Friday, October 28, 2011

Pra-Konvo.


Hai semua!

Hari Rabu time sambut Deepavali tu, aku pergi UiTM Shah Alam pi amik jubah konvo. Paling penting nak jumpa member yang dah hampir 5 bulan tak jumpa. Seronok gila jumpa dorang oo. Amik jubahnya pukul 2 petang. Tapi melepak dulu kat McD port feveret student UiTM study sambil dating sambil makan bersuap. #EhOver pulak.

Fisha all away from Kedah and Tikah from Melaka. 



With Mame!


 Rina. Budak2 ni melantak McD quarter pounder aku makan fries jew. sobs. haha. 

 Mame and Amal.

Lepas dah pukul dua tu gerak lah pergi DATC. Dewan baru tu.. Kau ado? Kena panjat tangga kemain gagah. Lepas tu tengok orang ramai gila beratur macam tak nampak hujung pangkal rasa nak nangis sebab memikirkan esok subuh hari baru dapat jubah agaknya. Sobs. Tapi semuanya angan-angan sebab tak pasal2 hujan menyimbah Shah Alam. Rahmat rasanya maka kita serbu bahagian ber-roof top. So yeah, kami potong queue. Hihi.

Cuba teka kami kat manaa?? Okbai.

Oh lupa nak amik gambar la sebab masa tu ramai gila orang dan orang lelaki belakang aku amik kesempatan ke apa dah macam sandwich aku rasa diri ini. But dont worry dia takda la raba ke apa. Kalau dah sampai tahap tu memang kena maki kot. 

Dan iyer, saya berjaya mendapatkan jubah konvo setelah hampir 2 jam berhempas pulas beratur fuhh fuhh. Tapi tak excited pun sebab orang tu bagi aku size XS mungkin dia nampak aku kurus kot. Bahaha. Maka bila try, gila pendek.. kacau jiwa betul. Kita tukar dengan kawan, thank you Mame. :)

Ayam Penyet time!

Sedap jugak extra joss blackcurrent ni.
Ada satu lagi kaler kuning, ada ginseng. err err..



Selesai sudah, PLAN BAIK punya nak makan dekat Nasi Ayam Penyet Padang Jawa okay. Lama gila tak menyinggah. Tapi harusla tak berjaya sebab ramai gila orang sobs. Kita pun pergi tempat lain punya ayam penyet dan jumpa Encik Bront. :) Sebaik dia tukar fikiran nak jumpa aku kalau tak 44 hari aku merajuk.

Nyummm. Tapi masin pulakkk. Tapi sebab lapar, ku telan jua.


Dah habis melepak bagai dengan semua orang kita balik laaaaa rumah dan tidur sebab esok kerja adoi.


Isnin kita cuti. Nanti free wa update lagi ye. Bye! =)



kata pendek: Kawan-kawan, kita jumpa 31 Okt ya! 


[++ So Good ++]

2 comments: