Previous post:-
4 September 2015
Sampai je kat Melbourne Tullamarine Airport, kami naik Skybus, kaunter ada kat luar airport. Harga tiket AUD 18 one way. Tiket ni valid untuk 2 hari. Maksudnya, beli 4 Sept, tarikh 6 Sept baru nak pakai pun boleh. So kami beli 2 tiket terus. Untuk malam esoknya nak balik dahhhh..
Skybus ni kami turun kat Southern Cross Station. Dalam 30 minit perjalanan sajo. Turun je kat situ, kitorang pergi 7 Eleven, beli Myki Card. Harga kad AUD 6. Kami topup AUD 6 (1 day access for weekend) & topup AUD 4 (2 hours fare).
Aku tak study sangat Melbourne ni. Khal banyak study sebab dia buat Iti untuk Melbourne. Jadi, aku akan tulis apa aku ingat dan faham aje lah yer. Train kat Melbourne ni pun aku pening sikit tengoknyer. Banyak nau nak fikir Zone sana sini. Jadi, kitorang banyak bergantung kat Khal jeeee. Hehehe.
So, misi kami malam tu, nak pergi Greenhouse Backpacker. Booked kat Hostelworld. Dari Southern Cross Station tu, kitorang naik train pergi Flinders Street Station. 1 stop aje. Bila nak naik train, mula la. Nak kena touch on & off kee??? Haha. Blurr. Sampai kat Flinders tu, kitorang macam lost. Kat mana niiiiiiiiiiiiii???? Serius penat kot. Dengan bag semua kan....
Khal & Azfar pi tanya orang. Kami yang lain menepek kat tepi kedai jaga bag. Sebabnya dalam website hostelworld, katanya kena jalan kaki one block north. Mana north pun dah tak larat nak fikir.
Bila Khal dah jumpa jalan, dia datang balik kat kami pastu kami pun berjalan la ke hostel tu.
Belah kanan ni pintu masuk Greenhouse Backpacker. Kedalam sikit tempatnya..
Kami pilih 6 Bed Female Dorm, AUD 35 per person. Gambar dalam bilik tak amik. Katil 2 tingkat. Bilik besar jugak lah. Toilet kat luar. Malam tu, kelaparan. Makan maggi dan habiskan stok apa yang ada. Pastu terus tidoq.
5 September 2015
Bangun pagi, kemas bag semua. Ready to check-out! Kami letak bag kat receptionist. Turun pi breakfast. Ada free flow cornflakes, susu, coffee & tea. Kecah sikit la bila kat pantry dia tu. Bila ramai-ramai orang tu kan. Biasa laa.
Pagi tu, kami ke Queen Victoria Market. Tempat wajib pergi la kalau ke Melbourne.
Kami jalan kaki ke Flinders St Station nak naik City Circle (Free Tourist Tram). Kalau korang rasa nak pusing-pusing area Melbourne ikut Zone yang dah dikhaskan, boleh la. Buka link tu yer.
Flinders St Station
Naik City Tram nombor 35..
Kawan-kawan susah senang NZ-OZ.
Hahaha :D
Tak ramai orang lagi dalam tram ni. Pagi lagi la kot gamaknye..
Ni dah sampai area Harbour Esplanade..
Pastu turun kat mana aku tak pasti lah.
Nampak toilet cenggini haaaaaa...
Aku suka Melbourne ni sebab bangunan dia unik. Design lama-lama.
Feeling kat Msia sebab ramai Asian. Hehe.
Streets..
Ok dah sampai QVM! Time to shop!
Chill je lepak luar macam ni minum kopi
Ni dalam QVM. Suka sangattttt... Kedai pastry, kopi, macam-macam ada....
Other side..
Belah luar, ada fresh market. Tengokla sayur tuuuu... Rasa nak beli je semua cantik betul.
White mushrooms..
Belah lain ada jual souvenirs.. Fridge magnets la macam biasa. 5 for AUD 10.
Baju. Ni abang Indonesia, kedai dia quite famous la kalau tak silap. Baju pun not bad. Banyak pilihan. Kitorang memang beli kat sini je..
Masa dok belek-belek barang tu, terjumpa pulak dengan kawan sekolah kitorang, Zarifah dengan kakak dia. Memang plan nak jumpa tengah hari sikit. Tapi dah jumpa kat sini dulu.
Baru la nampak langit cerah sikit..
Ni je toilet kami jumpaa..
Pastu jalan lagiiii.....
Graffiti
Tram ni pun ada kami naik. Kalau naik ni kena touch on and off..
Itu pulak tram. Tram pulak ada macam-macam..
Pelik aku tengok bangunan tu.
Kami jalan sampai kat satu mall ni. Janji dengan Zarifah jumpa dia kat situ. Beli la lunch...
Dalam mall..
Burgers
Tu la Zarifah (pregnant time ni, now anak dah besaqqqq) dengan kakaknye..
Study kat Melbourne Zarifah & husband.. Sekarang kat Malaysia dah..
Kakaknya melawat adiknya time ni.
Dekat dengan QVM, ada State Library of Victoria
Macam student takkkk?
Tak masuk pun. Tengok gambar kat google jeee lah.
Pastu kitorang pergi satu supermarket ni. Beli la chocolate wajib iaitu Tim Tam. Banyak gila beli. Haha. Pastu terjumpa 1 kopi ni.. Dare nama nye. Perghhhh. Kesedapan tahap melampau.
Korang kalau pergi Aussie beli aku ni ok.
Sebab sampai ke airport aku mencari air ni tak jual ponnnn. Sedih betul.
Kami patah balik ke Greenhouse Backpacker, letak barang-barang beli tadi... Sebab nak keluar balik pergi Brighton Beach tengok sunset... DFO apa semua plan dalam itinerary semua tak jadi. Sebab rasanya dah cukup la tu shopping. Next time maybe.
Ok jumpa lagii.. Bye!
**Campuran gambar Khay+Khal+Azfar+Ain**
melbourne memang satu city feveret saya.bila baca entry orang pun boleh rasa excited hahaha..
ReplyDeleteCoffee dare tu memang buat ketagih, hari2 minum, nasib tak terganggu pencernaan hehehe
Melbourne mmg best.
Deleterasa nak pergi lagi. tapi nak kena fhm system public transport dia. hahaha.
Dare tu sedap kannnnn. Rasa nak nangis sedap dia.
Lama citer x habis lagi ni... hahaha... sekapai ler kita.. last2, i skip citer lama, tros citer lain..hahaha... cantinya sayur2 semua... segar-bugar, esp the mushrooms
ReplyDeleteNgahahaha...
DeleteSikit lagi nak habisssss... Kena kental la nak update belog ni. Tapi mampu seminggu sekali ajeee..
Tu la tengok saur semua fresh2. Rasa nak grab je semua...