Sunday, September 20, 2015

Pulau Tioman: Dari KL ke JB & Jeti Tanjung Gemok ke Tioman

Assalamualaikum!

Setelah sekian lama baru ada masa nak update blog. Hehehe..

Tahun 2015 ni aku start berjalan agak lambat sikit. Bulan 5 masa cuti Hari Pekerja tu aje. Memang terasa lah otot2 ni lemah longlai akibat badan kurang bergerak. Hahaha. Kira last aku berjalan bulan 8 tahun 2014 tu la pergi Thailand tu. Nampak tak nak dekat setahun? Serius tak boleh jadi nih. Lepas ni kena start aktif balik awal tahun (YEKER TU)..

Jadinya tahun ni aku pusing Malaysia dulu. Kita pergi Tioman!

30 April 2015

Disebabkan ada member belajar kat UTM lagi, jadi aku plan dari KL nak ke Larkin saje. From there, drive to Mersing. Ada aje bas KL-Mersing, takde hal. Tapi kena jalan kaki sikit la ke jeti Mersing tu. Tapi tapi tapi, make sure korang confirm dulu la dengan agen (kalau book through agent) kat Jeti Tanjung Gemuk ka Jeti Mersing ka. OK?

Dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), aku dengan member Tikah naik bas ke Terminal Larkin, JB. Kitorang amik bas jam 10 pagi dan sampai jam 2 petang. Harga tiket RM 35 sehala. Sampai Larkin, member kat sana pick-up kitorang dan bawa pi makan-makan. I loikeeeee lah Johor food. Banyak betul makanan dan tak sempat lah nak try semua kannn.. JJCM Johor boleh baca SINI.

Sebenarnya feri kitorang tarikh 1 Mei. Saje datang awal sikit tak nak rushing. Kata pergi laut. Chill saje lah kan. 

Lepas makan member bawa pusing-pusing bandar. Aku pun tak ingat bila last datang JB ni haaa. Kitorang singgah Istana Bukit Serene pada waktu matahari tegakkkk atas kepala ni. Panas baq hang!

Geng Tioman aku... :)

Menarik betul sini..

Mula2 takut nak amik gambar dengan pengawal ni haaa.. Don't worry, kami tak kacau dia kerja. Cuma mungkin dia cakap, apehal la budak2 ni amik gambar tengah2 panasssssss..... Memang lama jugak la kitorang dok posing sana sini depan pintu istana ni... Konon2 harap jumpa TMJ.... Gituu.

Solat kat Masjid Abu Bakar! Klasik sangat masjid ni. Love the architecture..

Depan tu lautttt...

:)

Malam tu mandi dengan rehat jap. Malam yang sama jugak nak gerak dah ke jeti. Buntangkan mata ni haaa jangan tidoqq..

Aku cerita sikit aku amik dari pakej mana ye.

Pulau Tioman ni korang jangan la pi time Monsoon. Bulan 11 sampai 2 tu jangan la ye. Bulan 3 dah buka selalunya. Dari bulan 1 & 2 macam tu dah boleh start cari pakej via Instagram, FB & Website. Since public holiday kan, few packages memang mark up harga laa.. Kitorang plan nak uruskan sendiri everything without pakej. Tapi, bila search availability ferry kat web Feri Tioman, dia dok kata tak buka lagi. Bila call ofis, dia suruh call bulan 3 nanti. Bila call balik bulan 3, dah sold out. Adeh. Sebab apa... sebab agent merata Malaysia memang dah beli siap-siap. So kalau nak, kena tanya agent tu if dorang punya tiket available. Dia ada bagitau satu kedai ni namanya Bluewater. Nombor telefon: 07-7994811. Sold out jugak ke apa benda entah, tapi tak beli jugak la dengan dia.

Alih-alih, cari je pakej mana-mana. Malas nak fikir feri hoiii. Karang tak pergi. Tiba-tiba secara kebetulan masa member aku Fisha dok cari pakej Tioman ni, terjumpa laa kat Facebook Pakej Pulau Tioman (Original) yang dorang ada last minute cancellation for 4 person. Terus zassss pergi tanya Abang Wan tu. Dia suruh confirm cepat sebab ramai lagi menanti. Tapi Fisha kawtim nak 5 orang. Dapat. Rezeki  kan. Bila dah ok semua, kena bank in segera la deposit RM 50 sorang untuk secure booking. Habis cerita tak payah nak fikir feri bagai ye takkkk.

Pakej ni harga RM 360 (3 hari 2 Malam) + RM 40 (Surcharge Public Holiday) termasuk:-

  • Ferry transfer Mersing - Tioman - Mersing (FUHHH)
  • Air percuma masa sampai resort
  • Penginapan 3 hari 2 malam kat Damai Tioman Resort
  • 6 KALI MAKAN I LIKE: 2 x sarapan, 2 x lunch, 1 x dinner & 1 BBQ dinner
  • 1 x snorkeling trip ke Taman Marin, Kampung Tekek, Pulau Renggis
  • Snorkeling gears (safety jacket, goggle & mask)
Abang Wan ni suruh naik kat Jeti Tanjung Gemok ye. Bukan Jeti Mersing. Lain tu. Nasib baik beli tiket KL - Larkin. Kalau beli KL - Mersing? Jenuh laaa.. Jauh jugak la nak ke Tanjung Gemok tu kalau korang rasa nak jalan kaki. Heheh. Apa-apa pun, confirm kan dulu korang naik kat jeti mana ye.

Ok dah pasal pakej, aku sambung cerita lain..

Perjalanan dari UTM ke Jeti Tanjung Gemok dalam 3 jam 30 min. Ada la berhenti menyinggah jap mana-mana. Semua tak boleh tidur dalam kereta nak temankan driver. Menyanyi lah itu ini borak sampai laaa ke jeti tu. Jalan kampung kan. Ada je bas dengan kereta lalu. Tak banyak la.. Jeti Tanjung Gemok ni kat Endau ye. Sempadan Pahang-Johor.. Kitorang sampai jam 3.30 pagi kat area jeti.

Eh sebelum sampai jeti tu kan, kitorang pergi singgah balai polis Endau tu la kot nak tumpang toilet. Stesen minyak semua golap je, tak berani la. Tapi kan, abam polis tak bagi tumpang toilet. Hahaha Suka hati je kitorang ni. Ye lah tah2 polis tu ingat kitorang ni penyangak keee kan nak tumpang toilet pukul 3 pagi.

Disebabkan sampai awal pagi, jeti pun tak buka lagi, kitorang masuk dalam surau jap. Ada surau area situ. Menghadap jalan besar. Kalau nak terus masuk parking boleh gak, tapi parking belah luar pagar. RM 10 sehari. Dalam pagar pun harga sama je. Cuma pagar je la tak bukak lagi.

Tunggu punya tunggu punya tunggu sampai jam 5 pagi kat situ...

Korang kena tunggu jugak sebab aku sambung nanti.

Hahahha.

Ok byeee!


2 comments:

  1. assalam sis,boleh saya tahu (TBS)KL -(STESYEN BAS)larkin ke (JETI)tanjung gemok jauh x??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam...

      TBS KL - Larkin dalam 4 jam naik bas.

      Larkin - Jeti Tjg Gemok maybe around 4 jam naik kereta.

      Delete