Tuesday, November 30, 2010

Sep sep sep, Tom tom tom



Inspirasi dari si kecil ni, Farihah. ;)


Air pasang malam surut pukul lima,
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga,
Pokok bunga melur tanam tepi kolam,
Itik bertelur, ayam menetas,
Cik Baba jatuh dalam parit,
Cik Aminah ketawa jerit-jerit,
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur,
Nampak isteri comel tercenit bawah dapur.



Apa itu tercenit?
Ya la aku salah lirik kot masa kecik2 nyanyi lagu ni.
Kadang2 nyanyi ayam mengeram.
Tak tahu mana satu betul.

Lepas tu kenapa nak kena naik kereta api lepas Cik Minah tu ketawa?
Isteri sape bawah dapur lepas naik kereta api tu?

Ada lirik salah lagi sila bagitahu. Kalau tak dari tadika sampai sekarang aku tak tahu.

Saya konfius, sila tolong.



kata pendek: Suka lagu main sep sep tom tom masa budak-budak kan? Budak sekarang ado ke main? Nan ado.


[++ So Good ++]

Sunday, November 28, 2010

BSB

Tahun 2000.

Situasi di Wet World Pedas, Negeri Sembilan.



Pakcik tak ku kenal: Adik, masuk sini berapa orang?

Aku: Err... tu haa dengan kazen.

Pakcik tak ku kenal: Eh, bukan masuk dengan 5 org tu sekali ke?? (sambil tunjuk kat baju aku ada 5 orang hensem Backstreet Boys)



Choi.

[++ So Good ++]

Monday, November 22, 2010

Single Seated Vehicle Evaluation Day

Hai semua!

Malas nak update gambar kat FB buat masa ni sebab nak update blog. Jangan marah ye rakan lain. Kang aku upload laaaa.. =) Video apa semua tu aku upload nanti. Hehe.

Setelah bertungkus lumus buat report dan design pada sem 5 (Tahun 2009), kini masanya untuk menghasilkan product yang realiti daripada lukisan atas kertas itu. Sem 7 ni nak merealisasikan impian ahli kumpulan sama ada design yang dilukis tu capai matlamat atau tak.

Walaupun sungguh lah sibuk sem 7 ni dengan Final Year Project, projek subjek lain, assignments, program dan macam-macam, akhirnya segalanya dah berakhir kan. Nak buat Single Seated Vehicle (SSV) ni bukan senang sebab kena consider macam2. Kau ingat nak buat kereta kat luar tu sekelip mata dah siap? Tak engineer la macam tu beb!

Eh aku ni bebel macam nak buat report design aku ni pulak kan. Haha. Ok, teruskan.

Pada 20 Nov, kesemua 13 SSV dipersembahkan kepada 4 orang panel dan kemudian nak uji SSV tersebut dari segi brake dan kelajuan. Brake kau tak makan, eksiden lah berlaku. Ada satu grup kena. Hee. Tapi, laju tip top! =) Grup aku brake makan, kelajuan tak jalan. Lol.

Walaupun sungguh penat buat semua ni dari awal semester 7, tapi sungguh lah seronok pada hari tersebut! Gelak2, tengok reaksi kawan2 macam2 ragam, SSV tak jalan, ada masalah apa semua. Itu semua mengajar kami. Lega segalanya selesai dengan jayanya. Alhamdulillah. Even tak se-grand 8 ribu yang diuar-uarkan, sebab bajet tak lulus (ok whatever), dengan balik lewat gila b4 event dijalankan kol 4pagi, we had fun!

Tak lupa kepada yang menang. U guys deserved it! Technician yang membantu, terima kasih banyak2. Overall, it was a success event. Thanks to all.

Jumpa lagi sem 8 (sem terakhir InsyaAllah). Sobsob.

Ok, bawah ni semua gambar. Hot from oven since I haven't upload it in my FB. =) Enjoy!

Apa motif selit gambar raya? Haha.

Jam 9.30 pagi, semua SSV diparkingkan di tempat masing2 ikut nombor.



Aktiviti pertama makan sebenarnya. Haha. Ni aktiviti kedua: Pembentangan projek kepada panel.


Our lecturer for Integrated Product Design, Encik Tajuddin.


Few of the technicians that helped us a lot for the whole semester.


My group. Our Powerpoint. Thanks Tirah! =)


Kami la. Tak nampak ke aku kat situ?



Oi group ni hebat kau. Menang best design ek? Clutch Rm300 aku dengar. Wow.


Tunggu group lain bentang, kami bergambar. Sebelah aku tu Ijat, ketua grup aku.Si sengal perasan hensem nyampah. haha


Ni lepas bentang kot. Amik gambar jap.


Pukul 3 lebih macam tu, mula race.


Tapi kami susun dulu semua SSV, sebab nak ambil gambar ramai2 1 batch. Havoc lah!


COmel tak? haha


Ni keputusan akhir. SSV aku yang DOHC.


Group members.
Orang cakap SSV kitorang macam zoo dah.
Stall jual bakso la, cendol la, aiskrim la. Haha.
Malam tu terus dapat idea nak tulis kt powerpoint tujuan buat SSV ni.
Padahal tujuan sebelum ni lain.
Tujuan : SSV for recreation parks, zoo and theme park. COol kan?
Sampai panel setuju dengan cadangan kami siap kata kalau ada family, tak muat la SSV awak ni. Hehe.


three of the best design.
Dari hujung kiri;
1) Group yang aku cakap tadi atas tu: A-Tech.
2) Infinite Sky (Group Aslam).
3) Susah-nak-eja (Sebab dalam bahasa German) - Grup Bob.

Winner? Group A-Tech. Nice!


Bersama group Infinite Sky yang menang kesemua award! Tahniah!
Korang mmg layak menang. Worth it kan berjaga sampai 12 am hari2 =)



Well, this was the coolest event we had on semester 7!

Memori akan diingati.

Sorry entry terlalu panjang =)

Bai people.




Source: http://khayze.blogspot.com



[++ So Good ++]

Sunday, November 21, 2010

Saya nak cuba juga

Hello lovely people.

Saja cuba2 tengok berjaya ke tak.
Belajar dari Zawani yo!

Amacam background ada cun kah? Pasni nak tukar heading plak.

Bai
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, November 17, 2010

My wedding would be.....

its been so long since i did this.
Oh BECK, kamu paksa, okay well, nothing to do, so here goes..



1.HOW OLD ARE U?
** 22

2)ARE U SINGLE?
** Yes I am

3)AT WHAT AGE DO YOU THINK U'LL GET MARRIED?
** Please make it before 30.

4)DO YOU THINK YOU WILL BE MARRYING THE PERSON YOU ARE WITH NOW?
** Aiyo, I dont know. Maybe someone I know, or maybe not.

5)IF NOT, WHO DO YOU WANT TO MARRY?
** A perfect man macam dalam movies. Ok susah. The one whom can take care of me, loves me and understands me.

6)WHO WILL BE YOUR BRIDEMAID AND BESTMAN?
** No idea. But still, yang masih belum kahwin, amik berkat la kan. kui3.

7)DO YOU WANT A GARDEN OR BEACH OR TRADITIONAL WEDDING?
** Since in Selangor there is no beautiful beach like in Terengganu or Perak or Sabah etc, and garden would be so hotttttttttt.. traditional wedding is fine with me.

8) WHERE DO YOU PLAN TO GO ON HONEYMOON?
** Paris la wey, bakal suami, sila amik perhatian ye. Thanks, love u. haha

9)HOW MANY GUEST DO YOU THINK U WILL INVITE?
** Everyone! Oh then it will be so crowd kan. Should I change my wedding venue at d beach, then?

10)WILL THAT INCLUDE UR 'EX'ES?
** Hamboi soalan kau ni. InsyaAllah..

11)HOW MANY LAYER OF CAKE DO YOU WANT?
** No layering. I want it to be a big one like in Dr Syeikh Muzhafar's wedding. Hows that?

12)WHEN DO YOU WANT TO GET MARRIED? MORNING OR EVENING?
** Mama! Camne ye???

13)NAME THE SONG/TUNE U WOULD LIKE TO PLAY ON YOUR WEDDING DAY?
** Karaoke by my friends. And all must be wedding songs ya! No rock kapak tangkap leleh punya tidak. Friends, do take note. Love u too.

14)DO YOU PREFER FINE DINING OR JUST FORK AND SPOON? KNIFE?
** Fine dining would be nice.

15) CHAMPAGNE OR RED WINE?
** Same like Beck. I prefer bandung-ice cream soda nyummeh!

16)HONEYMOON RIGHT AFTER THE WEDDING OR DAYS AFTER THE WEDDING?
** Days after wedding.

17)MONEY OR HOUSEHOLD ITEMS?
** Money to buy household items. Teheee

18)HOW MANY KID WOULD U LIKE TO HAVE?
** 4, perhaps?

19)WILL YOU RECORD YOUR HONEYMOON IN DVD/CD?
** Of course! I stated it on my FB's wall oreadi. TV3? Amacam?

20) WHOSE WEDDING PLAN U WOULD LIKE TO KNOW NEXT?
** All my sayangs, my followers, my readers;
begitu juga:
++ Nourenisa - Seriously. I want to noe yours.
++ Zawani - Haaa mahu ke tak mahu?
++ Fisha - Err. haha


Kay, thats all. Thanks for reading. Bye people.



[++ So Good ++]

Monday, November 15, 2010

I heart you lah wey!

Huiyoh lama tak update blog nampak!

Dah habis FYP Presentation, yay!
Hanya tinggal design SSV yang bakal habis 20 Nov, yay!

Lepas tu cuti, yay!

Plan nak bercuti sedang dijalankan. Huahua. Sungguh best. Rasa macam setahun dah aku tak cuti betul2. Serius ni tak tipu.

Sebut pasal FYP kan, begitulah cuaknya aku sepanjang hari tersebut dan hari sebelumnya. Macam nak kahwin tau. Risau betul ni takut kena hentam, tapi memang kena hentam sikit pun panel tanya macam-macam soalan pening aku nak jawab tapi aku jawab jugak dengan konfiden sambil muka sengih-sengih senyum-senyum. Haha.

Dan satu lagi, sebut pasal design pula. Haku tak tahu la pe masalah dia ni. Semua orang tanya pasal dia sampai aku tak tahu nak jawab apa kat orang tu semua. Kang kau tengokla, esok ak sampai je bengkel, berduyun orang tanya soalan sama kat aku. Cheh. Tadi memang aku geram sangat ak terus msg dia dengan ayat sedikit garang. Burr, tak reply pulak. Kat member aku dia reply pulak, amboi. Ok fine. Whatever. Just do what u want to do.

Nampaknya, minggu ni aku di bengkel saja lah. Nak cari aku, aku di bengkel okai.

Boring.

Tp demi kegigihan.





[++ So Good ++]

Monday, November 8, 2010

Makcikkk!!

Makcik yang sama.
Seseorang yang sama.
Soalan yang sama.

Tujuan yang sama?


TT____TT

Masuk kali ni dah tiga kali tau. Tiga kali faham tak tiga kali ada apa-apa ke ni takutlah nak larikan diri daripada makcik tu.


Eh, macam dah terlepas taip pula 'Seseorang' tu siapa.


kata pendek: Tak faham? Tengok sini.



[++ So Good ++]

Sunday, November 7, 2010

Terbitan lama

Apa kes ni lupa nak update jualan 20 Oct lepas? Basi noks dah cerita tu semua orang dah telan habis makanan siap dah hadam.

Bertempat di S&T UiTM Shah Alam.
Ada 6 gerai. 4 jualan dan 2 servis.
Gerai jualan: Booth sandwich, fresh fruits, jagung & ice creams.
Gerai servis: Recycle & games.

Students Booth Project ni sempena subjek Industrial Management (IM) kami di bawah tajuk Project Management. Haa, boleh jadi CEO la lepas ni.

Macam tak biasa pulak jual2 waktu sekolah dulu kan. Muka aku je la menempek jual hari Sabtu dan malam2 lepas prep. Haha. Good old days. ^^

Ok jum tengok gambar.


Bertungkus lumus malam tu siapkan dadih. Home made tau. Betul-betul home sebab buat kat home.



Pink kaler rasa strawberry. Atas dia letak Nata De Coco.


Suka ni warna dia cantik. Harga RM 1 je kot.



Tuna sandwich.


Sardin Sandwich.
Ada satu lagi sandwich telur. Tak sempat nak amik gambar kot. Hot selling. lol.


Warga pembuatan di hari tersebut.



Beli kak beli.




Sekitar jualan.


Ahli grup. Tak semua ada ni.


=)


The boys. Rajin korang hiris bawang, potong tomato & timun, goreng telur

Amal, aku & Wani.


Ni kawan se-batch juga. Nama dia Syam. Nak kenal? hehe.


Dan ianya sukses, alhamdulillah. Terima kasih kepada yang datang membeli. Jumpa lagi. Oih, jangan jumpa lagi kot. Tamau repeat IM.


[++ So Good ++]

Friday, November 5, 2010

Header Blog Contest

Trying my luck!

Fatt ajak join masuk contest 'Header Blog' tercantik dari cik blogger Alienelliz.



Ok mahu tag rakan sebaya:

1) Ros
2) Noure
3) Cik Ejaa

Korang semua nak join pun boleh. Jum2! Hanya ikut terma dan syarat je.

=)





[++ So Good ++]

Thursday, November 4, 2010

Gembira? Oh belum lagi.

Last paper untuk semester 7 hari ni. Lega sungguh. ^^

Kalau sem sebelum ni, lepas exam bermakna mula berjoli jimbaan shopping cuti semualah! Tapi tidak untuk semester yang paling ku sayang ini. Serius aku nak je cakap kat junior tak payah amik sem 7 ni lah. Penat oi. Eh tapi kang budak2 ni tak habis belajar macam mana pulak kan. Sungguh aku cakap sem ni paling kaw-kaw punya kerja melambung2 banyak tak terkira jumlahnya sampaikan habis exam pun masih ada kerja kena hantar?

Sila berterima kasih kepada FYP ku sayang dan Design yang kucinta.

Tapi mak aku pesan, kalau tak sibuk, tak banyak kerja, bukan student lah namanya.

Ok, seterusnya 14 Nov ada presentation untuk Final Year Project. Mari buat draft power point sebab kena hantar esok. Adei.

Cepat lah 20 Nov lepas tu aku nak pergi jalan2 bersama kawan2. Whooot! Cant wait! =)


kata pendek: Rilek, kita minum2 lepak2 dulu.


[++ So Good ++]

Monday, November 1, 2010

Perlu ke ada tajuk kat blog malas lah nak fikir.

Halo!

November sudah? Cepatnya.
Dan satu paper final setel sudah. Malas nak fikir. Nanti tengok result ajo lah.

4 Nov paper satu lagi. Dan 4 Nov jugak Uniqlo buka outlet kat Sungai Wang. Dah kutip voucher ke kat SINI. Kakak aku ajak pergi. Hah, camne tu ada exam? Lepas habis exam pukul 12 terus berambus pergi Bukit Bintang ke apa haa?? Oh tak perlu. Kita kena tenang aje. Ada rezeki pergi Tokyo, ade la. Haha.

Tadi kan lepas habis exam lepak tidur bilik kawan. Lepas asar nak balik rumah, tapi terbantut pulak sebab orang sembur nyamuk tu datang. Amboi, macam aku pula nyamuknya. Yela macam mana nak balik dah la penyembur nyamuk tu tak bagi amaran keras suruh turun ke apa. Ni biarkan kami sesak nafas dalam bilik walaupun tingkap dah bukak luas-luas. Ha kau nampak asrama lelaki kat belakang.

Haha.

Ok, kesimpulannya, aku nak buat apa sekarang? Harus ke belajar, harus ke?

Wajib la bengong.

Bai.


kata pendek: Mari ber-Industrial Management! Sila doakan aku berjaya jawab dengan penuh tenang.


[++ So Good ++]