Friday, October 9, 2015

Pulau Tioman: Snorkeling di Pulau Tioman!

Assalamualaikum!

Previous post:-
 

Draft lama dah dalam belog ni hah tapi tak update2. Ni nak curi masa kejap.

Meh tengok map Pulau Tioman jap... Tengok apa tempat yang ada..

Sumber: Klik gambar

Haa Nampak tak aku duduk mana? Tu yang Genting Village tu.. Kalau nak tau, ramai orang stay kat Kampung Salang. Sana banyak gerai makan. Tapi bagi aku duduk mana pun takpelah, janji sampaiiiii.. Dan at least boleh cerita pengalaman kat Damai Tioman Resort ye takkk?

2 Mei 2015

Bangun pagi, breakfast time! Makan nasi goreng, roti bakar, cornflake, hotdog. Sedapp. Kan aku cakap makan sini semua sedap. Gambar tak amik. Malas. Jam 8.30 pagi tunggu nak naik bot pergi snorkeling! Dalam jam 9 pagi tu dah gerak. Ada 2 bot. 1 yang besar. Agak ramai la dalam bot tu. Aku rasa semua orang kat Damai Tioman tu sumbat dalam tu.. Tapi, kitorang dapat naik bot kecik. Kihkih. Best laaa, tak ramai orang. Ada 1 family + 1 group + 1 couple & kami berlima..
 
Jeti Kampung Genting

Ni view kat jeti. Dah biru cenggini haaa.... Baling roti je, semua ikan datang...

Yang depan ni bot besar. Kitorang naik bot belakang tu... Nampak x? Haha

First pit stop. Pulau Tulai.
 
Sini superbbbbb! Coral cun gilaaaa. Ikan banyak. Sila bagi roti supaya ikan semua datang kat ko. Feels like in aquarium bila tengok gambar. Memang crsytal clear lahhhh!
 
Dalam sejam jugak kat sini. Dah penat, naik bot.
 
Kesimpulannya, sini SANGAT BEST.


View atas bot

Coral macam2 bentuk

Hee sukaa!

Jernih kannn!

LOVEE!

View cun laaa jugakkkk...

Kami! Ni orang bot tu amikkan gambar

Hi ikan. Jemputla makan roti..

Ni dah naik bot sebab penat

:)

:D
 
2nd pit stop. Kampung Tekek.
 
20 minit dari Pulau Tulai. Port nak kencing. Tak tahan betul. Ade public toilet belakang duty free shop. Aku ingat lagi aku berkejaran nak ke toilet. Hahaha.. Kat Duty Free Shop beli coklat Toblerone RM 5 je yang besar. Nyum3. Dengan beli milo ais RM 2.50 ikat tepi kat gerai makan depan tu. Tak berjalan sangat pun kat Kampung Tekek ni... Yang pasti, sini memang ramai penduduk compared to Kampung Genting.. Kalau perasan, ada kelawar bertenggek kat pokok tengah tidoq. Kat jambatan..

Ni la Duty Free Shop nye. Memang ramai orangggg weh..

Kelawar banyakkkkkk!

Kat sini dalam sejam. 12.30 kumpul kat bot semula. Masa ni hujan rintik2 dah. Dapat gak amik gambar kat kapal layar. Feeling orang kayo jap. Cun view sini.

Bot kitorang pun parking area sini jerr...

Kawan-kawan

Kapal layar. Eh ke bot layar? Entah..
 
3rd pit stop. Marine Park.
 
Kalau kat Taman Marin, kena naik kat jeti then gerak ke hujung pantai. Berenang ke tengah area belon terapung tu. Nama pun Taman Marin kan.. jadi sini banyak coral buatan. Ade jugak kapal karam. Ye ke tidak entah sebab aku bukan nampak pun... Haha Kalau diving, nampak la kottt.. Tapi ikan besarrrrrrr yang amatttt. Ikan selar kuning katanye. Aku tak tau nama ikan ok. Ikan pari tau la.. Shark pun tau.
 
Pasir putih.. Air agak keruh. So gambar pun tak clear sangat. Tapi still turquoise.. Lama gak sini. Pukul 2 petang naik bot balik. Naik kat jeti. Bot tak boleh masuk area belon terapung tu... Panas oh masa ni. Pastu dah ngantuk dan lapar. I need food......

Banyak kan ikan! Air turquoise tuuuu!

Ikan berenang depan mata je hoi..
 
Ni dia kutip 50 sen dalam laut. Ahaha.

Mekasih laa amik gambarrrr..

Itu landak laut! Pergh pegang macam tu jee kan..

Tengok laaa ikan tuuuuu. Warna warni sangat

Air nye punnnn.... Cun kan! Sila la pergi Tioman... Tu la ikan besar aku cakap...

ME!

Wefie!

Dari tepi jeti

Ni tengah jeti like obviously....

Tempat berenang2. Renang kerrrr....

Tempat tunggu bot....

4th pit stop. Pulau Renggis.
 
Sini....... Orang tu minta snorkel dalam 30 minit jer. Ok. Moh le terjun, tengok ape ade. Tapi, arus kuat gilaaaaaa oih. Kitorang makin lama makin ke belakang. Makin jauh dari bot. Padahal tak sampai 5 minit pun terjun bot tu.. Orang bot suruh gerak ke depan, dekat dengan bot. Tak larat sangat. Macam nak pengsan aku. Nak tunggu je orang bot datang selamatkan kitorang berlima. Abang tu siap tarik 3 orang sekali. Tapi dia pun tak larat. So dia suruh berenang pelan-pelan. Masalahnye reti pulak ko berenang? Kahkahkah. Alih2 tarik tali bot menuju ke bot. Tarik tali tu baru la larat sikit. Itu pon sakit tangan. Eh banyak cekadak pulak kannn... Gigih pulak abang tu nak tarik engko sorang2.. Fuhh mencabar. Rasanya dari 30 minit jadi sejam lebih kot...


Dua gambar je kat sini. Tapi coral cantikkkk tauuuu...

Balik dari snorkeling, dapat rasa dok depan bot. Hehe. Sejuk je. Sembang2 jap dengan abang bot. Dah sampai, naik jeti. Dalam 3.15 dah time ni. Abang tu cakap selalu balik pukul 2. Letih gilo dah dia. Kesian weh. Dengan dia la bawa bot, dia la masak, dia la serve makanan, dia la angkat pinggan mangkuk, dia la cuci lap meja, dia la MC, semua dia. Chief katenye. Hoho.
 
Lunch time. Lauk labu masak lomak, telur sambal. Fuhh. Sedap. Serius.
 
Aku & Rina balik bilik. Mandi dan tido. Liana, Fisha & Tika sambung terjun laut.
 
Dinner pulak makan BBQ. Ada kambing, hotdog, ayam, sotong, lain2 lah banyak ada... Sos BBQ sedap sangat.  Menjilat jari makan.
 
Kitorang lepak jap depan laut tengok pantai sambil karok follow lagu orang dok karok tu. Nak nyanyi malu. Haha.. Then hantar snorkelling gear semua. Malam tu kemas beg dan tidurrrr.
 
Kesimpulannya, pulau kat Malaysia ni cantik, jadi marilah memeriahkan laut Malaysia. Macam duta tak? Hehe.
 
Ok itu je.. Nanti sambung lagiiii hari last kat Tioman plak..
 
 

8 comments:

  1. aaaa sbb duk kat sini so snorkeling sni je.. sewa motor hahaha..
    tapi sbb penakot.. brenang da dekat2 tepi pantai lalala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Snorkeling tepi2 pantai pun boleh tuuuuu kak. Asal sampai! Hehehe. :D

      Delete
  2. Pnh ada bad experience dngn landak laut.... terpijak... beribu duri dlm kaki..mkn masa berbulan nk hilang... kena kt pangkor...huhuhu.... saya pon p kedai duty free tu..haha... pn sket ada kedai roti...kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoii takutnyaa... Mesti sakit kan.. Tengok landak tu kecikkk je haaa dalam laut....

      Delete
  3. Akan ku sampai. Cewahh ikot jejak ko sgt :P

    ReplyDelete
  4. Snorkeling kg genting rm bape ye

    ReplyDelete