Showing posts with label Kanchanaburi. Show all posts
Showing posts with label Kanchanaburi. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

Overland Thailand: Kanchanaburi - Hellfire Pass, Death Railway & River Kwai Bridge

Assalamualaikum!

Akibat sibuk manjang belog ni pun tak update haa 3 minggu ado.

Previous entry:-


28 August 2014

Balik dari Erawan Waterfalls, kami ke Hellfire Pass Museum. Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal Hellfire Pass ni. Ia adalah railway cutting atau proses memecahkan batu, bukit atau gunung untuk membuat jalan. So dalam kes ni, untuk buat railway keretapi Thai-Burma. Dibina masa zaman perang dunia kedua oleh Prisoners of War (POW) dari Australia, British dan ada juga dari Tanah Melayu pada ketika itu okkk! Kerja 18 jam sehari, only few mechanical tools available. Kebanyakannya guna tap & tukul besi sahaja untuk memecahkan batu tinggi kemain. Datang muzium ni baru lah tahu sejarah oi.

Nama dipanggil Hellfire Pass sebabnya nak menunjukkan pada waktu malam, dengan berbekalkan lampu minyak tanah & api untuk buat kerja, kawasan malap dengan bayang2 pekerja & guard pada masa tu. Katanya resemble a scene from Hell. Huuu.

Dalam muzium of course ada cerita sejarah, gambar, video tentang Hellfire Pass ni.

Scenery luar muzium. So breathtaking.. 

Map kawasan Hellfire Pass

Nak ke Hellfire Pass kena lalu tangga tinggi-tinggi ni haa. Ape ada hal. Hoh.

View cantik. Dikelilingi buluh.


Around 300 meter to Hellfire Pass

Tu tour guide kami. Toi.
Kayu kat jalan tu is the railbed. Approaching the Hellfire Pass. 

Hellfire Pass.
Difficult section to build. 
Panjang aku tak pasti. 

Nampak tak ketinggian batu tu untuk dipecahkan? 
Pekerja makan nasi dengan sayur masin sahaja ok. 

End of the Hellfire Pass.
Kat sini dulu memang ada railway menuju ke Burma.

Mata drill yang dah patah

Memorial

Ramai yang mati masa kat sini. Disebabkan penyakit dan ada juga yang mati sebab kena punishment from the Japanese. Harsh work back then. Kami jalan sampai memorial ni aje, then patah balik naik tangga ke Muzium.


Kat sini just nak merasa naik train atas track Thai-Burma ni haa. Dan tengok view train. Hehe.

Menuju ke stesen keretapi!

Area menunggu train.


Tham Kasae Station.


Tham Kasae ni nama gua sebenarnya. Dalam gua ni ada patung Buddha.

Ni area gua. Hujan renyai masa ni haaaa.

Kami pun tunggu train. Banyak anjing area sini..

 Third class train. Klasik sangatttt! 
Kami turun 1 stesen aje. Kat Lumsum tu.

Ni la bamboo house tuuu. Ada je tour yang bagi pakej duduk sini sambil naik bamboo raft gituuuu.

Walaupun hujan, acara wajib atas train ni adalah mengeluarkan kepala dan snap gambar!

Kacau je tangan tu. Hehe.
Sungai tu namanya Kwai River.

Dalam train. Open window.

Turun train je kat Lumsum Station (dalam 30 minit perjalanan) terus naik minivan ke last stop kami iaitu River Kwai Bridge.


Jambatan ni pun one of the part of the Death Railway. 1 tahun amik masa nak buat bridge ni. Dan ramai juga yang mati semasa pembinaan. Pernah dibom dan sebahagian bridge ni hancur. 

Cantik kan? Masih digunakan sampai sekarang bridge ni untuk laluan keretapi.

Terima kasih payungkan!

Four of us. Hehe.

Area River Kwai Bridge ni ada banyak jewelry shops. Boleh la nak beli kalau nakkkk.

So end of our tour, kami gerak semula ke Tour Office semula. Kami tempah minivan kat tour ni jugak untuk balik ke Bangkok. 200 Baht per person. 6.30 pm baru minivan gerak. Lama jugak la perjalanan. 9 pm baru sampai Victory Monument. Tidur je la dalam minivan tu. 

Konon-konon nak dinner malam tu, tapi disebabkan tak tau kedai tu buka atau tak, hari pun dah lewat, kami pun penat gilo akhirnya balik lah ke apartment...  Naik teksi jeeee dari Victory Monument tu.. 80 Baht per teksi pun. Koser naik BTS yang lagi mahal tu. Hahah. 

Balik bilik, makan maggi, tidoqqqq.

Banyak lagi nak menulis ni haa. Tak tau lah bila boleh  habis trip ni.. Adeh.

Bye!


Sunday, May 31, 2015

Overland Thailand: Kanchanaburi - Erawan Waterfalls

Assalamualaikum!

Previous Entry:-


28 August 2014

Bangun pukul 4 pagi oi. Sebab nak catch first bus jam 5 pagi. Semalam dok cari van nak pi Kanchanaburi kat Victory Monument takdak awal pagi. Jadi plan kedua kita naik kat Bangkok Southern Bus Terminal atau Sai Tai Mai. 

Naik teksi depan apartment kami di State Tower. No midnight rate. Awesome tak? Kalau tak silap 2 Baht every 200 meters. Around 20 minutes dah sampai kat Sai Tai Mai. 

Mencari Platform 10 jauh kebelakang. Masa tu dah jam 5 pagi. Dang! Bas dah gerakkk. -__-" So kena tunggu next bus another 20 minutes. Nasib baik bukan lagi 1 jam. Bas nombor 81 dari Bangkok ke Kanchanaburi ye.


Bas ini ok!

Masa naik bas ni tak ramai orang pun. Mungkin awal pagi. Jadi sepanjang perjalanan, tidur saja. 2 jam tau. Tapi dok la buka tutup mata nampak budak sekolah naik bas apa semua. Full terus bas. Jalan tak jam pagi tu, so sampai awal tidak seperti yang dijangkakan.. On time la kiranya. 

Dalam jam 6 pagi, konduktor bas akan minta bayaran untuk tiket bas. 100 Baht je. Murah kan! Jangan risau Stesen Bas Kanchanaburi adalah stesen bas terakhir. 

Kecik je stesen nye. Macam kat Masjid Tanah. Aku pun tak tau apsal dalam notebook aku tulis gitu. Hahaha.

Public toilet kat Thailand ni kebanyakannya kena bayar. 3 Baht. Ada air kat sini. Sementara tu kami contact Toi, beritahu yang kami dah sampai stesen bas. Kawannya pun datang amik kami naik van.

Bandar Kanchanaburi. Ramai tourist kat sini.

Kami dibawa ke company Toi ni. Toi's Tour. Gituh. Bayar pakej kami 1090 Baht per day per person. Include Erawan Waterfalls - Hellfire Pass - Thai Burma Death Railway - Bridge on River Kwai. 

Kecik ajo..

Kami pergi 7 Eleven beli kudap2. Aku beli nescafe jeee. 14 Baht. Dalam jam 8 am, gerak ke first pit stop kami. Erawan Waterfalls. Journey about 1 hour ke sana. 

Kalau tak include tour. Ini harga per person ye.

Yay!

Kami diberi briefing jap pagi tu. Oh bukan kitorang je ye dalam tour ni. Ada la orang lain. Lepas tu kena pilih nak makan apa untuk lunch. Tengok la menu....

Kihkihkih.

Erawan Waterfalls ni terkenal dengan 7 tingkat air terjun yang berwarna emerald. Tapi sebelum sampai waterfall, kena redah hutan belantara. Banyak anjing. Kitorang bawa roti tuna tau. Takut nak pegang. Sebab anjing asyik bau jeeee. Jadiii... bagi tour guide kami pegangkan. Hehehe.

Itu la tour guide kami. Dia la dok layankan kami yang asyik lambat je. Hahaa.

Ini nama dan distance setiap air terjun kat Erawan.

Jalan lagi dan lagi..

Level 1: Lai Kuen Rung

Cantik. Tapi sini paras lutut je. Tak best.

Level 2: Wang Macha. Tak amik gambar ke apa eh?

Pergi Level 3 dulu...

Level 3: Pha Nam Tok
Banyak oi ikan kelah!

Ok ni kat Level 3. Siapa yang bawa botol air & makanan, kena bayar deposit 100 Baht. Sebabnya taknak visitor buang botol merata-rata. Nanti dia tulis kat botol kita guna marker pen dengan kat buku. So that kalau buang botol, siap kau bayar la denda!
Bagus ni kalau implement kat Malaysia.

Ada viewpoint kat Level 3. Cantik sangat nampak hutan ajeee....

Menapak la kauuu nak pergi Level 4.

Ini entah kat mana. Level 3 kot.

Clear.

Kami tak naik sampai Level 7. Sampai Level 4 je. Nak  kena decide mandi kat mana karang tak sempat. Jadi kami mandi kat Level 3 ajo.

Hai. Ain ngelat tak nak mandi.
Air memang sejuk gila. Warna biruuuuu. 
Ikan kelah gigit masa mandi. Ko bayangkan. Nak mandi pun terjerit-jerit. Geli sangat.
Kalau duduk ditepian kan, memang ikan kelah tu datang gigit2 kaki korang yang banyak sel mati tu haa.
Bukan kecik, gemuk2 ikan kelah tu.

Level 4: Oke Nang Phee Sue
Macam dalam je kan..

Dalam jam 11 pagi tu kami gi tukar baju. Biasala perempuan, macam2 nak tukar kalau dah mandi tu. Dahla shower takde dalam toilet tu. Ada kat luar je. Mandi la kau kat luar orang nampak pedulik. Eh tapi pakai baju laa. -__-" Dalam toilet tu tukar baju je laa. Kecik je toilet nye. So sad. 

Janji dengan tour guide nak jumpa kat Stall 8 kedai makan tadi tu jam 11.45 pagi. Kami pukul 12 baru la nak gerak keluar toilet. Ahahaha. Dasar lambat ni. Sampaikan tour guide yang perempuan tu cari kami kat dalam Erawan tu. Dia suruh cepat. Hehehe. 

Kat stall tu, tengok orang lain semua dah makan. Kami memang was-was nak makan la. Sebab ada pork kan. Tapi yang si tour guide ni suruh kami tapau jugak. Ok fine tapau laaa.. Nanti buang je mana-mana even kami amik Vege Fried Rice pun. Huhu. Marilah berlapar sekejappp.

Ok lepas tu kami pergi Death Railway yang sangat ditunggu-tunggu.

Next entry aku cerita.

Ok byeeee!