Wednesday, November 1, 2017

Europe Trip: Bawa bot pusing Giethoorn!


Assalamualaikum!

Previous post:-


1 May 2017

Bangun pagi hari tu, terus siap untuk check-out. Hidup nomad ni macam  ni lah. Bukak tutup bukak tutup bag je manjang. Kami sarapan dulu. Masak apa patut.

Morning from Giethoorn!!
I love this view right in front of our cabin. Berlari anak nak amik gambar view ni. Sejuk gilaaa.

Bye-bye cabin cantik!

Simpan luggage kat mana? Kat receptionist cabin ni ja. Tapi bahagian luar la stor dia. Luar bermaksud open! Takde pintu whatsoever. Kami redha je lah. Yang penting barang berharga semua bawak siap-siap.

Aktiviti hari tu nak sightseeing je kat Giethoorn. Nak jalan-jalan kat sini nan ado kereta ye. Mohon naik bot! Murah je, tak expect it was that cheap!

Jalan-jalan dulu area tepi canal tengok harga bot. Sekali terjumpa Fluisterboot ni!

Prijzen per boot. Geddittt??
Klik website seperti dalam gambar untuk maklumat lanjut.

Jadi orang jaga bot tu cakap, €17 per hour per boat. Kami dah buat bajet €25 per person ok! Maka, terus ambik yang 2 jam punya. €34 per boat! Hukkk murah sorang dalam €6 ja. Nangis tepi canal selamat duitttt.. Hahaha.

Nanti encik boat akan bagi map. Dia cerita la, dalam 2 jam you boleh pergi sini-sini. Pungpang dia bercerita. Kami antara yang terawal jugak naik boat ni ha. Awal pagi lagi. 


Dan kena kemudi (captain sangat!) boat sendiri okkkk.
Thanks to Wawa you are the best captain everrrrr! Hahaha.
Ain pun nak cuba tapi hurmmmm. rolling eyes bila dia bawak. -___-

Ni tanda aras pertama.
Encik boat ada bagitau, tengok tiang segitiga gitu la untuk route. 
Refer map jee..

Depan ni tasik besar tauuuu. Kitorang pun melalu dengan gigih..

Cantik-cantik rumah sini... Sunyi je di pagi hari...

Muka happy lagi ni

Lalu je kat tasik ni, semua orang menggigil kesejukan! Angin kuat oiii. Tak tau lah apa yang kitorang buat pagi2 kat sini macam ni. Hahahha.

Jauh jugak nak lalu tasik tu sampai ke next point.

Masuk sini... Dah nak masuk kawasan rumah-rumah tu balik..

Alah comey

Siapa tinggi tu jaga-jaga..

Tengok ada orang betulkan atap rumahnye. Tukar satu set terus.
Dahla atap macam dari daun ape tak tau..

Ada cherry blossoms...

Haih suka rumah macam ni.

View pun cantik. Camne ni. Nak kena pergi lagi ke.


Kami berenam. Captain tak nampak muka..

Baru pusing 1 round, 1 jam lebih je masa. Ada extra time ni, so kita pusing lagi sekali. Pergi tempat lain pulak. Macam sunyi je tempat tu. So kitorang patah balik.. Ain nak try bawak...

Ok bagi la dia try. Aku kena injak ke depan sekali. Masalahnya, bila kitorang cakap kanan, dia bawak kiri. Suruh kekiri, dia bawak kanan. Aku yang duduk depan ni bergegar jantung oi siap terlanggar bot besar lah, hampir kena anjing rumah orang lah, habis semua dia langgar! Hahaha. Adoi. No more boat for you Ain.

Tapi kami selamat setelah semua pelanggaran yang terjadi. Jam 10 macam tu, akan ada bot besar bawa pelancong tau. So kena hati-hati sikit bila dengan boat besar tu.

Till then Giethoorn!

Setel return boat walaupun kami terlebih 10 minit lebih kurang, amik bag kat hotel. Dan jalan kaki ke stesen bus. Jauh oi. Gigih laaaa. Lepastu hujan pulak rintik-rintik. 

Singgah ngopi jap kat area stesen bas. Sini transportation semua on time. So bila dah tau bas akan sampai jam sekian sekian, be prepared je lah. Tu yang sempat beli belah masing2 kat kedai area situ.

Then naik Conexxion Bus #70 ke Stesen Steenwijk. €4 per person.

Dah sampai Stesen Steenwijk, satu lagi masalah pulakk. Kaunter tiket manaaaaaa???!!!! Tanya orang semua tak tahu. Tak faham agaknya. So Kak Ien cari belakang kedai, rupanya kena beli tiket guna credit card. Kaunter takde. Chet. Dah terlepas train pukul 1.46 petang. 

Nampak tak gate barrier hujung kanan tu? Area situ tempat beli tiket. Patutla nampak ramai jugak orang lalu situuu.... 
Next train dalam 2.20pm macam tu. Marilah tunggu......

Tiket train kami beli dari Steenwijk ke Almere Centrum. Amsterdam Central lah tu maksudnya. Harga €20.60 termasuk charge €1 guna credit card. Hohoh.

Perjalanan dalam 1 jam je. 

Ok lain sambung nanti. Bye!

2 comments:

  1. cantiknyaaaa !!!!! setiap ceruk Amsterdam tu lawa. sejuk sejuk tu best tu hehe.. cabin lodging korang lawa gila. sangat comel. seronok dapat bawak boat sendiri. insyallah ada rezeki nak pergi sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantikkk! Giethoorn ni travelmate yg jmpe. Tak sangka cantik mcm tu dpn mata rasa taknak balik. Amsterdam pun bangunan cantik2 kn.. Haa nnt cik siti gi giethoorn bley bawak boat sndri plak. Hehe

      Delete