Friday, August 27, 2010

Food & Friends

Nyummeh. Itu je nak sebut.

Khamis. Suka hati sebab cuti. Oh bukanlah cuti, tapi, kelas tak ada. Kebetulan, Izni kawan sekolah dari Form 1 nak datang rumah, maka bawakla dia gi jalan2 sekejap. Rushing kot sebenarnya. Hari tu je aku dah ke OU-Mid-KL Central-Shah Alam-Subang. Berbuka pun cepat betol kat Mid tadi. Sebab nak kejar masa gi KL Central hantar mek tu balik. Train pukul 9.15pm, takot jam lagik kat KL tu. Dan aku yang memang confirm tak mahir langsung jalan KL tu. Kalau sesat memang naya lah. Tp semua berjalan lancar. Eheh.

Malas nak bebel, tengok gambar je lah.



OU dengan Izni & Ryhan. Minah dua orang ni dok transfer cerita Korea. haha.



Rockstar Izni ni. Tengok kasut dia tu ha. Pakai dengan legging. Adei


Mid pule.


Berbuka @ Noodle Station. Gambar tanpa banana split. Haa kenyang. ^^


*******

Ini pulak cerita minggu lepas. Pergi Flaming, Sunway dengan budak course aku. Sebab nak berbuka sama disamping farewell Pn Azianti & Welcoming Pn Liana as our Ketua Program. Heeee. Pn Azianti nak pergi Korea sambung PhD. Dekat Daegu tau takkkkk. Sungguh jeles. Dah selamat pergi pun kan. Pn Azianti sangat baik tolong kami semua lagi2 masa daftar kelas bagai asyik problem je. Huh. Ok, semuga Puan & family enjoy life kat sana. Bye2. =)


Faisal & suami Pn Azianti.


Alololo comelnya!


^^

Makan jangan tak makan.


Ni apa kes semua melahap tak pandang kamera?


Pn. Liana. Speech sedikit.


Pn Azianti pulak..


Ni separuh je. Lain dah balik.



Hah kenyang kot makan kat sini. Suka. Best. Sila pergi. Ok bye.






[++ So Good ++]

Wednesday, August 18, 2010

Betul ke tak betul ke.

Cinta itu buta.

Benarkah?

Kena maki hamun pun masih sayang kat dia kah?
Kena pukul pejadah pun masih sayang kat dia kah?
Dia buat tak tahu kat kau pun masih sayang kat dia kah?


I'm not saying that I fall in love ya.
Biarlah masa menentukan. Eceh.


Ok malas nak cakap panjang2 nanti korang komen ape2 aje. Hahah. Bye.




[++ So Good ++]

Saturday, August 14, 2010

Penat ni faham tak?

Arghh! Tensen gila bila bilik aku bersepah sampai aku tak tahu nak tidur mana. Chet. Ni semua gara2 almari bilik aku yang dah overload. Jahnam jadinya bilik aku tu. Oh, jangan salahkan baju aku yang banyak sebab perempuan hari2 bila nak keluar akan cakap, "Aku nak pakai baju ape hari ni?" Walaupon banyak gila baju dalam almari leh pakai mengada betul.

Tak payah kot nak tunjuk gambar kan.

Minggu ni penuh sibuk sampai aku rasa betul2 penat. Lagi hari Rabu lepas.
Fuuuh~ Kemain hebat penangan sibuk aku tu.
Bukan itu saja, tahap klimaks sibuk aku macam PM tiba bila hari Khamis.
Satu hari aku berjalan kehulu kehilir. Betul2 letih dan panas nya mak aihh, jangan cakap lah..

Ok, sabar.


Aktiviti di hari Khamis pagi. Industrial Visit. Jam 10 am - 1pm. Burrr~


Aktiviti di hari Jumaat tengah hari. Amik gambar. Haha. No lah. Buat grinding time ni. Cantik tak UiTM Shah Alam dari fac aku? Tehehe.


Maka hari ni aku nak makan ayam percik, karipap, char kuey teow, popia goreng, kek coklat, roti john, murtabak, air soya, air tebu.Tu semua tipu. Gila ke nak aku gemuk ke ape?



Pucatnya muka aku. T__T


Jumaat masa berbuka. Makan dekat cafe fakulti ajo. Sebab kelas habis pukul 7 lepas tu hujan. Apa2 pon, alhamdulillah dapat makanan even dah pukul 7.20pm time tu.




Ok bye. Selamat berbuka! Dan berpuasa. Hehe.



[++ So Good ++]

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan

Alhamdulillah..

Ramadhan tiba lagi.
Mari ramai2 puasa penuh dan tambahkan pahala di bulan yang mulia ni..

Maafkan aku kalau ada buat salah silap terlanjur kata.

Berbuka beringat-ingat. Jangan makan banyak sangat (Reminder untuk diri jugak). Hehe.

Banyakkan bersabar okai. Biasala sekarang musim panas. ^^ Berpeluh2 masing2 gi kelas kang kan. Huhu.

Selamat berpuasa!!!




[++ So Good ++]