Friday, September 9, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Tandem Paragliding at Coronet Peak

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 September 2015

Aktiviti seterusnyaaaa! Khal & Azfar kitorang tak tahu dekat mana dan apa dorang buat. Janji dengan Fid & Ain untuk jumpa kat Queenstown Information Centre jam 12.30pm.

Ni ha tempatnya...... Lepas tu kitorang kena pergi kat satu tempat ni (tak ingat mana) untuk check-in dulu. Timbang berat apa semua. Dah setel baru staff tu bawa kami ke van.

Ok itu hari dah cerita sikit pasal harga apa semua. Entry SINI.

Tandem Paragliding ni kitorang buat kat Coronet Peak pada musim Winter. Harga lain yeeee kalau Summer. 

Kitorang kena pakai kasut & seluar sebelum gerak. 

View dari tempat pakai kasut gabak astronaut.

Astronaut 1 - Ain.
Tu mesti bag plastik dia shopping apa tu.

Astronaut 2 - Khay.
Astronaut 3 - Tirah.
Alahaiiii. Besar betulllll kasut  ni. And there's a reason behind it laaaaa...

Lepas tu, jaket pulak... Aku tertinggal jaket aku dalam kereta. Terpaksa la pakai jaket PINJAM dorang. You knowww jaket pinjam macam amik gambar passport. -___-". It was so big and I look huge in the picture. Hahahaha. 

Dah siap semuaaa astronaut ni, kita gerak menuju ke pick-up location pilot kitaaaa.. 

Sorang-sorang pilot kita ambik tengah jalan la, tepi ceruk mana entahhhhhh. I can't remember the name of my pilot. So lets call him Encik Mark

Aku tanya dia dah berapa lama buat paragliding ni? Dia cakap baru je 3 hariiiiiii. "WHATTTTT???!!"  Hahaha. Of course la dia experience. Around 8 years, and he's from Mexico if I'm not mistaken. Kalau 3 hari memang babai lah.

Ada sorang mamat tu hensem tau. So all of us macam nak dia jadi pilot kami. Siap chop2 lagi. "Aku nak dia tauuuu!" Kahkah. Alih2, Fid yang dapat. Chet.

Dah amik semua pilot, terus drive ke Coronet Peak. Jalan pusing-pusing situ... Park kereta, dan terus bayar tiket entrance untuk ke chairlift. NZD 20 sorang ye. Harga ni tak masuk bayaran buat Paragliding tau. Asing. Tapi staff tu bayarkan dulu.

GoPro aku memang dia tak bagi bawak. Takpelah. Simpan je dok diam-diam ok.

Off we go to the top of Coronet Peak! With my SUPER BIG JACKET :)
Encik Mark ni memang kaki sembang. Tak berhenti dia bercakap. Aku apa lagi. Kalau orang macam ni senang nak sembang... 

Dah sampai! Putih keliling..... 
Sebab tu laaa kena pakai kasut gabak haaa. Salji tuuuu..... 

Dari sini, Encik Mark ni bagi briefing kat kitorang semua what should we do before take off.. Excited pulak masa nak buat benda ni. Dia akan tengok arah angin dulu. Kalau angin ok, baru boleh flyyy... Gituh..

Dia ajar, nanti kena berlari sekuat hati sebelum terbang. Banyak kali dia remind. RUN AS FAST AS YOU CAN WITH YOUR KASUT GABAK! Haha. 

Ain dulu. Berapa kali dia nak buat take off. Tak berjaya. Kesian Ain. Took some time for her before fly. Bila dah berjaya tu whoaaaa... Macam tak percaya Ain dah pergi. Lepas tu Fid. Next aku..

Masa aku dah ready tu, Encik Mark ni dah siapkan semua lah payung terjun bagai. So dia cakap. "Are you ready, Khay? Run as fast as you can..."

Debor tau takkk!

Aku pun lari-lari sekuat hati siap gedebuk jatuh ko tau. Ye la dengan kasut besar (asyik kasut je jadi alasan), kena lari pulak kat salji tebal macam tu... Aku ingat Encik Mark ni nak suruh aku bangun balik buat sekali lagi. Dia cakap,"Up! Up! Run! Run!" Ishhh...

Aku pun lari la lagi yang depan aku ni dah hujung gunung ko tauuuu. Kang tak terbang macam manaaaa??? 

Tiba-tiba.... Aku dah terbanggggg! 

Tirah siap kata kaki aku still dok berlari bila dah terbang. Hahaha...Okayyyyyy ....

And off we goooo! Best lah naik Paragliding ni.
Gunung salji belakang tu tempat aku take off tadi..

View from front..

View from top

Bumbung hitam bawah tu tempat naik chairlift kalau tak silap..
Nampak tak jalan pusing-pusing tu?
Macam Cameron Highland jugak laa...
 
Dah lama sikit tu, Encik Mark ni suruh aku pegang tali payung terjun tu. Dia nak bagi aku feel cara nak paragliding... Gituhhhh..
 
Tarik ke bawah belah kanan nanti akan pusing ke kanan. Same goes to the left lah.

The view is soooo amazing.
Subhanallah.
Ni tengah pusing ke kanan..

Encik Mark dok sibuk amik gambar sana sini..

Atas putih, bawah dah hijau...

Tiba-tiba nampak seseorang..
 
TIRAHHHH!
Sebelah aku jeee... Hahaha. Ni pic from Tirah's GoPro..

Cantikkkk tau.
Tapi tak tau la kenapa gambar GoPro dia ni gelap semacam jee...
 
Lepas tuuuu.... Encik Mark ni suruh aku pegang GoPro. Aku pun pegang la. Terus dia buat pusingan U-turn, 360 degree, kuak lentang, belakang depan kat aku... Kuasam punya Encik Mark takde notis pun.....


Ni tengah chill chill lagi. Baru nak pusing sikit.

Hahhhhhhhh! Ni dah 90 degree aku lap ko tau.
Seram makkkk!
 
Memang rasa nak termuntah la atas tuuuuu masa dia dok buat akrobatik... Boleh Encik Mark tu gelakkan aku. Chet. Dengan GoPro tu macam nak jatuh dah aku rasa. -___-.
 
Habis tu, dia bagi rilek balik... Then time to landing....!

Excited dah nak sampai. Nampak Ain & Fid kat bawah....

Safely landed! Muka gumbiraaaa. Hahaha... 

Tirah juga dah selamat..

Ain yang syukur alhamdulillahhhhhhhhhhhh selamat sampaiiiiii!
Heheheh.

View from the landing area....
Naik Scenic Flight pun sini jugak la kot...

Astronaut dah jejak tanah...
=D
 
Lepas tu terus bukak kasut apa semua, naik van balik town. Sebab pilot semua ada next trip pulak. Amboi busy bebeno. So dalam kereta tu la buat bayaran NZD 20 - Chairlift. Dengan bayar Video + Gambar Paragliding ni NZD 80. Hahaha melayang laaahhh duitttttt!

Dah sampai town!
Dengan Encik Mark!
 
Kesimpulan untuk aktiviti ni, memang bestttt! Tengok pemandangan ada gunung-ganang depan ko siap salji lagi.. Fuhhhh. Terbaik!
 
Recommended activity to do when you are in Queenstown!
 

Habis je Paragliding ni kena berkejaran pulak ke Skyline.
 
Next entry!
 
**Gambar campuran Khay + Tirah + Ain**
 



No comments:

Post a Comment