Akhir bulan Januari itu hari, aku dengan Ain menyinggah jap ke Bangkok. Amboihhh menyinggah macam balik kampung plakkk.
Beli tiket awal bulan Januari, sebab masa tu Air Asia buat promo. RM 150 return + 500 Big points. Tak de luggage & makanan. Murah tak? Hehe.
Route kali ni: Bangkok - Loei - Udon Thani - Bangkok. Kitorang pergi 5 hari aje..
Route
Plan nak pergi mana & booked hotel pun buat 2 minggu sebelum nak gerak. Expenses dalam RM 820 untuk 5 hari termasuk duit makan, hotel, tiket flight & aktiviti.
30 Januari 2016
Flight jam 3.35 petang kat KLIA 2. Jarang amik flight petang ni so bila masuk kat departure gate tu macam oi apsal ramai orang? Oh rupanya foreigner tengah beratur. Kus semangat.
Sampai kat Don Mueang International Airport Bangkok pukul 4.45 petang waktu sana. Semua ok aje. Terus pergi beli Simkad Happy Tourist Sim kat area gate keluar tu. 290 Baht aje satu. Setel situ, naik Bas A1 kat Gate 6. Beli tiket dalam bas. Harga 30 Baht seorang.
Sebab apa kitorang amik flight petang, malam tu tak payah tidur hotel. Tidur dalam bas aje. Save bajet sikit.
First destination ke Loei. Kitorang naik bas kat Mo Chit / Northeastern Bus Terminal. Bas A1 yang naik tu terus sampai kat Mo Chit Bus Terminal ye. Stesen last sekali tau. Jangan pulak korang turun kat BTS Mo Chit. Lain tu. Disebabkan Loei ni belah utara macam Chiang Rai & Chiang Mai, kena naik bas kat sini.
Turun aje dari bas, korang gerak ke belah kanan. Nanti akan nampak banyak kedai jual baju, souvenir dan lain-lain. Ikut gerak hati aje time ni sebab memang masa tu tak nampak langsung kaunter tiket. Jalan sampai nampak bas ekspres banyak-banyak. Lepastu, tanya la orang kat mana kaunter tiket. Hehe. Tak membantu langsung aku ni.
Jalan dan jalan jumpa banyak sangat kaunter tiket. Ada kaunter kat luar. Ada yang kat dalam ber-aircond. Jadi, masuk la tempat aircond sikit bagi menenangkan jiwa.
Gambar pinjam Google.
So ni la dalam Mo Chit Bus Terminal tu.. Memang banyak kaunter.
Kalau nak ke Loei, naik tingkat 3. Kitorang pun mencari la kaunter tiket ke Loei. Banyak kaunter yang ada. Then someone approached us. Bila nak cakap ke Loei, dia tak faham. Ulang banyak kali, rupanya sebutan 'Le-ee' lebih kurang. Hehe. Tapi nasib la dia faham.
Orang tu pun bawa ke kaunter tiket. Nak jugak naik bas jam 8 malam sebab tak nak sampai awal sangat kat Loei nanti. Bajet kitorang dalam 450 Baht seorang. Tapi dapat harga 460 Baht seorang. So ok lah tu within budget + extra 10 Baht tuu kan. Ada banyak jenis bas ye. Depends korang nak yang mana. 2nd class ke VIP ke VVIP ke. Gitu.
Tak tulis pun ke mana. Tunjuk je la tulisan Loei kat dorang ye masa beli tiket.
Company Air Muang macam nak naik flight! Haha.
Setel beli tiket, kitorang pergi 7 Eleven beli air, keropok & maggi. 61 Baht. Dinner makan maggi aje kat Food Court dia tu. Takde halal food ye kat situ.
Food Court Level 3
Then cari Muslim Prayer Room. Masa dok jalan-jalan cari kaunter tadi, ada terjumpa signboard. Jalan sampai hujung sekali baru nampak Prayer Room. Kat tingkat bawah, belah luar. Kalau korang dari pintu masuk, keluar tu belok ke kiri. Nanti akan nampak bangunan kecik dalam kotena macam tu. Ada papan tanda. Jangan risau.
Atas tu tulis je Prayer Room, tapi tak nampak plak.
Masuk balik dalam bangunan jam 7.30 petang, cari Platform 27 / 29. Jalan dia menuju ke area Food Court Level 3. Kalau tak pasti, tanya orang kaunter tiket tu. Turun eskalator belah kanan, jumpa dah Platform 27 / 29 tu. Tunjuk tiket bas kat orang bas, naik leerrr!
Platform area..
Bas memang tip top aku suka betul. Dapat air mineral, roti kacang, pulut daging yang memang tak boleh makan, selimut lagi! Heeeee best tau. Tempat cucuk USB pun ado. Satu row ada 3 seats aje. Luas. Very comfortable.
Ini tempat kami punyaaa!
Blur sikit. View dalam bas..
Ni ha pulut daging.. Buang je lepas tu.
Kitorang dapat seat depan sekali. Depan kitorang tu tempat driver bas tu la kan. Apa yang bagusnya, tempat driver tu dah macam cockpit area dalam flight. Siap tutup pintu lagi asingkan passenger & driver.
Tutup bagai siap!
Nanti masa dah nak gerak, konduktor bas tanya kitorang, cong ceng cong ceng dalam bahasa Thai. Mesti dia ingat kitorang orang Thai ni. Huwaaa. Buat lah muka blurrr. "No speak Thai", kitorang kata. Then dia cakap,"Where you go?". Chet. Haha. Kitorang cakap laa "Loei". Dia akan tanya semua orang dalam bas tu soalan yang sama tau.
Lepas tu, dia bagi pengumuman pulak. Macam ketua pramugara dah aku tengok dia. Cong ceng cong ceng dalam bahasa Thai. Haruslah tak faham kan apa dia cakap tu. Then terus bas gerak.
9 jam perjalanan dari Bangkok ke Loei. Lama nyeeeee...
2 jam pertama tu, bas berhenti kat RNR aku rasa. Ramai pulak orang makan kat situ. Gi toilet apa semua kan. Then takde berhenti dah unless tempat yang orang lain nak turun.
Konduktor bas tu baik hati betul dia. Kalau stop kat R&R dia bagitau. Stop kat Loei pun dia bagitau. Selamat aje aku rasa. Heheh. Tepat jam 5 pagi sampai Loei Bus Terminal weh. Mantap betul. On time!
Dah sampai!
Kat Loei Bus Terminal tu, ada pulak orang tumpangkan ayam dalam bonet bawah bas. Haha Macam-macam la orang Thailand ni.
Kesimpulannya aku suka naik bas Air Muang ni. Hehe.
Ok nantikan perjalanan seterusnya...
Bye!
Siap selimut ke tu?
ReplyDeleteSelimut siap SS!
DeleteKalah flight AA.
Kihkih..