Saturday, September 15, 2018

Europe Trip: Prague Castle

Assalamualaikum!

Previous post:-


3 May 2017

Sambung berjalan!!

Dari New City Hall (Nova Radnice), cari Metro Station nama Stramestska. Masuk tiket CZK 24 dalam yellow box, and you are good to go!

One of the train station in Prague

Misi seterusnya ke Prague Castle! Metro kat Prague ni ada 3 line je. A (Hijau), B (Kuning) dan C (Merah). So kami naik Line A, turun 1 stop sahaja ke Station Malostranska. 

Prague Castle by Jan Kouba

Kalau sempat, stop dekat Station Namesti Miru (Line A) - It is known to be the longest escalator in Europe!
Aku tak sempat pergi situ. Ni gambar kat station lain. :D

Gini design signage

Sampai dah 1 stop only!

Keluar station, pergi ke belah kanan. Ikut tram nombor 22 yang uphill ok. Nanti dah nampak pun Prague Castle dari bawah. Jadi pandai2 lah.

Arah jalan pun ada. No worries.

Ok ni tram nombor 22 tu. Tram ni versi canggih. Ada je gambar Google tunjuk versi old school.

Then cari jalan nama ni.
Stare Zamecke Schody. Ikut perkiraan aku, maksudnya Old Castle Stairs. 

Tiber jumpa kedai roti menyelerakan.
Namanya Trdelnik Chocolate. Manis. Boleh cuba.

Harga seperti gambar


Jalan terus je sampai jumpa gate Na Opysi namanye.

View from the stairs.
Dalam map cakap 10 minit. Apobondo 10 minit entah. -______-

Sampai dah!
Amazingggggggg viewwww kan!
Aku dah cakap kena pergi Prague ni.

Cantik. Bagi mata aku. Tapi tengok bumbung pon rasa indah bila kat sini. Hahaha.

Ok belah kanan pintu masuk ke Prague Castle Complex! Sebelum masuk kena check bag oleh Pak Guard.
Gate namanya Na Opysi.

View of Prague city

Sebelum kita mulakan, aku nak cerita sikit pasal Prague Castle punya entrance. 

Menurut website, ada 5 cara untuk korang nak masuk! Banyak gila kan nampak sangat besar castle ni. Boleh masuk dari kiri, kanan, depan dan belakang! INFO HERE!

Kami pilih yang dari nombor 4, keluar kat Lesser Town.

Prague Castle Complex, maksudnya persekitaran castle, free admission dari jam 6 pagi sampai 10 malam. Historical buildings (berbayar) 9 pagi sampai 5 petang.

At first, aku confused sebab tak berapa faham. Email orang castle tanya pun tak berapa jawab soalan.

Ada 3 jenis circuit namely A, B and C. Circuit ni lain harga sebab masuk historical buildings. Pilih nak yang mana. INFO HERE!

So aku bajet la nak pergi Circuit B (Yang penting nak masuk the famous St Vitus Cathedral!). Siapkan CZK 250.

Tapi bila masuk kat gate Na Opysi tu, eh tak payah bayar punnn!!! Masa ni jam 7 malam dah. Chis. Aku simpulkan macam tu lah. Free entrance to the complex. Ok faham tak? 

But kalau pergi jam 7 malam, tak dapat la masuk historical buildings. Semua tutup jam 5 petang macam tu. Sunset awal bulan May jam 8.20 malam. So gambar still nampak lagi masa ni.

Jum terjahhh!

Ahkak ahkak kepenatan. Kesian dorang banyak betul berjalan.


Selain church yang besar tu, korang boleh pergi Golden Lane. One of the attractions kat Prague Castle. TIPS: Free admission after 5 pm! Kalau tak, kena bayar dengan harga kemasukan Circuit A or B. 

Mari masuk

Ini lah Golden Lane.
Small houses with bright colours.
Dulu tempat ni dijadikan tempat tinggal untuk tukang emas, penulis dan jugak fortune-teller!

Sekarang dah jadi kedai jual souvenirs.
Nak masuk dalam kena tundukkan kepala ni.. Kecik benau nengoknya.

Kecik je laluan. Tapi attractive la...

Jalan pun batu bata atas ni..

St George's Basilica.
2nd church at Prague Castle.

Pintu masuk St George kalau tak silap

Ok ni St Vitus Cathedral. Look at the architecture. Gothic.
Largest in Prague.

Dengan GoPro.

Berhadapan dengan church ni..
Old Royale Palace.

Keliling

Wefie!

Free admission untuk masuk St Vitus Cathedral ni, lingkungan 200 meter sahaja. Kalau nak lebih2 bayar ticket Circuit.

Ok itu je yang sempat. Hari pun dah nak malam..... 

So aku advise, kalau nak jalan sini keseluruhan tempat, datang pagi ye. Ticket valid for 2 days.

Keluar ikut pintu ni. Belah Courtyard.

Tak ramai sangat orang time ni...

View around Courtyard. Lesser Town.

Jum turun....


Dah sampai area Lesser Town (Mala Strana)

Nice kan! Nasib baik turun bukit..

Hampir gelap

Cute!

Plan nak ke Lennon Wall terpaksa dibubarkan sebab dah malam.
Nanti apa pun tak nampak kat dinding tu.

 Area Lesser Town kami beli barang2 nak dinner.

Lesser Town Bridge Tower sebelum ke Charles Bridge.
Boleh naik atas ni. Nampak city view. 10 pagi sampai 10 malam. Ada lift. Harga CZK 90.

Ada kincir air sini

Atas Charles Bridge. Ramai sangat orang atas ni.. 
Tower tu namanya Old Town Bridge Tower. Boleh naik tangga. 10 pagi sampai 10 malam. View Prague Castle. Harga CZK 90.

Lepas tu kat sini, 4 orang balik apartment. Aku dengan Wawa sambung jalan ke Dancing House.

Cari tram nombor 17. Kena jalan kaki sikit ke belah kanan Charles Bridge.

Tiba nampak Prague Castle dari kejauhan.
Oihhh tengok ni rasa jauh gila jalan kaki harini....

Dalam tram. Nampak tak yellow box tu. Validate tiket situ ye.
2 stops je dah sampai Dancing House.

Ni lah Dancing House atau Fred and Ginger.
Saje tengok bangunan dengan design dia je...
Atas ni pun boleh tengok view Prague Castle. Harga tak ingat. 

Duduk dalam 10 minit, lepas tu naik balik tram.
Ni ha nama station nak turun kalau pergi Dancing House.
Kami nak pergi Wenceslas Square, amik tram nombor 5 turun kat Station Vaclavske Namesti.

Hotels

Bunga kat Square

Malam di Prague

Kami jalan kaki ke apartment, CitySpot dari Square ni..

That's it! Prague in one day! Tapi macam half day je.... Sebab start jam 4 petang sampai around 11 malam macam tu. :D

Would love to visit here again lah and explore more..

Ok for interesting photography spots in Prague click HERE!

Kalau nak city view naik tram nombor 22 click HERE!

And you may visit NH Hotels, ada cable car. Click HERE

Byeee!

4 comments:

  1. seronoknyaaa da sampai Prague. kita pasang angan2 dulu ke europe lagi entah bila dapat kesana lagi. tapi xpa angan2 tu brusaha lebeh sikit. hehe.. cantik la architecture kat sana station ketapi pun lawa kemain =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Prague is a must go tau Siti! Put in your wishlist!
      Nak pi Europe belah lain pulak, entah bila jugeeee....

      Delete
  2. Thanks for sharing tips & links berkaitan. Excited tengok Prague kat blog orang, moga2 sempat menjejak semua ni in a day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome! One day sampai la tu, insyaAllah :)

      Delete