Assalamualaikum!
Mari sambung ekspedisi seterusnya iaitu di Puncak, Bogor, Indonesia. Sila baca entri lepas ye.
Dari Bandung, kami ke Puncak dan bermalam di Hotel Surya Indah. Kalau kat Indonesia ni, cerahnya cepat bebeno. Jadi dalam pukul 5 pagi tu dah bangun nak solat Subuh. 530 pagi tu dah Syuruk okeh. Air nya kemain sejuk macam mandi air perigi. Tapi tu kalau tak buka heater laaaa! Haha.
Dah selesai pack barang untuk check-out dan siap cantik2, kami masuk bag dalam Toyota HiAce dan menuju ke Coffee House Surya Indah untuk sarapan pagi. Oh ada tak aku bagitau yang pemandangan kat sini sangat cantik. Bilik okay la. Besar jugak. Tak sempat amik gambar bilik.
Telefon lama yang sangat nyaring bunyinya. Bergegar telinga aku. Lantas, aku cabut wayar takut member bilik sebelah kacau.
In front of my room. Nice view, right!!
Depan lobi. Ada receptionist handsome jugak!! :)
Kami sarapan nasi goreng & mihun goreng. Lapar sangat kau tahu tak. Aku nak order Teh O panas. Sekali dia bagi Teh Jasmin jugakkk.. Boring betul. Tapi, boring2 aku telan jugak sebab bagus ok air tu!
After breakfast and check-out, we headed to Taman Safari, Bogor. Perjalanan ambil masa 1 jam lebih juga. Quite far. Naik bukit tinggi lagi. Dengan macet lagi. Alahaiiii.
Sebelum masuk taman Safari, kita beli pisang dan lobak untuk bagi haiwan makan!!!
Semua amik port masing2.
Ni kedai souvenir kot.
Enjinias & a teacher.
Alolo comel.
Pintu masuk.
Ilama kot ni.
Gagah takkkkkkkkkk??!!!
Tak bergerak langsung macam patung bersalut lumpur!
Up-close!!
Lepas habis pusing Taman Safari. Dalam 1 jam la jugak. Toyota HiAce pergi pusing kat sini pulak.. Tak tau la apa namanya.
Ada Baby Zoo.
Kawan aku ambil gambar dengan anak harimau. Siap peluk okay!! Huuu.
Hiks.
Next pit-stop! Food & pray. Sepatutnya kami plan nak pi Jakarta. Tetapi disebabkan banjir tak surut lagi masa ni, kami pun terus balik ke Bandung. So, makan nasi padang & solat semasa nak turun dari Puncak ke Bandung. Gambar makanan tak amik. Dah lapar sangat. Tapi, gambar masjid, aku amik. Kecil tapi Subhanallah, cantik sangat.
Masjid Al-Awih. Ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk muslimin. Tingkat atas untuk muslimat.
Masuk pintu pagar masjid, dihiasi dengan kolam ikan dan taman kecil.
View di bahagian solat muslimat.
Bahagian luar.
View from top floor.
Masjid ni tak dilengkapi dengan kipas sebab angin sejuk dari luar masuk ke dalam masjid.
Sampai di Bandung pukul 6.30 petang dan terus ke Toko Tiga. Aku tak beli pun kat sini sebab tak plan nak beli jeans pun. Kat depan Toko Tiga ni ada stall jual selendang & tudung bawal. Sehelai aku nego harga dapat IDR 30,000 = RM 10 lebih kurang. Banyak aku shopping sampai habis IDR 185,000. Hahaha.
Malam tu makan Nasi Padang lagi sekali. Boring2. Balik ke Hotel dan jalan2 sekitar kawasan hotel. Nanti sambung next entry.
Kbai!!!! :)
[++ So Good ++]
geng budak bolat... he he he... hasil kutipan dah boleh niaga... he he he...
ReplyDelete