Sunday, February 27, 2011

Lawatan sambil berjalan.

Weh aku dah pernah pergi Cameron Highland tau. Akhirnya.. setelah 23 tahun hidup ni.

Ada ke member2 terkejut aku tak pernah pergi Cameron. Tak patut kot.

Selalu cakap kat mak aku, bila aku dapat pergi Cameron ni? Pernah pergi waktu dalam perut mak aku jer. Tapi tu tak kira okai. Hehe. Lepas tu hari tu mak aku cakap, "Ha seronok dapat pergi Cameron?". "Err... biasa je". Pulak! Haha.

Pergi Cameron wajibla beli belah strawberi kan. Dan makan strawberi dip dgn choc. Tengok bunga ros cantik. Tulip takde. Choi. Beli jagung. Jagung memang tak boleh makan mentah ke apa? Orang jual kedai tu kata boleh je makan mentah. Aku ngap je la. Pastu bagi kat orang pun dia ngap je. Haha. Adei.

Eh sebernarnya pergi Cameron ni bukanlah untuk bersuka ria. Sampingan je tu. Ada lawatan industri ke Stesen Janaletrik Habu untuk subjek Thermal Engineering. Alang-alang lawatan, pergi je jauh-jauh. Lagi-lagi sem last ni ha.. Walaupun kau tak tahu halangan dan rintangan yang kami semua hadapi semasa nak membuat lawatan tu. Sedih gembira haru biru semua ada. Tapi alhamdulillah, segalanya selesai. Boleh tidur.

Ok gambar.


Main place!

Nama dia Orkid. Nama anak lecturer aku. Haa macam cerita Sepet tak?
=)

Budak tak sihat. muntah dalam bas akibat jalan bengkang bengkok + Ijat karaoke. so, sesak2.
Haha

Pn Rosnadiah bersama anaknya


All of us. Tehee.
Thanks Ijat kalau kau takde, sapa nak amik gambar kami?
Hahaha.

Pasai pa ni?

Okeh, jalan time!
As you can see from the picture, Tea House!

Beautiful scenery

Malas nak tukar baju bengkel lagi. So, apa2 je lah kan

Sibuk ar Ijat ni. Tensen aku.

Tengok tu dia ada jugak. T__T





Rumah macam ni macam rumah hantu.
Hahah

Cantik kan kaler dia.
Rare ni

Brinchang. Had our lunch.

Pekan Brinchang



Gunting rambut ikot sekolah mana.

Nyum.

Strawberry ice cream. Ice cream strawberry.
Which one?

Woi cantik kot.
Tulip takda plak.

Siapa beli kaktus tuuu?
Wahahhaha

Strawberry farm.
Ni farm kecil je.

Angin bertiup kencang

BALIK! Weehoo.

Tidur.




Time nak balik ni serius nak muntah kot. Hadoi. Patut buat highway ah terus sampai atas tu.

Huhu.


Okeh puas hati aku dah update Blog.

Bye.






[++ So Good ++]

Wednesday, February 16, 2011


Dalam hidup ni, kita kena ingat.


Kadang-kadang kita berada di atas, kadang-kadang kita berada di bawah.




Sentiasa syukur dengan nikmat Allah.




Friday, February 11, 2011

Apa nak buat bila habis belajar?

Lepas habis belajar, apa yang mula-mula sekali korang fikir? Takpun, masa akhir semester belajar, apa yang bermain dalam fikiran?

Soalan-soalan biasa untuk diri sendiri:

1) Sambung belajar lah. Mantapkan ilmu sampai China.
2) PTPTN dah tak dapat. JPA tak nak support dah. Mana nak korek duit? Harus lah kerja.
3) Eh, nak kerja apa ha? Kerja tetap ke, kerja kat McD kejap ke, apa?
4) Malas ah nak fikir apa-apa. Tidur, makan, mak ada, kakak ada. Makan semua tanggung. Free. Menganggur jum.
5) Nak kahwin ke ha? Pakwe aku dah banyak duit ni so boleh la kahwin.


******

Dah ramai orang tanya aku nak buat apa lepas habis belajar. Supervisor Final Year Project pun tanya, apetah lgi mak ayah aku. Hee.

Jawapan: I want to get a job!


Sementara tak dapat kerja tetap jadi jurutera, kerja Guardian sat. Boleh? Hehe.

******

Tapi lah kan, itu adalah major problem sebab sekarang ni susah nak cari kerja.

Minor problem berlambak kot. Contohnya, interview.

Oh gila. Macam takut je nak interview nanti di masa hadapan. The real world, who knows? I've been to few interviews, but only with my lecturer, which was very casual and relax macam pergi spa.. Not the real engineer. T_T

So, satu hari ni tengok satu cerita ni. Mamat ni takut dan cuak gila nak interview. First time. Dan dia sungguh tak ready sampai buatkan dia nak patah balik rumah. But after a while, he refused. Dia kuatkan hati dia pergi interview tu.

During his interview, the interviewer ask him whether he had work before at other companies. Tapi mamat ni kata dia dah graduate for a year, tak pernah ada experience kerja pun. Menganggur la, faham tak?

So interviewer ni cakapla, "Oh, company kami tak ambil orang yang takde experience. At least 2 years of experience would be ok".

Aku macam.. Oh, man! Ape kes ni? I mean, kalau orang tu dah memang first time interview pun, fresh graduate lagi, harusla takde experience kan? So inilah masanya dia nak gain experience dia. Maka harus bekerja untuk mendapatkan pengalaman berharga itu. Jadi, jika semua company cakap macam tu, camne ha? Susah la nak "jual diri" kita nak kerja macam tu.

Masa dok cari tempat nak praktikal dulu pun, aku tengok kat jobstreet tu, semua nak pengalaman 2-3 tahun. Hurm, habis sape nak terima ni?

Aku admit la, tak semua company yang buat macam tu kan. Kena la pergi interview dulu rasakan penangan soalan cepumas bla3 apa semua.

Jadi takot bila fikir lagi 6-7 minggu nak habis semester 8 = 4 tahun aku kat UiTM ni. InsyaAllah. Hehe.

Apa pendapat kau orang ye?



[++ So Good ++]

Tuesday, February 1, 2011

Cap ibu dan anak.

Khay: Mama, nanti hadiah hari jadi nak Oven sebiji tau.

Mama: Amboi. Nak masak apa guna oven tu?

Khay: Apa-apa je la.

Mama: Pergi beli sendiri kat Giant RM99 je.

Khay: Hadiah hari jadi la ma...



T____T



kata pendek: Macam tak berkesan je minta hadiah hari jadi macam tu. Keluar duit sendiri ada la.




[++ So Good ++]