Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts
Showing posts with label Sungai Petani. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Penang and friends!

Blergh. 

Ni sebulan sekali update belog ni apa citer entah.. Walaupun begitu, belog-walking tiap2 hari aku buat kat ofis okayy. Aik, ofis? Haha. Waktu senggang di kala lunch hour lahh. ;)

Seperti yang dijanjikan. Cerita almost one month outdated, dan kawan-kawan sepermainan pun asyik kata aku busy je. Marilah mari, kita update Penang punya cerita. 

Sebulan lalu, aku bersama Arina berangkat ke Sungai Petani menaiki kereta Mame. Thanks Mame for the ride. ;) Malam itu, tidur lah di rumah Fisha..

Esoknya terus berangkat ke Penang hadiri kenduri kahwin member punya kakak merangkap jiran sebelah rumah Fisha & Arina time belajar dulu kat UiTM. Macam mana aku kenal pengantin a.k.a Kak Syu ni sebab aku selalu melepak rumah Fisha & Arina. Lagipun, Kak Syu ni akak kepada member aku. So yeah, itulah jalan ceritanya. 


Simple yet gorgeous. ;)

Hantaran pun simple, I loike.


Kawan ku. Arina & Fishah

Kanan sekali - Izzati, member aku yang akaknya kahwin ni..

Sungguh cantik Kak Syu okay...

Tahniah!!! ;)

Lepas tu, plan nak ke Penang untuk berjalan2. So balik rumah akak Fisha dan kita tukar baju y'all! Takmau le aku jalan2 pakai baju kurung neh. Heheh.


Dalam kereta heading to Ferry Terimal! Woot. Sungguh excited waktu ini sebab dah lama gila tak naik ferry okayyyy.... Arina lagi teruja tauuuu... ;)

Tettt! Dah sampai!

Muka teruja.








Nasib baik tak ramai orang time ni. So, tak jam pun... ;)

Lets jalan2! Aku terlupa bawak GPS. Fisha tak ingat sangat jalan. So.... redah jer!


The next day, jalan2 kat Jeti Semeling. Amik gambar. Ingat nak makan mee udang. Tutup pulakkk. Ke tak bukak lagi time tu. Eh macam sama jer. Burr..



Tah kenapa mata tu taknak terbukak. Haha.

Ada tempat arang. 

Tak tau lah nama betul dia apa.







Eh ni gambar on the way balik KL dahhhh... Hehe..


Ni pulak makanan kat Kapitan. Roti Milano. yeke Fisha???

Tak ingattt

Nasi Milano Ayam. Ergh tak ingat.

Roti Naan kot. yer?

Ituje lah gambar yang aku adooo... Thanks Fisha for everything! Nanti turun KL plak okay! 

Bila lagi lah cuti lama2 dapat jalan2 ek kawan2 ku... ;)

Okaylah... lapar ni nak makan.


Bye!!





[++ So Good ++]

Thursday, December 15, 2011

Kenduri Kahwin!


My next trip!

Sungai Petani! Untuk hadiri majlis kahwin kawan se-sekolah ku, se-roommate ku, se-homeroommateku, se-kelasku: Suhanis Suberi & pasangannya, Aisamuddin. Tahniah! Semuga berbahagia selamanya. Doakan Khay kahwin pulak ye lepas tu jumpa jodoh cepat sikit. Hehe.




Ohoi, jauh trang tang tang aku datang dari KL ok! Ni Izni la mengajak aku pergi utara nun. So, xpelah.. sebab aku pun takde buat apa. Saje nak pergi utara tu. Sebab lama gila ok tak singgah sana. Gagah aku naik bas sorang2. Time nak naik bas tu, aku dok tweet aku nervous gila. Serius oh. Last bila entah aku naik bas jauh-jauh ni. Wey naik RapidKL tu tak campur ah! Busuk hati betul korang ni. Hihi.

Jadinya, sampai Sungai Petani hari Sabtu malam dalam jam 1130. Kau tahu takk. Macam hampeh gila sebab aku tak tahu Stesen bas Sungai Petani kat mana. Pastu macam cuak bila bas ni dok berhenti banyak kali. Konfius aku tau. First berenti kat R&R mana ntah. Pastu Tol Juru. Pastu dia lalu jambatan yang seakan2 Jambatan Pulau Pinang. Oit aku dah berkira-kira, mana lalu Penang nak pergi SP ni. -_-". Terus call member tanya. Dia pun dah macam, "Takpe, itu bukan jambtn Penang. Tu seakan2 punya jambatan". Ok hilang cuak. Tp, tak berapa lama kemudian, aku macam... HOIII NI MEMANG BETUL JAMBATAN PULAU PINANG NI. MANA ADA SEAKAN-AKAN??!. Risau gila tau tak. Haha. Then telefon lagi tanya member. Dah dia jadi, "Eh kenapa bas lalu situ ek?". Ok fine fine. Benci la jadi macam ni. Sebaik time kat Stesen bas Sg Nibong driver bas tu cakap kita nak pi SP dah lepas ni. Sigh. Fuhh Fuhh.



Selepas meneruskan perjalanan ke SP, bas stop lagi kat SP Caltex. Aku dah macam,"Aku kena turun sini kew?". Call lagi member. Ok bukan ye. By the way, SP tu tempat main bowling dulu dengan homeroom oh! Well, aku sekolah MRSM Pendang, Kedah dulu yer. Mengimbau kenangan sat.

Jadi lama2, aku pun sampai la destinasi yang ditujui. Perut lapar bunyi lagu Bieber. Lantas, aku, Fisha, adik Fisha pergi makan malam jam 12 malam ye time tu dekat Medan Selera Jam Besar. Supper berat sikit. Supper la sangat. Hihi.Superb sedap ladna dia. Konyang den.

Maka, esoknya ke kenduri Suhanis lah kita. Takdelah jauh sangat pun. Seronok jumpa member lama.. aku jumpa Anis Maisarah, deskmate ku time Form 3. Dia memang tak berubah dari dulu. Haha. Doctor-to-be ni! ;) Jumpa Izni, Aini, Najwa, Eny, Seha dll. Huu. Sebenarnya, Suhanis ni student kat IPBA, tempat mak aku mengajar sekarang ni. Mak aku kenal lah dia, cuma mak aku tak ajar dia je. 

Anis Maisarah. After like 8 years tak jumpa okay!

The wedding planner, Izni. Asal amik gambar je dia senyum. Kalau takkk... mencuka je aku tengok. Penat sangat agaknye. Hee.



 Camwhore. Haha. Kiri sekali, Fisha. :)



I met Najwa & Aini too! Hihi.
Ni semua rakan sekolah kat MRSM Pendang ye.

Pengantin. Suhanis. Alololo. You look gorgeous, friend!

Cantik la biru turqoise gelap ni. #Eh cakap pasal baju aku ke baju Sue? Haha.



Lepas dah makan apa semua, petang tu beli tiket bas ke Shah Alam. Malam tu balik rumah Fisha dan siap2 nak pergi Penang! Pergi makang makang kat Queensbay Mall. Besar jugak ek mall tu. Thanks Fisha for the treat! Thanks to your family too! :) 

First time naik kereta, Fisha drive. Hihi.

Sawah padi. Jakun sat.


Heheh

Laut!




Perjalanan menuju jambatan Pulau Pinang.

Umairah, anak buah Fisha. Sangat2 comellllllllll.


Dia nak kat semua orang, tak kisah lah sape pun. Hehe.


Well, Penang dah banyak berubah. Banyak dah bangunan. Ok ayat mcm apa je. A must visit again! :)

Oklah itu saje. Babai.




[++ So Good ++]