Friday, August 6, 2010

Hidup penuh pancaroba.

Menguap.

Ok, satu permulaan yang teruk.

Pagi kot sekarang. Pukul 9.15 pagi. Alhamdulillah, hari Jumaat kembali lagi. Cuti lah esok. Cuti ke? TAK. Sebab aku banyak kerja nak buat. Dengan test dan esaimen berlambak. Nak mengeluh, tak baik pulak.

Oh, aku lupa nak bagitahu aku dapat sudah tajuk Final Year Project (FYP). Kemain panjang tajuknya tau. Tapi pasal Material Science. Subjek ni banyak membaca ye. Mulanya aku tak mau amik subjek ni. Sebab aku malas nak baca. Tapi bila fikir balik, aku takdelah minat sangat benda2 kemekanikalan macam kereta, kapal terbang bagai. Robotik aku minat juga. Tp, tak tahulah.. Aku berminat dengan tajuk yang aku amik tu.

Maka semester ni harus membaca ye. Sebab kena fahamkan betul2 research aku tu. Next sem nak fabricate sudah. Buku setebal 1 1/2 inchi supervisor FYP aku bagi tok aku baca. Dah bagi awal minggu hari tu. Hari Isnin. Aku tak sentuh lagi. Tadi baru terpegang. Maka bertekad malam ni nak membaca. Pastu berkata dalam hati, "Baca ke?" Chet. Kacau lah! Dah lah minggu depan hari Jumaat nak present.

Eh aku ni nak pergi fakulti sebenarnya. Melangsaikan kerja2 yang patut. Mandi pun tak lagi. Bersiap dah 60 minit. Sampai UiTM dan 20 minit. Cari parking dah 10 minit. Jalan pergi fakulti dah 10 minit. Bila aku nak sampai macam tu. Ok, bersiap sekarang.

Babai semua. Aku betul2 sibuk minggu ni dan minggu depan.

Syaaban nak habis sudah. Ganti puasa dah ke?? hehe.

Sampai sini saja. Eheh. Daa~~




[++ So Good ++]

2 comments: