Sunday, August 28, 2016

Road Trip New Zealand: Queenstown - Kawarau Bungy Jump 2.0

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 September 2015

Pagi!

Ok kali ni confirm boleh buat aktiviti. Lepas breakfast sebarang dua, call for confirmation on Paragliding boleh fly ke tak todayyy, and its on!

Morninggggg! Nice weather today!

Kitorang check-out pagi tu siap-siap. Takde dah nak nyinggah laaaa. Sebab kesuntukan masa hari tu. Dan zassss! Pergi Kawarau Bungy Jump dulu. 

Bila dah sampai, terus check-in kat kaunter. Masa tu jam 8.45 pagi. Orang tu cakap u guys a little bit late. So u have to give way for 1 group that will come later. Alamak! Paragliding pukul 12.30. Sempat tak ni??

Sebenarnya Tirah ada booked untuk bungy jump jugak.. Kalau tak silap on the day before. Last minute nak join the clubbbb. So here we are, pagi tu ready for jump!

Dalam jam 9 macam tu, group tu datang. Rupanya, orang Malaysia jugakkkkk... Chetttt! Hahaha. Tapi dorang student kat NZ kalau tak silap lah. Nak tunggu dorang yang dalam 10 orang tu alamak.. Mesti lama ni. So takpelaaa... decide macam ni je. Khal, Azfar, Ain & Fid balik dulu jam 10.30 pagi. Akan jumpa Ain & Fid kat Queenstown jam 12.30. Khal & Azfar jumpa kat Skyline jer dalam jam 3 petang.. Dengan internet takde masing-masing. Base on what we plan je lah.

Dah ready, kitorang terus pergi kat tempat nak terjun tu. Tunggu punya tunggu kan... Pukul 11 pagi baru laaaa turn aku nak terjun. -___-. Lama tau. 

Gambar je laaaaaa.... 

Macam sekali datang je dengan budak-budak ni semuaaa haaaah!
Dah pakai harness. Lets go!
Masa ni aku cuak level 7 baru. 

Time ni cuak level 100000000!!! Hahaha.
Nampak tak sebab aku sibuk nak pegang pemegang kat tepi tu..
Saje la nak pakai goggle bagi clear sikit. Tapi haremm laaa ape nak tengok entah. 

The best thing lah aku rasa kat sini dia punya staff. So friendly! Dia tau aku nervous gila. So dia cakap, jump when you are ready. Ok so chill la kan. Heh.

Sambil-sambil tu dia suruh lambai-lambai kat kamera, hence the picture above. :)

Tapi aku ni macam lembab gila nak terjun. Dia sampai cakap, "1, 2, 3... JUMP!". 

"NOOOOOOOOOOOO!!!!" Aku jerit. Haha. "Am I safeeee right now? Harness okk?" Hahaha. 

"Yes, everything is ok.. But if you wait any longer, others could not jump. So u must jump, ok?"

Dengar dia cakap tu buat aku rasa nak terjun. Dia lepaskan tangan aku kat pemegang.....

And..... I just jump! Dengar la sorakan student Malaysia tu kat tepi. Hahaha. 

Kau tahu, aku ni punya la set dalam otak nak terjun ala-ala tengok dalam Youtube bagai tu.... Gaya Superman.....

Tapi................

Macam ni je wehhhh. Hahahha.
Rosak gambar tau.. Konon nak buat Superman la sangattttt....
After all... Aku buat Bungy Jump kotttt!
Gila betul perasaan tersebut.

Masa sampai bawah, lepas tu dia tarik balik naik kan, then turun balik.. Jantung tertinggal kottt.. 
-___-"

Malangnya gambar aku semua tak nampak muka. Chis. Jadi aku salahkan aksi Superman tak menjadi aku tu. :(

Ok dah sampai bawah. 30 saat je terjunan tersebut. 
Memang best gila.
Aku tak tau nak cakap macam mana. Kalau korang tak buat lagi, u should try..

Kat bot tu, orang ni buka harness aku semua. Dan aku kena jalan kaki naik tangga sampai atas. Letih gilaaa.. Macam panjat gunung. Tak tau la apa yang letih. Mungkin sebab load kat kaki tu? Rasa nak merangkak je naik atas.

Dari bawah tu naik tangga ni... View cantik kan?

Lepas tu turn Tirah pulakk.. Aku ingat dia lepas aku. Tapi ada orang lain buat dulu. Aku pun tengok aksi Tirah nak terjun. Hehe.

Setel dia terjun, tengok gambar & video kitorang kat dalam... NZD 80 untuk gambar dan video. Walaupun gambar aku tak nampak...... Aku pasrah je laaaa. Marilah bayar buat kenangan. 

I did it!
Dapat certificate, free Kawarau Bungy T-Shirt & keychain..

But now... the problem is......

MACAM MANA NAK BALIK TOWN???? 

Takde kereta. 

So aku tanya staff situ, boleh tak tumpangkan kami with the ladies from Malaysia tu balik town? Dia cakap boleh tapi nak kena tanya orang van tu dulu.

Sampai kat parking, driver van tu cakap, orang yang buat booking sahaja boleh naik van. So saddd.. Krikk krikk la kami kat situ... So kami bye-bye je lah dorangg....

Staff kat situ tanyakan kat driver bas yang bawa orang dari China ni. Dorang pun nak balik town untuk lunch. Lucky us lah, bas kosong. Kitorang dah la berkejar nak ke Paragliding kan.

Naik la bas tu... sampai town.. Tapi dalam bas tu, ada sorang mamat ni dok la sibuk nak bergambo dengan kitorang. Adoi..... Layankan je la. Tapi gambar semua blur. Hahaha. 

Sampai kat town, turun je bas, terus lari oiii sampai Million Dollar Cruise punya stesen bot. Kot la jumpa Khal & Azfar kat situ. Tapi orang situ cakap, cruise dorang dah habis lama. Lepas tu, terus sambung lari sampai kat Information Centre. Huwaaaa. Jauh tau. Penat kita lari takut tertinggal van.

Kami mengharapkan Ain & Fid dah sampai......

Nasib dorang ada kat situuu.. Plan berjalan dengan baik nampaknye. 

Ok next post about Paragliding pulakk..

Bye!

**Gambar campuran Khay + Ain + Khal + Azfar** 

2 comments: