip. Tengok gambar je macam biasa ok!

Cupcake yang SERIUS sedap. 

Hai kawan2! Dari kiri: Qilah, CikNon & Arina.

Dengan Amal. Motip nak buat ala2 bloomy?

Cun2.

Feeling ala2 garden pon ye.

Bersama pengantin.



Kolam.

TIme ni dah 4.30 kot. Majlis habis 3.30pm. Dia dah pasang barang2 untuk event kahwin malam tu pulak. Perghh.. Berderet orang kahwin ye.






Kat luar Felda Villa tu.



Bulan ni aku rasa macam tiap minggu pergi wedding ok! 

Bila la aku nak kahwin pulak ye. *Gatai* KBAI.





[++ So Good ++]

Thursday, December 22, 2011

Random.

Asal aku update sudah ye.


Sate gebu di MBI Terrace, Ipoh.

Tirah & Neeysha


Khay & Ain
  
Nasi Goreng Kampung.

Chatime @ Ipoh. Long queue, as usual.


Dinner with Sha at Kenny Rogers, Pyramid. Have you try the new menu? Quite nice.

 But the service was super slow-mo. I didnt think we should pay the service tax tho. New waiter. He didnt even ask us which side dish we would like to choose. -_-".

Attending a wedding with Ain at SMTKL.


Pink theme!


We wore similar baju kurung. Sigh.


Have fun people! Weekend is coming!



[++ So Good ++]

Thursday, December 15, 2011

Kenduri Kahwin!


My next trip!

Sungai Petani! Untuk hadiri majlis kahwin kawan se-sekolah ku, se-roommate ku, se-homeroommateku, se-kelasku: Suhanis Suberi & pasangannya, Aisamuddin. Tahniah! Semuga berbahagia selamanya. Doakan Khay kahwin pulak ye lepas tu jumpa jodoh cepat sikit. Hehe.




Ohoi, jauh trang tang tang aku datang dari KL ok! Ni Izni la mengajak aku pergi utara nun. So, xpelah.. sebab aku pun takde buat apa. Saje nak pergi utara tu. Sebab lama gila ok tak singgah sana. Gagah aku naik bas sorang2. Time nak naik bas tu, aku dok tweet aku nervous gila. Serius oh. Last bila entah aku naik bas jauh-jauh ni. Wey naik RapidKL tu tak campur ah! Busuk hati betul korang ni. Hihi.

Jadinya, sampai Sungai Petani hari Sabtu malam dalam jam 1130. Kau tahu takk. Macam hampeh gila sebab aku tak tahu Stesen bas Sungai Petani kat mana. Pastu macam cuak bila bas ni dok berhenti banyak kali. Konfius aku tau. First berenti kat R&R mana ntah. Pastu Tol Juru. Pastu dia lalu jambatan yang seakan2 Jambatan Pulau Pinang. Oit aku dah berkira-kira, mana lalu Penang nak pergi SP ni. -_-". Terus call member tanya. Dia pun dah macam, "Takpe, itu bukan jambtn Penang. Tu seakan2 punya jambatan". Ok hilang cuak. Tp, tak berapa lama kemudian, aku macam... HOIII NI MEMANG BETUL JAMBATAN PULAU PINANG NI. MANA ADA SEAKAN-AKAN??!. Risau gila tau tak. Haha. Then telefon lagi tanya member. Dah dia jadi, "Eh kenapa bas lalu situ ek?". Ok fine fine. Benci la jadi macam ni. Sebaik time kat Stesen bas Sg Nibong driver bas tu cakap kita nak pi SP dah lepas ni. Sigh. Fuhh Fuhh.



Selepas meneruskan perjalanan ke SP, bas stop lagi kat SP Caltex. Aku dah macam,"Aku kena turun sini kew?". Call lagi member. Ok bukan ye. By the way, SP tu tempat main bowling dulu dengan homeroom oh! Well, aku sekolah MRSM Pendang, Kedah dulu yer. Mengimbau kenangan sat.

Jadi lama2, aku pun sampai la destinasi yang ditujui. Perut lapar bunyi lagu Bieber. Lantas, aku, Fisha, adik Fisha pergi makan malam jam 12 malam ye time tu dekat Medan Selera Jam Besar. Supper berat sikit. Supper la sangat. Hihi.Superb sedap ladna dia. Konyang den.

Maka, esoknya ke kenduri Suhanis lah kita. Takdelah jauh sangat pun. Seronok jumpa member lama.. aku jumpa Anis Maisarah, deskmate ku time Form 3. Dia memang tak berubah dari dulu. Haha. Doctor-to-be ni! ;) Jumpa Izni, Aini, Najwa, Eny, Seha dll. Huu. Sebenarnya, Suhanis ni student kat IPBA, tempat mak aku mengajar sekarang ni. Mak aku kenal lah dia, cuma mak aku tak ajar dia je. 

Anis Maisarah. After like 8 years tak jumpa okay!

The wedding planner, Izni. Asal amik gambar je dia senyum. Kalau takkk... mencuka je aku tengok. Penat sangat agaknye. Hee.



 Camwhore. Haha. Kiri sekali, Fisha. :)



I met Najwa & Aini too! Hihi.
Ni semua rakan sekolah kat MRSM Pendang ye.

Pengantin. Suhanis. Alololo. You look gorgeous, friend!

Cantik la biru turqoise gelap ni. #Eh cakap pasal baju aku ke baju Sue? Haha.



Lepas dah makan apa semua, petang tu beli tiket bas ke Shah Alam. Malam tu balik rumah Fisha dan siap2 nak pergi Penang! Pergi makang makang kat Queensbay Mall. Besar jugak ek mall tu. Thanks Fisha for the treat! Thanks to your family too! :) 

First time naik kereta, Fisha drive. Hihi.

Sawah padi. Jakun sat.


Heheh

Laut!




Perjalanan menuju jambatan Pulau Pinang.

Umairah, anak buah Fisha. Sangat2 comellllllllll.


Dia nak kat semua orang, tak kisah lah sape pun. Hehe.


Well, Penang dah banyak berubah. Banyak dah bangunan. Ok ayat mcm apa je. A must visit again! :)

Oklah itu saje. Babai.




[++ So Good ++]

Wednesday, December 7, 2011

Whitewater Rafting at My Gopeng Resort, Gopeng, Perak.

HAI! (Motif nak huruf besau?)

Holiday ku sungguh awesome! Meh aku nak cerita serba serbi.

Jumaat, balik kerja terus zass amik Ain dan Neesya kat KTM Subang Jaya. Balik rumah aku, aku tidur sebab nak kumpul tenaga malam karang nak bertolak pergi Ipoh. Budak dua orang tu main internet. Konon nak gerak pukul 9 malam, tapi biasalah... pukul 10 malam la baru jalan. Alhamdulillah tak hujan dari Rawang ke Ipoh. Perjalanan smooth dan aku pun tak berapa nak ngantuk. Sampai Ipoh pukul 1230 pagi, singgah Medan Gopeng amik Tirah all the way from Penang. Malam tu, kami tidur rumah Mak Teh.

 8.45 am at My Gopeng Resort


 Banyak aktiviti. Paintball, benda alah macam motor tu..


 Waiting for briefing

Ain, Tirah, me.

Hari esoknya, pukul 8 pagi gerak lah kami ke My Gopeng Resort. 30 minit je pun dari rumah Mak Teh. Sampai2, nampak banyak gila durian. Nak je petik macam petik buah anggur. Dalam 9 pagi, kami isi borang bagai untuk buat aktiviti White Water Rafting. Lepas tu, ada briefing daripada pekerja My Gopeng Resort - Jus Marvel kot. Dia ni gila kelakar. Haha. Aku ni haruslah tak pandai berenang. Jus ni tanya, siapa sini tak pandai berenang? Kitorang pon angkat la tangan. Lepas tu, Jus tu macam terkejut. Daring sangat kot buat aktiviti sukan air tapi tak reti berenang. Eh itulah baru adventure maa!


The people! Chinese ramai. But they r all friendly!

Lepas dah pung pang pung pang briefing, aktiviti kami bermula dalam 10 pagi. Body Rafting, first activity. Kira macam warm up. Aktiviti ni nak biasakan kita dengan air je sebenarnya. Walaupun hari2 aku mandi. Dia lepaskan kita sorang2 dalam air dari hujung sini sampai hujung sana. Air dia toksah cakap, laju gila. Aku dah minum banyak gila air sungai dia. Wargh. 

Waiting turn for Body Rafting.

Ivan Tan. Baju biru tu Jus, our guider.


Dia lepaskan kau sorang2 dalam air. Gasak!

 
See! Air dalam gilaa..


Catch the rope! Nampak tak rope tu wey??

Dan, setelah dalam 15 orang melepasi Body Rafting, bermulalah second aktiviti kami - Whitewater Rafting. Ok aku sungguh cuak, tapi sungguh teruja! Ada 3 raft. Raft group aku ada 6 orang, campur guider - Jus, jadi 7 orang. Raft kami paling ramai, sebab raft lain dalam 4 orang jer. Sungai Kampar yang kami harungi tu, basic adventure je kata Jus. 10 km, dalam masa 2 jam. But we did not feel like 2 hours at all! Macam 30 minit je. Ok tipu.

Ni geng lain. Time ni kat calm water.

Ni raft kami. Hehe.

Ada banyak bahagian kat sana. Double Decker sungguh awesome sebab dia jatuh dua kali kat kawasan yang agak curam. Kat situ 50% raft boleh terbalik. Tapi kami tak terbalik. Hihi. *Fuhh* Lap peluh. Ada satu part - Why Happen namanye. Aku tanya Jus, apa tu? Dia cakap, "You'll know why". Sekali.... aku dan Ain jatuh masuk dalam air. Serius aku tak sedar aku jatuh. Ain cakap, dia nampak aku nak jatuh, so dia grab aku, sekali dia pun jatuh jugak. Haha. Tapi Jus cakap, dia nampak Ain pegang aku sebab Ain takut. Patutnya Ain tak jatuh pun.Jus expect Tirah & Neesya yang duduk tengah yang jatuh. Sekali aku dan Ain. It was a great experience though. Takut dow lemas dalam air sungai 8 kaki tu. -_-" Sebaik dorang grab aku n Ain cepat2. Tapi tu tak jatuhkan semangat aku okay! =)



Us.


Kami semua hehe





Sebelum kitorang amik gambar yang atas ni, kitorang kena turun dari raft, pegang raft tu sampai la dekat kawasan cetek ni.. Dia memang saje nak bagi kita biasakan diri..Ain ngelat taknak turun. Dia sorang je kat atas. ahhaha.

Kitorang pun ada terbalikkan raft tu. Sengaja terbalik, dengan kita2 sekali la terbalik. Bukan ada sebab pun. Ni semua Jus kata, pengalaman. Try bagi terbalik je. Gila kau dalam kot air, time jatuh tak rasa pon bawah. Tsk tsk.

Tapi, serius best water rafting. My to-do-list untuk aktiviti ni dah boleh cancel! Weeehoooo! Kalau rajin, cari kat Dealmates @ Groupon sebab situ la kitorang dapat 50% off. From RM180 jadi RM90. Which was baloi2. Spent time kat Ipoh pun around RM90, plus the room, food, petrol and tol. Worth it kan?


Balik ke pangkal jalan. Haha. Naik lori oo. 25 minutes ride.

The sad part was... Khal tak dapat join. Kan best kalau dia ada jugak. Leh jerit ramai2. Sobs. Takpe Khal, next time ya.. =)

Sekarang ni ak dok lenguh badan sebab buat aktiviti ni. Wargh. Tensen betul. Tidur tak cukup lagi ni. Haihlahhh...

Oklah, itu sahaja.

Bye!


Thanks Ivan Tan for the pics! Taken from his Facebook. =)


[++ So Good ++]