Saturday, April 28, 2018

Europe Trip: Amsterdam

Assalamualaikum!

Lama aku menghilang.

Jenguk sekejap sekejap aje belog.

Ni nak update sekejap sebab rupanya dah setahun balik dari Europe. -___-"

Previous post:-



1 May 2017

Sampai Amsterdam Central, beli tiket 2 Days Pass (Amsterdam & Region Travel Ticket). Harga € 26 per person. So untuk kegunaan 1 May dan 2 May. 

Pergi hotel dulu. Kami booked Budget Trianon Hotel. Harga € 330.75 include tax. Bilik yang dormitory 6 pax. Dalam €56 per person. 

Dari Amsterdam Central ni, guna pass tu untuk ke hotel yang terletaknya kat area Museum Square. Dekat dengan tram station. Naik tram #5  sampai la stesen Museumplein. Jalan kaki sikit dah sampai hotel.

Nampak ke tidak tulisan Trianon Hotel belah kiri tu?

Tak amik gambar dalam bilik. Mohon Google. Dormitory Room with private toilet. Quite ok la for 6 of us.

Rehat sekejap. Jum cari kedai makan. Laparon.

Kami naik tram untuk ke kedai makan Warung Spang Makandra. Gituuu nama. Kedai Jawa lah ni. Nasi tak boleh lupa eh.

Ni dah turun dari tram kat area kedai makan. Tak pasti la nama apa.

Macam kat KL pule..

Jalan kaki ke mana-mana.
Tengok bangunan semua cantik-cantik.
Lepastu penuh orang bawa basikal laju gila.
Berdebar tau jalan kat Amsterdam ni.

Ok dah sampai!
Semua dengan offline Google Maps. :)

Sementara tunggu kedai makan prepare makanan... Kami pergi kedai sebelah ada jual sesuatu yang menyelerakan!

Patates.
Katanya datang Amsterdam, cubalah makan Patat mereka.

Menu ka abam hensem situ?

Ni la Patat nyaaaa...
Haha. 
Kentang goreng bersama sos macam-macam jenis boleh pilih.
:D
€3.40 banyak ni. 

Kedai jawa tadi.
Nasi Ambeng..
Banyak ni portion dia. 
Tak habis makan. 
€15. Share berdua.

Dah setel makan, kami jalan-jalan je malam tu. Ain dah tak larat. Dia jetlagged. Jadi dia nak tidur di hotel. 

Tram dia ada tukang jaga tiket duduk tengah-tengah tram. Hehe

Suka bangunan sini..

Ni namanya Rijkmuseum.
Tak masuk pun. Amik gambar dari luar pagar.
Cantik kan!

Lepastu pergi Amsterdam Central balik. Buat apa aku tak ingat. Tapi rasanya beli air dan roti kat sini. 

Cantik jugak..

Kami pergi Hard Rock malam tu. Tengok apa ada. Aku takde beli apa pun.

Ok tu je aktiviti 1 May di petang hari.

Esoknya ke Keukenhof! Bila nak update tu? Lagi 5 bulan kot.

Hahaa.

Bye!

5 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Mesti cntik giler tulip2 kt sna... tp bln 5 still bnyk x? I wemt to ams mid may... dh tinggl ujung2...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi bunga. Cuma yang kat ladang tu nan hadoooo. Aim nak ke lading tu. Tapi krik krik sangatttt...

      Delete
  3. lamanya lagi 5 bulan...hahaha.. samalah kita... mood ke laut sangat skrg ni... tp cuba digagahkan jua ni ha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marilah gagahkan diri update........
      -__-.

      Selamat hari rayaaa ! :)

      Delete