Sunday, June 28, 2020

Hanoi, Vietnam: One day trip to Halong Bay

Assalamualaikum!

Halong Bay

Previous post:-


5 Januari 2019

Hari ni kami ada one day trip ke Halong Bay. Kalau pergi Hanoi, tak sah kalau tak kesini. Pagi tu mendung kelabu. Berharap agar tak sampai ke petang.

Sarapan, hotel ada sediakan. Makan apa yang boleh makan. Cuma tak ada kopi vietnam lah hotel ni.

Sini orang kurus sebab banyak makan buah ke..


Tunggu van datang pick-up kami kat hotel. Tapi kan la van ni. Berapa kali dia pusing tempat sama sebab nak kena pick-up orang lain juga. Tak tau la apa masalah. Dalam van tak buat apa pun. Tengok pemandangan.

Dalam van ni ada tourist guide. So dia la yang akan bawa kami jalan-jalan Halong Bay.

Aku rasa ni la Long Bien Bridge.

Sawah padi



Few hours juga la nak sampai jeti untuk naik bot ke Halong Bay. Hujan sepanjang perjalanan. Ada stop dekat R&R beli kopi buat penyegar mata. Tak ada gambar pulak. 

Okay dah sampai.
Hari masih hujan.

Sampai jeti, semua orang serbu toilet. Sejuk weyyyyy. Berkabus. Cakap pun keluar asap. Faham tak asap? Hahah. 

Tunggu semua orang ready, baru la menuju ke bot kami..

Banyak rumah tepi jeti ni..
Orang kayo la tu duduk sini.

Deretan bot

Ni la bot kami.
Tak ramai pun. Dalam 20 orang, maybe?

Tempat duduk menunggu dan makan.
Just nice la dalam ni.
Toilet pun bersih.

Lets go!
Kabus sepanjang perjalanan.

Tak tahu la nama yang macam bukit-bukit tu apa. 
Limestone island kata Google.

Sorry la nak edit gambar kelaut sikit.

Sunyi kan.

Oh kami duduk dengan husband and wife dari Indonesia. Baik sangat Ibu Sandra. Dia rajin layankan kami nak ambil gambar apa semua. Borak-borak dengan dia. The couple tengah travel around the world tu. Seronok dengar dia bercerita. 

Lunch hour.

Makan apa boleh makan. 

Ikan masak tomato?

Vietnam roll tu tak boleh makan

Haa makan la ni.

Tak sure kalau ada yang Halal Cruise. Kalau ada, boleh la share kat komen.

Macam kat Ipoh pulak aku tengok ni..

Sejuk mata

Cantik la haii..

:)


Tak lama lepas tu sampai la kat Halong Bay. Sebelum nak tengok view Halong Bay dari atas gua, kena naik tangga dulu berapa ratus step tak tahulah. 

Tiket masuk gua. Semua dah include dalam pakej.

Lepas naik tangga, jumpa view ni..

Mendung pun cantik juga ni.
Summer - peak time untuk ke Halong Bay.
Kami pergi musim sejuk so tak ramai sangat lah kiranya.

Gua ni namanya Sot Cave.
Besar juga.

Bila masuk dalam, kenala habiskan satu pusingan.

Ada pathway nak jalan.

Cantik la juga dalam ni.

Sejuk je. Yela dalam gua kan..
Masa ni aku, Fisha & Rina dah berjalan sendiri-sendiri aje. Tunggu kat hujung nanti.

Keluar gua. 
Mendung eh. Tak menghijau la sangat. 
Takpelah, ni rezeki juga la ni sampai. Mission accomplished.

Sebelah kanan nampak begini..

Kami turun balik nak ke bot semula..


Jalan kat sini..

Pantai kat bawah gua..

Lepas tu, dia pergi bawa kami kat sesuatu tempat.

Jeti Quang Ninh ke tu.

Ramai sangat la orang adoi..

Macam pelarian tak?
Serabut aku.

Sini ada apa? Nanti kita naik sampan, dalam 12 orang macam tu. Orang sampan tu nanti dayung la pusing pulau ni.

Masuk bawah gua dan tengok pemandangan keliling..

Tengok ni

Then naik balik bot, pergi tempat lain lagi. Ti Top Island.

Masa ni kan. Aku pergi toilet ambil wudhu. Pastu kena marah dengan orang bot sebab lama sangat, dia nak bawa bot pergi tempat lain. Hahaha. Bebel-bebel orang tu.

Aku plan ambil wudhu la siap-siap, kot Ti Top Island ada port nak solat ke kan. Lepas tu ada agenda anjing pulak kat pulau ni. Berlari laaaa kitorang apa lagi. Nak cari toilet punya pasal. Tapi toilet dia tak best. Suka toilet bot lagi.


Ni aje lah gambar kat sini. Okay lah tu. 

Naik bot balik, terus kami solat.

Ni belah atas. Kami memang stay atas je la sampai kesudah.
Sejuk pun sejuk. Hadap.
Solat kat tempat couple belakang duduk tu.

Sambung tengok view

Nyaman. Petang pun cuaca masih begini..


Ni haa Ibu Sandra yang baik hati..

Sampai kat jeti yang mula-mula tadi tu dah senja jugak la. Naik balik van nak ke Hanoi. Dan stop lagi kat R&R yang sama.

Jumpa lotus seed kat situ.
Mak aku pesan suruh beli. Tapi nanti kita beli kat Hanoi je.

Jumpa pulak orang Malaysia kat R&R tu. Dia datang sebab kerja. Sembang la sekejap.

Sampai Hanoi malam tu, kami terus cari kedai nak makan.

Lapar gila.

Restaurant P.K Spice rasanya ni.
Sedap. Indian food.
Banyak gila order sampai buat bekalan untuk sarapan esok.
Hahah.
VND 192k in total.

Letih seharian. Tapi best.

Ok bye!

1 comment:

  1. Khayze nanti email dayah_jek@yahoo.com nombor ko. Aku mcm nakpi gogung jumaat ni hehe ko free x

    ReplyDelete