Thursday, December 30, 2010

Resipi Puding Roti Bola

Hello love!

Perlu ke tajuk resipi ada bola kan? Hahaha. Ok abaikan.

Tahniah Malaysia sebab menang Piala Suzuki AFF 2010! Wow tiba-tiba minat bola ni gila ke apa. Well, I'm Malaysian and I support Malaysia Team yaww!

Jumaat cuti. Fuhh, dah agak dah mesti cuti punya lah. Aku masih la cuti kan sebabnya kelas mula Isnin depan.

Ok, ini sebenarnya nak cerita resipi. Wah, resipi tau. Puding roti requested by Zawani. Ni sonang jo, ada bahan, sekarang pon boleh buat.

Mari terjah.

Bahan-bahan:-

Roti 5 keping.
Susu HL/Dutch Lady.
2 sudu besar susu pekat manis.
1 sudu kecil Esen Vanilla.
1 biji telur.
1 sudu mentega.
Dalam 1 sudu gula.
Secubit garam.

Cara-cara:-

1) Carik-carik roti tu masuk dalam loyang atau bekas.
2) Masukkan susu HL/Dutch Lady sampai roti tu semua terendam.
3) Masuk mentega, gula, garam, susu pekat manis, telur, esen vanilla.
4) Kacau-kacau bagi semua sebati.
5) Biar roti lembut kejap.
6) Kukus dalam 45minit.
7) Make sure dia dah keras sikit tau kang cair pulak tak puding la macam tu. ;)
8) Tabur milo atas puding.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~



Ni bukan terbakar tau. Tu milo lah. =)



Resipi diolah daripada myresipi.com. Dah jadi bagitau yer. Selamat cuba!


kata pendek: Seronok belajar masak cuti-cuti! ;)


[++ So Good ++]

2 comments: