Assalamualaikum!
Menyepi pulak aku ni kannn... Hahah. Ada je benda nak update sebenarnya. Tapi malaih oiiii!
Pada 23 - 24 Mac 2013 yang lepas, keluargaku (belah Mama) ada buat Family Day. Lepas arwah Wan aku meninggal, mungkin kami akan jarang-jarang jumpa. So, decide untuk buat Family Day tiap tahun selain jumpa masa Hari Raya, kenduri, etc..
Plan dah dibuat 3 bulan awal. Ketua nya Pak Lang kami.. Anak-anak buah yang lain arrange untuk aktiviti, kutip duit, hadiah, makanan, gambar, banner, t-shirt dan macam-macam lagi. Korang ingat, nak pi travel je ke kena buat schedule??? Family Day pun ade ok. Gagah kan. Yang penting, kerjasama!
Alhamdulillah, apartment sudah di-booking awal. Segalanya berjalan lancar pada hari tersebut. Plan untuk berkumpul di PD Lagoon Guest House jam 12pm. Tapi, family aku gerak dari rumah pukul 11.30 pagi. Hehe. So, sampai dalam pukul 2 lebih macam tu sebab ikut jalan lama. Ramai dah family yang sampai, makanan pun dah terhidang depan mata.... Nyum2. Perut memang lapar, so kita terjah makanan dulu lepas solat. Ada nasi lemak, lauk sardin, pulut kuning, ayam kari, roti jala, kuih-muih, cupcakes, dan lain-lain. Sedap sangat terima kasih kepada semuaaaaa. :)
Tiba-tiba lapar. Sekarang pukul 12.30am. Gahhh~~
Lepas buat tahlil, kami BBQ! Ayam, daging, nasi goreng, ikan bakar, sausage, mushroom soup (Pok Cik aku buat) dan lain2. Gendut nyaaaaa. Makan macam-macam tauu takkk... Lepas dah siap2 kemas, balik bilik, kira duit. Aku bendahari tak bertauliah okay. Pening nau kira duit ni.
Biasa la kalau tak biasa tidur tempat baru, aku memang tak akan boleh tidur. Tu la yang terjadi pada aku. Sedih betul. Otak aku dah fikir macam-macam sebenarnya. Negative thoughts. No good!
Esok pagi, aku bangun lewat ler apa lagi. 8 pagi baru laa mandi apa semuaaa.. Sarapan pagi yang disediakan oleh pihak Guest House ni adalah Nasi Lemak & Ayam Goreng. Ada la lauk semalam lagi. So, habiskan..
Breakfast time!!
Ada birthday bash jugak!
Alololo~~
Sampai pun si kecik niii!!
Lepas tu, kami buat sesi ambil gambar bersama keluarga.
Big family!!!
Kemudian, aktiviti sukaneka sikit untuk semua golongan.
Kutip gula-gula.
Mama & Mak Cik.
Isi botol.
Berkumpul untuk sesi seterusnya bagi group golongan dewasa!
Dewasa ke??? Haa, ni kumpulan Merah!!
Hijau!
Oren.
Game pertama, treasure hunt! Cari sampul surat tersembunyi. Harusla group Merah menang! Hahaha.
Game kedua: Baling Belon Air.
Group merah menang lagiiiiiiiiii! hahaa. aduhai.
Untuk bapak2, makan betik tak sedapppp! Hehe.
Untuk mak pun ada jugakkk.. Tak sempat ambil gambar. Kupas kulit epal. :)
Habis tu, mandi swimming pool! Best gila okay.. Lawak betul masing2.
Kami tak ke laut sebab Guest House ni agak jauh dari laut. So, takpe laa.. Takde la sunburn melampau kannn..
Find ME!
Balik tu pi makan kat Kampung Sungai Dua, Melaka. Seafood tepi laut.. Sedapnya makanan kat Malaysia ni oiii. hehe.
Balik KL pukul 8 baru sampai sebab hujan dan jam hebat.
Okay itu sahajaaaaaaaa!
Babai!
[++ So Good ++]
Salam tumpang Tanya.. Berapa ramai family member yg join family day Tu? Meriah sunggoh uols...me n my big family plan to have another family day...agak2 tempat Tu bole cater utk 80-100 org x?
ReplyDeleteWslm...
DeleteYang pergi dalam 50++ orang... Tempat ni boleh je untuk 80-100 org. CUba Tanya kat link PD Lagoon atas tu...