Sunday, February 14, 2016

Road Trip Australia: Split Point Lighthouse & Iluka Restaurant, Apollo Bay

Assalamualaikum!

Previous post:-


27 Ogos 2015

Kitorang stop dekat Split Point Lighthouse. Parking free je. Cumanya kena menapak lah ye untuk sampai lighthouse tu.

Lets go!!

Area sini dulu pada mulanya, hanya ada lighthouse, rumah penjaga lighthouse, kedai tukang kayu, tea house dengan kedai minyak aje. Lama sikit tu, orang bina rumah kat kawasan ni, rumah penjaga tu pun dah dimusnahkan. Tapi rasa yang lain ada lagi la kot.

Ada beberapa bijik rumah la kat area sini. Cun pulak tu.

Aku rasa yang ni la original tea house tu.. Pun cantikkkkkkk kan, even dari belakang.
Nak amik gambar ni pun tengok kiri kanan takut anjing.. -__-"

Dah nak dekat sampai..

Ok sampai! Hehe. Depan kitorang laut..
Tak masuk pun dalam lighthouse ni. Amik gambar je sebarang dua..

Laut ini... Waaaa cantikkkk..
Kat lighthouse ni boleh nampak ikan paus, musim winter aje.

Mouth Beach la tu namanya..

Sampai sini nak pergi toilet. Alkisah nak mencari toilet nye.. Ya ampunnnnnnnnnn.. Jauh kau tahu.... Memang boleh terkencing la kat situ kalau tak tahan dah tu. Hahaha.

Kena lalu semak samun ni untuk ke toilet ajeee pun...
Tapi semak samun pun cantik tau.

Pastu kena lalu sini pulakkkk. Hurm hurmmm.. 
Bawah nunnn toilet. Turun bukit takpe lagi..
Nanti kalau korang nak pergi toilet sini, ikut je signboard. Tapi kalau signboard dah takde tu, jalan je la terus. Nanti nampak toilet belah kiri ok.

Ok dah sampai, kita lepas lelah tengok view ini... :)
  
Area toilet tu ada la kerusi bangku ni hah. Boleh la kot korang lapar ke apa boleh la picnic sini...

Lepastu... daki bukit balikkkkkkk.. Turn back ye. Takde jalan lain dah nak patah balik toilet ni.

Aihhh cerita perjalanan ke toilet je ke apa aku niiii???!

Ok patah balik ke kereta, kita lapar jum pergi makan kat area Apollo Bay.. Dari Split Point Lighthouse, amik masa dalam 1 jam jugak.. 

Jalan nak ke Apollo Bay ni bengkang bengkok sikit. Tapi.......... view laut.... terbaikkkkk dari ladang! Nama pun Great Ocean Road kan, mestilah great! View semua tersemat dalam hati aje. Sebab buat video. Kesimpulannya, korang datang la sini...

Satu ni je la tempek sini... Hehe..
Dalam kereta............. "Wei cantiknyaaaaaaaaaaaaa!!!"
Haa gituh.

Ada restoran halal dekat Apollo Bay tu, namanya Iluka Motel and Restaurant. Boleh le menyinggah. Sini famous dengan fish & chips. Jadi itu la yang kami makan.

Langit cerah pulaaa niiii..

Ada park depan restoran.. Besar...

Ni ha kedai. Iluka. Ada Motel jugak..

Halal untuk ayam, in sha Allah.
Cert ni tampal kat luar dinding restoran..

Menus.
Boleh beli yang combo air ke family ke apa ke. Pilih aje.

Fish & Chips. Memang sedap lah. Recommended la kalau korang datang sini. 
Aku tak makan yang ni. Amik Grill Fish & Chips. Erm, rasa kurang sikit.
Harga AUD 13.50 dengan air mocha.
Sos pun kena bayar ok. Nasib baik la kitorang bawak sos paket KFC se-tupperware.
Huhu.

Alih-alih, tak habis pun makan chips tu. Banyak kotttt. Tapau laa, jangan membazir, boleh buat bekal perjalanan.

Then pergi public toilet kat area park tu. Buang lagi apa patut. Hehe.

Ok itu aje lah dulu yee...

Bye!

7 comments:

  1. Arghhhhhh! Stresssss tengok Fish & Chip tu... Aussie punya Fish & Chip memang tak boleh lawan laa... Ikan Freshhh!!!! Hadoiii... Lapaqqqqqq! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengan makan tepi lauttttt feeling sangattttt... Tp Fish & Chip mmg sedap. Yang grilled tu kurengg laa....

      Kalau lapaq, pi makan kat Manhattan. Hehehehe.

      Delete
  2. Ha Ha Ha... Rembat sos KFC??? SS pon buat gitew setiap kali nak travel... Kah Kah Kah...

    ReplyDelete
  3. patutlah nama nya Great Ocean Road..mmg sgt great..SS..jom kita ke melbourne nak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dalam kereta tuuu memang rasa "whoaaaaaaaaaaa"!!

      Teruja sangat.....

      Ajak SS & HH sekalikkkk.. Boleh gilir2 driveee...

      Delete
  4. ehehe ILUKA famous habis da kan.. semua pun singgah sana.. tour pun singgah situ ngeh3..

    ReplyDelete