Friday, February 11, 2011

Apa nak buat bila habis belajar?

Lepas habis belajar, apa yang mula-mula sekali korang fikir? Takpun, masa akhir semester belajar, apa yang bermain dalam fikiran?

Soalan-soalan biasa untuk diri sendiri:

1) Sambung belajar lah. Mantapkan ilmu sampai China.
2) PTPTN dah tak dapat. JPA tak nak support dah. Mana nak korek duit? Harus lah kerja.
3) Eh, nak kerja apa ha? Kerja tetap ke, kerja kat McD kejap ke, apa?
4) Malas ah nak fikir apa-apa. Tidur, makan, mak ada, kakak ada. Makan semua tanggung. Free. Menganggur jum.
5) Nak kahwin ke ha? Pakwe aku dah banyak duit ni so boleh la kahwin.


******

Dah ramai orang tanya aku nak buat apa lepas habis belajar. Supervisor Final Year Project pun tanya, apetah lgi mak ayah aku. Hee.

Jawapan: I want to get a job!


Sementara tak dapat kerja tetap jadi jurutera, kerja Guardian sat. Boleh? Hehe.

******

Tapi lah kan, itu adalah major problem sebab sekarang ni susah nak cari kerja.

Minor problem berlambak kot. Contohnya, interview.

Oh gila. Macam takut je nak interview nanti di masa hadapan. The real world, who knows? I've been to few interviews, but only with my lecturer, which was very casual and relax macam pergi spa.. Not the real engineer. T_T

So, satu hari ni tengok satu cerita ni. Mamat ni takut dan cuak gila nak interview. First time. Dan dia sungguh tak ready sampai buatkan dia nak patah balik rumah. But after a while, he refused. Dia kuatkan hati dia pergi interview tu.

During his interview, the interviewer ask him whether he had work before at other companies. Tapi mamat ni kata dia dah graduate for a year, tak pernah ada experience kerja pun. Menganggur la, faham tak?

So interviewer ni cakapla, "Oh, company kami tak ambil orang yang takde experience. At least 2 years of experience would be ok".

Aku macam.. Oh, man! Ape kes ni? I mean, kalau orang tu dah memang first time interview pun, fresh graduate lagi, harusla takde experience kan? So inilah masanya dia nak gain experience dia. Maka harus bekerja untuk mendapatkan pengalaman berharga itu. Jadi, jika semua company cakap macam tu, camne ha? Susah la nak "jual diri" kita nak kerja macam tu.

Masa dok cari tempat nak praktikal dulu pun, aku tengok kat jobstreet tu, semua nak pengalaman 2-3 tahun. Hurm, habis sape nak terima ni?

Aku admit la, tak semua company yang buat macam tu kan. Kena la pergi interview dulu rasakan penangan soalan cepumas bla3 apa semua.

Jadi takot bila fikir lagi 6-7 minggu nak habis semester 8 = 4 tahun aku kat UiTM ni. InsyaAllah. Hehe.

Apa pendapat kau orang ye?



[++ So Good ++]

4 comments:

  1. xyah risau sgt laa. apply je. kdg2 dorang amik jugak fresh. :) gdluck k!

    ReplyDelete
  2. ros;

    Hihi. I will. go for it. kan!

    ReplyDelete