Saturday, February 18, 2017

Bangkok: Shopping

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 Februari 2016

Sampai Bangkok Hua Lamphong jam 6 pagi. Turun-turun aje nampak Prayer Room. :)

Dah sampai!



Prayer Room kat Bangkok Hua Lamphong

Kami terus ke tempat tunggu teksi kat luar train station. Pergi hostel dulu apa-apa hal pun. 1 malam kat Bangkok, kitorang pilih BED STATION Hostel. Recommended sangat hostel ni. Dah la cozy gila. Dekat dengan BTS Skytrain. Lepastu across the street ada restoran halal. Pastu jalan kaki aje gi shopping mallll. Terbaikkkkk. 

Bilik - 6 Female Bedroom. 460 Baht per person per night. 

Dalam bilik.

Dari train station ke hostel, kami naik teksi 70 Baht ajo. Suka naik teksi kat Bangkok sebab murah je sebenarnya. Tapi kalau jam atau nak rush, better naik BTS.

Tak boleh check-in lagi. Tapi, boleh tinggal bag. So kitorang pi freshen up dulu pagi tu. Bilik air dia pun aku suka. Hipster sangatttttt. Ahaha.

Siap semua gi breakfast plak. Ada cornflakes dengan air panas macam biasa. 

Hari tu hari shopping. So....... pagi tu kami jalan kat Pratunam Market. Tempat ni buka dari jam 5 pagi sampai 9 pagi je tau. Berlambak baju jual. Alih-alih tak beli apa pun kat situ. Sebab panas sangat kot? Hahah. Kat situ, kalau nak beli baju, jenis yang beli wholesale. 3 design harga sekian2 baru murah. Gitu.

Then ke Platinum Mall pulak. Walking distance je dari Pratunam. 1,640 Baht beli baju. 

Belah kanan tu Platinum Mall famous amous.

Then tengah hari sikit, bila perut lapar, naik teksi balik hostel. 50 Baht je. Ni sebab malas jalan kaki. Pastu singgah makan kedai tak ingat nama. 140 Baht lauk lunch. Nasi, ayam dengan ikan bilis.

Balik hostel, angkut bag untuk check-in. 

Petang tu, kitorang naik BTS dari Ratchathewi pergi Saphan Taksin. Return 74 Baht. Ada free shuttle boat untuk ke Asiatique

 
Follow je signboard Asiatique tu.... 
Bot dari jam 4 petang sampai 11.30 malam ok..

Beratur. Masa ni tak panjang pun line..

Dalam bot ke Asiatique. Ramai orang. Orang Korea dok makeup jeeee. Huhu.

Dah sampai!
Saje jalan-jalan kat sini tengok apa ada. Korang gi la awal sikit. Elak beratur panjang2.

Sunset satu.

Banyak jugak jual barang2 local.
Menarik.


Ada Ferris Wheel. Gi la naik kalau bosan-bosan..

Bangunan tak berapa nampak.

Asiatique malam hari. Cantik sebab lampu.

Dah habis pusing satu round, kami patah balik naik bot sama ke Saphan Taksin. Turun Ratchathewi. Singgah makan kejap. 

Makanan Musilim Pattani.. Kenyang gilo.
295 Baht untuk 2 orang makan.

Kalau korang perasan kedai Farida Fatoni belah kanan korang, jalan depan lagi. Ada lorong belah kanan nanti, masuk situ. Malam-malam ada banyakkkkkk kedai muslim buka. Boleh la try. Situ pun ada Masjid Darul Aman. 

Balik hostel. Mandi. Tidoq....

3 Februari 2016

Harini memang free & easy. Nak jalan-jalan chill-chill aje. 

Lepas breakfast, kitorang check-out. Letak bag kat receptionist. Gerak ke Platinum Mall. 20 minit je jalan kaki. 

Sambil tengok wayar berselirat atas kepala kitorang..

Beli la baju apa semua. 

Kedai ni best baju kemeja simple.

Dah habis membeli, naik teksi 40 Baht balik hostel amik bag. Terus naik BTS Ratchathewi ke BTS Mochit. 37 Baht. Tengok signboard Exit 3, naik Special Bus A1 untuk ke airport... Bus tiap 20 minit depends on traffic. 30 Baht

Sampai kat airport, beli maggi buat lunch sementara check-in time. Pastu, dah check-in, boleh gi surau kat Departure Hall Level 3. 

Kami memang banyak masa sebab flight jam 5.45 petang. Lenggang kangkung la pergi gate.... 

Beli passport cover kat Platinum Mall - 100 Baht untuk cover + name. 20 Baht each for accessories. Murah kan!

Habis sudah journey to Bangkok-Loei-Udon Thani-Bangkok!

Yay!

Entry baruuuuuuuu menanti...

Sunday, February 12, 2017

Road Trip Australia: Melbourne - Greenhouse Backpacker & Queen Victoria Market

Assalamualaikum!

Previous post:-


4 September 2015

Sampai je kat Melbourne Tullamarine Airport, kami naik Skybus, kaunter ada kat luar airport. Harga tiket AUD 18 one way. Tiket ni valid untuk 2 hari. Maksudnya, beli 4 Sept, tarikh 6 Sept baru nak pakai pun boleh. So kami beli 2 tiket terus. Untuk malam esoknya nak balik dahhhh..

Skybus ni kami turun kat Southern Cross Station. Dalam 30 minit perjalanan sajo. Turun je kat situ, kitorang pergi 7 Eleven, beli Myki Card. Harga kad AUD 6. Kami topup AUD 6 (1 day access for weekend) & topup AUD 4 (2 hours fare).

Aku tak study sangat Melbourne ni. Khal banyak study sebab dia buat Iti untuk Melbourne. Jadi, aku akan tulis apa aku ingat dan faham aje lah yer. Train kat Melbourne ni pun aku pening sikit tengoknyer. Banyak nau nak fikir Zone sana sini. Jadi, kitorang banyak bergantung kat Khal jeeee. Hehehe.

So, misi kami malam tu, nak pergi Greenhouse Backpacker. Booked kat Hostelworld. Dari Southern Cross Station tu, kitorang naik train pergi Flinders Street Station. 1 stop aje. Bila nak naik train, mula la. Nak kena touch on & off kee??? Haha. Blurr. Sampai kat Flinders tu, kitorang macam lost. Kat mana niiiiiiiiiiiiii???? Serius penat kot. Dengan bag semua kan.... 

Khal & Azfar pi tanya orang. Kami yang lain menepek kat tepi kedai jaga bag. Sebabnya dalam website hostelworld, katanya kena jalan kaki one block north. Mana north pun dah tak larat nak fikir. 

Bila Khal dah jumpa jalan, dia datang balik kat kami pastu kami pun berjalan la ke hostel tu.

Belah kanan ni pintu masuk Greenhouse Backpacker. Kedalam sikit tempatnya..

Kami pilih 6 Bed Female Dorm, AUD 35 per person. Gambar dalam bilik tak amik. Katil 2 tingkat. Bilik besar jugak lah. Toilet kat luar. Malam tu, kelaparan. Makan maggi dan habiskan stok apa yang ada. Pastu terus tidoq. 

5 September 2015

Bangun pagi, kemas bag semua. Ready to check-out! Kami letak bag kat receptionist. Turun pi breakfast. Ada free flow cornflakes, susu, coffee & tea. Kecah sikit la bila kat pantry dia tu. Bila ramai-ramai orang tu kan. Biasa laa. 

Pagi tu, kami ke Queen Victoria Market. Tempat wajib pergi la kalau ke Melbourne. 

Kami jalan kaki ke Flinders St Station nak naik City Circle (Free Tourist Tram). Kalau korang rasa nak pusing-pusing area Melbourne ikut Zone yang dah dikhaskan, boleh la. Buka link tu yer. 

Flinders St Station

Naik City Tram nombor 35..

Kawan-kawan susah senang NZ-OZ.
Hahaha :D
Tak ramai orang lagi dalam tram ni. Pagi lagi la kot gamaknye..

Ni dah sampai area Harbour Esplanade..

Pastu turun kat mana aku tak pasti lah. 

Nampak toilet cenggini haaaaaa...

Aku suka Melbourne ni sebab bangunan dia unik. Design lama-lama.
Feeling kat Msia sebab ramai Asian. Hehe.

Streets..

Ok dah sampai QVM! Time to shop!

Chill je lepak luar macam ni minum kopi

Ni dalam QVM. Suka sangattttt... Kedai pastry, kopi, macam-macam ada....

Other side..

Belah luar, ada fresh market. Tengokla sayur tuuuu... Rasa nak beli je semua cantik betul.

White mushrooms..

Belah lain ada jual souvenirs.. Fridge magnets la macam biasa. 5 for AUD 10. 

Baju. Ni abang Indonesia, kedai dia quite famous la kalau tak silap. Baju pun not bad. Banyak pilihan. Kitorang memang beli kat sini je..

Masa dok belek-belek barang tu, terjumpa pulak dengan kawan sekolah kitorang, Zarifah dengan kakak dia. Memang plan nak jumpa tengah hari sikit. Tapi dah jumpa kat sini dulu. 

Baru la nampak langit cerah sikit..

Ni je toilet kami jumpaa..

Pastu jalan lagiiii.....

Graffiti

Tram ni pun ada kami naik. Kalau naik ni kena touch on and off..

Itu pulak tram. Tram pulak ada macam-macam..

Pelik aku tengok bangunan tu.

Kami jalan sampai kat satu mall ni. Janji dengan Zarifah jumpa dia kat situ. Beli la lunch...

Dalam mall..

Burgers

Tu la Zarifah (pregnant time ni, now anak dah besaqqqq) dengan kakaknye..
Study kat Melbourne Zarifah & husband.. Sekarang kat Malaysia dah..
Kakaknya melawat adiknya time ni. 

Dekat dengan QVM, ada State Library of Victoria

Macam student takkkk?
Tak masuk pun. Tengok gambar kat google jeee lah.

Pastu kitorang pergi satu supermarket ni. Beli la chocolate wajib iaitu Tim Tam. Banyak gila beli. Haha. Pastu terjumpa 1 kopi ni.. Dare nama nye. Perghhhh. Kesedapan tahap melampau.

Korang kalau pergi Aussie beli aku ni ok.

Sebab sampai ke airport aku mencari air ni tak jual ponnnn. Sedih betul.

Kami patah balik ke Greenhouse Backpacker, letak barang-barang beli tadi... Sebab nak keluar balik pergi Brighton Beach tengok sunset... DFO apa semua plan dalam itinerary semua tak jadi. Sebab rasanya dah cukup la tu shopping. Next time maybe.

Ok jumpa lagii.. Bye!

**Campuran gambar Khay+Khal+Azfar+Ain**

Sunday, February 5, 2017

Udon Thani: Red Lotus Sea & Udon Thani to Bangkok

Assalamualaikum!!!

Aku tengok macam ramai aje tak update belog ni... Ape ceritaaa? Sibuk sambut New Year lagi kaaa? Ke pi cutiii?

Ok nak sambung entry Thailand.

Previous post:-


31 Januari 2016

Kami bermalam kat The Grand Apartment, Udon Thani. Booked via Agoda 2 minggu sebelum tarikh. Last minute Itinerary punya pasai. Standard Double Room. Tapi harga RM 55 je lebih kurang. Murah la tu.

Dari luar aje. Gambar bilik tengok website lah k.. Comfortable je. Besar jugak bilik dia. 
Tempat ni kedalam sikit. Tu yang tuk-tuk pun kompius..

Badan dah keletihan sepanjang hari berjalan kat Loei. So kami tidur laaa... Esoknye mulakan pengembaraan kat Udon Thani plakkk...

1 Februari 2016

Pagi tu kami siap2, check-out letak bag kat receptionist. Plan kami kat Udon Thani ni sebenarnya nak tengok Red Lotus Sea atau juga dipanggil Talay Bua Daeng yang terletak kat Ban Diem Village..

Bila baca-baca belog katanya naik Songteaw kat Prince Pajak Monument. Puasla dok tanya orang, pusing-pusing sana sini... Jumpa dah monument tu, tapi tak jumpa songteaw pon. Sedih betul.

Jalan kaki dari apartment ke Prince Pajak tu. Ikut jalan ni haa. Dekat je pun. Dalam 10 minit..
Ni gambar masa dah petang atas tuk-tuk, lepas collect bag..

Lalu depan Udon Thani University..

Alih-alih kitorang decide pergi Udon Thani Railway Station aje naik tuk-tuk. 60 Baht. Alang-alang kat situ, beli tiket train ke Bangkok. Tanya tuk-tuk kat railway station tu, dia boleh hantar pergi Red Lotus Sea. Fuhhh. Nasib baik pakcik tu cool. 

Harga, 400 Baht return per person. Memang dalam budget. Sebab plan 400 Baht pun. Hehe. Perjalanan dalam 1 jam.. Yang amat mengantuk. 

Angin tu buat aku nak tidoq naik tuk-tuk ni weh..

Pakcik cool bawak kami sampai Red Lotus..

Adala stop jap kat pam minyak. Beli air mineral dengan kopok sambil makan atas tuk-tuk. Nanti lalu kawasan mana-mana entah, tapi nampak la signboard Red Lotus Sea tu. 

Ape benda Red Lotus Sea tuuuu? Ni kira macam bunga teratai berkembang mekar dengan begitu banyak diatas tasik.. Gituuuu laaaa. Faham tak?

Tapi-tapi, jangan sesekali suka-suka je nak pergi tau. Ada season dia. November - March, dari awal pagi jam 6, sampai tengah hari je tau. 

Dah sampaiiii!

With Ain.. :)

Ok kat sini nanti, kita kena pergi kat kaunter bayaran. Dia ada bot kecik dengan besar. Ikut jugak berapa jam korang nak naik bot tu...

Tanah merah je weh... 

Kami pilih yang small boat for 2 person for 1 hour. Lama-lama buat apo. Tengok bunga ja pun kannn. Heheh. 300 Baht untuk 1 boat. So kalau naik ramai2, korang tong-tong laa. 

Awal-awal tu macam...
Krik krikk..
Ni je ke bunganyaaaa Ainnnn?

Dah habis musim kerr? Baru awal Feb.
Hahaha.
Matahari memancar di pagi hari..

Ni la bot kami...
Depan tu baru nampak pink-pink haa...
Dari jauh nampak la macam banyakkk. Tapi sebenarnya jarak-jarak jugak bunganye..

Boleh la niiii. 

Up closed sikit. Ni la bunganye...

Ni bot besar sikit.. Dok photoshoot dorang ni..

Lautan teratai..

Orang bawa bot tu memang akan bawak bot slow-slow so that kita boleh amik gambar ke apa.. 

Habis masa, orang bot bawa balik ke darat.. Dalam advert kemain bunga banyakkk dan padat. Tapi masa sampai takde plak. Aku taktau la aku pergi time dah nak habis ke apa. Takde rezeki la tu agaknya nak tengok macam dalam advert. Hehe.

Jadinya, dalam 10 pagi, kami pun naik balik tuk-tuk. Pakcik tu sedia menanti walaupun kami tak jumpa dia, tah mana-mana parking.

Misi nak mencari muslim food. Aku tau ada masjid kat Udon ni. So cakap la kat pakcik tu nak ke mosque. Dia cakap surau. Ooo. faham rupanya. Hehe... Senang hati. Tapi dia caj extra 100 Baht sebab tak pergi Railway Station kan. Ok fine pakcik... Janji dapat makan. 

 
Dah sampai Masjid Kuwatil, Udon Thani..

Deretan kedai makannnn!

So kami pilih kat sini lah. Makan nasi goreng ayam + telur. 

Tepung pelita versi Udon... Sedap gak.. 
Nasi goreng plakk. Aku ingat ayam seketui. Rupanya cenggini. Telur pun takda nampak. 
Yang penting, daun bawang dia bagi cenggituuuuu. Malas nak potong kot. Heheh..
Harga 105 Baht untuk 2 orang.. 

Habis makan, singgah solat kat masjid....

Tingkat atas...
Air wudhu' amik kat tingkat bawah..

Pastu naik tuk-tuk pergi Central Plaza. One of the mall kat Udon.. 50 Baht..

Central Plaza..

Jalan kat sini sebab tak tau nak pi mana... Train nak ke Bangkok pukul 8 malam. Lagipun sini dapat aircond. Hahah. Pusing-pusing sampai kitorang boring. Tiba-tiba nak makan makanan manis.

Singgah cafe ni.. 

Jarang makan cenggini bila travel. Hahah. Ni guna duit lebih dari Loei semalam. Huntunglaaa ada lebihhh. Kalau tak, duduk je la tepi2 kedai minum air masak...

Pastu jalan2 kat luar Central Plaza ni. Ada buat jualan kraftangan atau local products. 

Ni depan Central Plaza...

Punya la boring ni tak tau nak buat apa. Free & easy betul rasanya trip kali ni.

Pastu amik balik tuk-tuk ke apartment dan ke railway station... 150 Baht la jugak kena. Sampai stesen, banyak nau anjing kat situ. Malas lepak situ. Jadi kitorang jalan kat night market depan station ni. Hangkut tau bagpack niiiii. Aduhai.

Tiket train. Udon Thani - Bangkok.
669 Baht. Upper Bed. 10 hours journey..

Udon Thani Railway Station



Kedai-kedai depan stesen

Roundabout depan stesen..


Takde beli apa pon. Jam 6 lebih, jalan kaki balik ke stesen, pergi toilet cuci muka apa semua.. 

Jam 7.59pm, train sampai... Terus naik katil.. 

Katil kami.... :)

Coach yang perempuan je ni kalau tak silap..

Pukul 4.45 pagi, ada orang kejut suruh bangun, sebab nak kemas katil. Amboi2.

So nanti dia lipat2 katil camne entah, jadi kerusi. 

Kitorang pun menepek la kat kerusi sampai 6 pagi.... Sampai laaa kat Bangkokkk!

:)