Sunday, January 20, 2019

Europe Trip: Schloss Neuschwanstein & Schloss Hohenschwangau, Schwangau, Germany


Assalamualaikum!

Previous post:


5 May 2017

Lepas Hallstatt Tour habis jam 7 petang, kami gerak ke waiting room buat apa patut. Pergi toilet apa semua (masuk toilet kena bayar chet). 

Perjalanan kami seterusnya ke... Munich, German dengan menaiki bas.

Suasana dari luar Salzburg Hauptbahnhof, around jam 8.30pm.

Kami booked Flixbus, jam 8.45pm. Bus stop dekat luar Salzburg Hbf ni lah. Tunggu laa kat area kawasan dalam gambar atas tu. Bas ada 1 je masa tu. Itu pun macam parking hujung sikit tepi jalan. Dan tak tulis Flixbus, so we assumed that's not the bus lah. 

Jam dah nak 8.45pm. Mana bas ni??!! Lepas tu nampak driver bus, dok angkat bag masuk dalam bus. Maksudnya bas tu berpenghuni! Haha. FYI, area situ bukan macam stesen bas ok. Macam bas berhenti tepi jalan bas persiaran macam tu. What do you expect kan!

So kami pergi tanya kat driver bus tu, pergi Munich ke bangggglonggggg???

Dia kata ye! Hampeh. Apesal ko tak buat signboard besar2 ke apa haaa! Buat orang tercari2 kot. Dia suruh cepat2 sebab bas dah nak gerak. 

Rupanya kat dalam tu memang ada few people yang dah naik. Bas dua tingkat yang super comfy. Terus tak jadi nak marah dan harus tidur. 

Oh lupa harga bas dari Salzburg ke Munich €9 sajo. Perjalanan dalam 2 jam.

Naik Flixbus ni, kena label nama kat bag. Rasa macam dia bagi tag masa beli tiket online. Dan passport juga bagi ke driver bus untuk urusan kat border. Yang lain tak ingat sebab tidur je. :D

Buka mata je... Dah sampai Munchen Central Bus Station (ZOB)!

Lepastu menapak dalam 10 minit cari hostel - A&O Munchen Hackerbrucke. Booked yang 6 Bed Hostel Room with Bunk Beds, harga €388 untuk 2 malam.

Gambar memang takde langsung sebab letih gilaa laa oi. 

Check-in dan tidurrrrr sampai esok.

6 May 2017

Aktiviti hari ni kami nak ke istana ilham Disney - Schloss Neuschwanstein! Sebut betul-betul adik-adik....

Schloss = Castle. 

Bahagian ni Kak Ien yang buat, jadi aku refer iti, info dalam kepala dan Google saje okeh!

Untuk ke castle ni, perlu ke Munchen Hbf dan naik train stop di Fussen Hbf. Kalau weekends atau weekdays (travel 9am to 3am), adalah disarankan untuk beli Bayern-Ticket (Regional Day Ticket). €25 seorang, additional person tambah €6 sahaja. Within 1 day tu naik la apa pun guna ticket tu. Lagi baloi kalau travel in group. 

Dari Munchen ke Fussen, train ada setiap 1 jam mula jam 5.50 pagi. So kami chill-chill je lah. Plan nak naik train 8.50 pagi. 

Ni kat ZOB Munich. Ingatkan sama dengan Munchen Hbf. Duhh..

Beli la breakfast kopi German memang torbaik ye. Sila try.
Beli roti dekat Lidl - sejenis supermarket murah. 3 roti dapat la €1.83. Sedap pulak tu.

Pusing punya pusing kat sini, tak jumpa platform yang nak naik train nya. Dah 8.20 pagi lebih kurang. Lepas tu tengok offline map, ALAMAK! Naik kat Munchen Hbf laaaa!! Bukan kat ZOB ni. ZOB ni ada jugak train station, tapi namanya Munchen Hackerbrucke Hbf. Huhu.

Sepantas kilat pergi Munchen Hbf dalam 10 minit perjalanan.

Tiba-tiba pusing belakang.... AIN MANAAA?????

Ain hilang luar radar. Hadussss... Few teruskan perjalanan kat Munchen Hbf, aku dengan Ida cari Ain, ikut jalan yang dah lalu tadi. Mesti dia berhenti kat mana-mana ni. 

Cari Ain, nasib baik jumpa diaaaaa... Duduk tepi kedai-kedai gitu. Sakit kaki katanya.... Allah ingat dah hilang makcik ni. Buat hal la kooo Ainnnnn! -___-

Pastu kitorang berlari la ke train station. Masa tu memang dah tercungap laaaa taknak la tertinggal train. Lagi sejam kot nak tunggu next train..

Dah sampai station, mana pulak laa pintu masuk... Rupanya aku masuk ikut tepi, patut la tak jumpa budak2 lain. Dia ada main entrance belah depan sikit. Terus masuk cari platform.....

Sampai sudahhh..
Fuhh fuhh.
Tu lah rilek2 lagi. Hahaha.

Pemandangan cantik, tapi ni je snap. :D
2 jam perjalanan. Makan roti.

Sampai Fussen Hbf, castle bukan ada depan mata yeeee!

Kena naik bas pulak ke kawasan tiket kaunter castle tu. Tapi semua dah include dalam Regional Day Ticket, so just naik saja bas nombor #78! Bas dia timing cantik je dengan train sampai. So berpusu-pusu orang naik bus tau. Memang full, even bukan peak season. 10 minit je perjalanan.

Dah sampai! Ni laa Schloss Hohenschwangau

Turun-turun pergi toilet. Kena bayar macam biasa. 

Lepas tu, terus ke kaunter ticket untuk pick-up reserved tickets. Sila la beli online. Harga untuk combo King Ticket, which includes entrance to Schloss Neuschwanstein and Schloss Hohenschwangau - €25 + €2.50 service fee.

Info on Hohenschwangau.

Kemudian, pilih sama ada nak ke Neuschwanstein Castle dengan:-

1) Naik shuttle-bus (€3 return)
2) Jalan kaki 40 minit (free)
3) Naik kuda feeling Cinderella (€7 Uphill & €3.50 Downhill)

Hello mestila kitorang naik bas.
Pergi kat stesen P4. Bayar. Tunggu bas. Setel.

Beratur tunggu bas. Tengok tu haa penuh!

Bas tak berhenti depan pintu masuk castle tau! Jadi, sampai kat stesen bas, kita singgah dulu Marlenbrucke Bridge. 5 minit je jalan kaki.

Wow ramainya orang. Apakah yang menarik?

Bawah jambatan nampak ni.....

Wait for it.....

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!
Tersergam indah Neuschwanstein Castle dari kejauhan.
Macam mana la boleh bina istana atas bukit cenggitu. 

Disney sangat kan!
Panjang cerita Schwan Castle yang dibina oleh King Ludwig II ni.

Air terjun area jambatan ni

Lepas tu, kena jalan kaki lagi dalam 15 minit (jangan percaya) ke pintu masuk castle. Haaa gitu perjalanan nak sampai castle cun melecun ni. 

Pemandangan dari atas

Cantik kan!
Di kejauhan sana Hohenschwangau Castle.

King Ludwig II spent his childhood time kat Hohen, bersama ayahnya King Maximilian dan maknya, Queen Marie dan adiknya Otto.

Jalan lagi dah nampak Neuschwanstein Castle

Tapi belum sampaila.
Sebab tu jangan percaya 15 minit. Haha.

Hampir tiba.
Cantik betul ni.
And it was that huge!

Masa reserved ticket, akan pilih timing nak masuk both castle. So, Neusch jam 1.25pm. Hohen jam 3.50pm. Masuk castle with guided tour only ok! 

Cara nak masuk pulak, tunggu nombor anda terpampang pada skrin! Jangan lambat, kalau tak babai!

Tunggu nombor. Ramai orang nak masuk oi.

Masih dalam construction.

Ni tiketnya

Tour nombor 465. Jam 1.25pm
Nanti akan dapat earphone la sorang satu.

Al-kisahnya.....

Dalam tak boleh amik gambar...... Hahaha.

Marila semat memori dalam fikiran ni. Walaupun dah berkarat sedikit. Kita boleh Google. :D

Tau tak King Ludwig II bina castle ni dalam 20 tahun macam tu dan duduk dalam ni 140 hari aje lepastu dia mati?

King Ludwig ni punya la detail, tu yang lama siap. Berapa kali ubah design. 

Lepas dia takde tu pun, castle ni tak siap pun lagi! Alih-alih bukak jadi muzium tak lama lepas tu.

Castle ni inspirasi dari Richard Wagner, seorang komposer terkenal. Ahli teater jugak. King Ludwig suka sangat dekat opera Wagner sampai cenggini buat castle terus!

Sejarah King Ludwig dengan keluarga, diri dia pun macam-macam oo. Dengan orang kata dia mental la..

Kisah kematian dia pun misteri. Mayat King Ludwig dengan doktor dia dijumpai kat satu tasik ni tanpa ada kesan kena tembak atau bruises atau scar. 

Teringat lagi punya la kagum dengan cerita castle ni sampai balik hostel pun dok search pasal King Ludwig. :)

Tapi... dalam castle ni.. Memang cantik. Besar. Kagum aku. Most of the item dalam ni pun memang yang asal. Kiranya terjaga jugak lah castle ni.

Boleh amik gambar kitchen jeee. Tu pun sebab dah habis tour. Haha.

Ada bahagian tak siap, tempat 'Knight' dia mandi manda. Tinggal mural kat dinding je sempat siap. Ke memang dah tambah lepas tu, tak pasti.. Ada buat video, tah la mana hilang. 

Ruang paling besar dalam castle tu Hall of the Singers. Then Throne Hall. Cantik dalam tu. Dengan lukisan kat dinding, lantai, siling. Pergi search gambar kalau rajin.

Apa ini ye.

Prototype castle

View dari atas castle sebelah souvenir shop

Motif amik gambar ni?
Plastik cantikkkk! Hehe

Beli souvenir kat sini notebook (€0.70) dengan FM €4.90. Save bajet kekdahnya.

Setel tour dalam 1 jam lebih.. Patah balik, jalan kaki, naik shuttle-bus sampai ke P4 semula.

Gerak ke Schloss Hohenschwangau pulak. 

Sama ada nak jalan kaki 20 minit atau naik kuda.

Sekitar kawasan

Konsep sama. Tour kami jam 3.50pm. Tour number 194. Tunggu la depan entrance. Masa ni tak ramai orang sangat dah.

Kecik je banding dengan Neusch tu haa..

Tower tu sebenarnya tangga

Tiket masuk

Gambar dari dalam, view luar.
Ni je laa dapat amik.

Tak boleh amik gambar jugak kat dalam castle ni. Sama cantik cuma classy sikit. 

King Ludwig II ni tak berapa baik dengan mak ayahnya. King Ludwig suka je tinggal kat Hohen ni, tapi bila mak dia tak ada je. Macam2 betul.

Yang aku ingat kan. Rupanya King Maximilian dengan Queen Marie ni, bilik dorang berasingan. King Maximilian kat atas, isteri dia bilik bawah. Connected through a stair dalam bilik. Kalau dorang bergaduh, senang la nak larik. 

Fountain luar Hohenschwangau

Dalam tu ada souvenir shop

Siap dah perjalanan ke Schwangau ni... Incredible journey.

Kami naik bas #78 ke Fussen Hbf semula. Ingat sempat nak pusing bandar Fussen, tapi masa mencemburui..... Jadi mohler balik Munich.

Malam tu rasanya beli kebab je kat Munich ZOB. 

Okbyeee!


4 comments:

  1. Ohsem lah sgt view dari marlenbrucke tu

    ReplyDelete
  2. aaaa castle famous ni !! memang princess sangat rasa feeling tu kalo dapat pergi =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Princess Disney mana satu tuuuuu? Hihih.

      Tapi lepas kena menapak, terus jadi apa pun tak tau.

      Delete