Sunday, June 14, 2020

Hanoi, Vietnam

Assalamualaikum!

Awal tahun 2019, kita jalan-jalan pergi Hanoi, Vietnam. Bulan Januari, sejuk sana. Kali ni naik MAS. Price RM 512 return. Perjalanan ambil masa dalam 3 jam 20 minit.

Sim card Vietnam, kita cari kat bandar nanti.. Jadi sementara tu, guna Google Map Offline dulu. 

Nak ke bandar Hanoi, naik bas #86, exit arrival cari tiang nombor 02. Bas setiap 30 minit.

Luar Noibai Airport, Hanoi.

Tunggu la sini sampai bas sampai.
Bayar tiket kat driver bus.
VND 35,000.

Kalau plan nak naik teksi atau Grab, range USD 15 - 18. 

Dekat Hanoi ni la aku first time guna Grab. Kat Malaysia tak guna pun. Senang naik Grab Car / Motor kat Hanoi. 

Okay stop dekat stesen Tran Quang Khai. Dalam bas ada tulis pit-stop mana, don't worry.. Dah sampai situ, kitorang turun dan cari jalan ke hotel. Buat perangai pulak Google Map ni. Jadi ikut kata hati, kita jalan je sampai jumpa lake. 

Ada la dalam 10 minit jalan kaki nak ke lake tu.

Tiba jumpa Viettel. Kedai yang nak beli sim card tu. Berhenti sekejap. Kedai dia kat jalan yang ada banyak kasut. Berlambak orang jual  kasut situ. Kiri kanan. Ingat nak beli, lepas tu dah tangan dengan bag bagai, lupakan aje. Terus sampai ke balik tak singgah.

Kami pilih yang Call and Data, VND 250,000. Boleh pakai 30 hari. Okay la tu kan. 

Jalan lagi jumpa pulak cream puff. Ingat kat Paris ke tu..

Sini pulak tiba-tiba ada motosikal keluar dari lorong ni. 
Terkejut sis.

Dah pasang sim card baru la nampak cahaya hotel. Kami pilih King Palace Hotel and Spa. Booked via booking.com. 5 hari 4 malam, VND 3,722,000. Bilik bertiga.

Banyak sangat hotel kat Hanoi. Dorang bersaing betul dari segi service and facilities yang ada. Lain-lain tu macam interior / deco pun customer tengok juga la kan biasa. Apa-apa pun, King Palace ni memang terbaik! Very friendly staff. Recommended. Cumanya sebelum naik bilik je ada tangga sikit, then baru lift. Kalau tak ada warga tua then it's okay. 

Dapat welcome tea sekali. Staff hotel pun tunjuk la pakej Halong Bay kat kami. Budget kitorang VND 1.2j per person. Harga hotel, mahal lagi la of course. Kat luar memang banyak la pakej orang jual. Tinggal nak cari je.

Kitorang ambil dengan hotel je la senang VND 1.2j lepas kawtim. Tapi boleh dapat murah lagi tau! Kena cari kat luar sepanjang jalan kat Hanoi ada. Boleh dapat VND 800k. Hahaha alahai murahnyaaa. Masa tu macam, okbye.

Gitu interior lobby.

Bilik besar. Cantik sangat.

View dari dalam bilik. Nampak bangunan aje. 

Rehat solat semua, marila keluar berjalan.

Depan hotel

Banyak gila motor.
Sini kalau nak cross road, kena yakin.
Yakin dalam erti kata kau tak teragak-agak nak cross dengan orang bawa motor kiri kanan sangat laju.
Yakin yang dorang takkan langgar je la dan jalan laju tanpa patah balik! Hahaha.

Kami jalan sampai la dekat Hanoi Old Quarter yang ada tasik tu.
Nama tasik: Hoan Kiem Lake.
Roundabout ni kira dah sampai la. Apa orang buat tengah bulatan tu entah.

Hoan Kiem Lake

Keliling Hoan Kiem Lake ni ada la benda boleh perhati dan singgah..

Hujung jambatan tu ada Ngoc Son Temple.

Ada banyak sangat bunga keliling tasik.
Musim sejuk macam gini la agaknya.

Satu gambar.

Jalan pusing tasik je petang tu. Bila dah lapar, cari kedai nak makan malam. 

Trang Tien Plaza.

Dekat jalan Hang Khay.
Hahahha.

Kitorang jalan kaki okay sampai kedai makan ni. Review banyak cakap sedap. So lets give it a try. 

Red House Nha Do, Hanoi.
Singaporean & Vietnam Cuisine.

Sijil Halal.

Ni dalam dia. Tak ramai orang pun.
Yang penting bersih ye.

Tak sah kalau datang Vietnam, tak makan spring roll.
Fried Spring Roll.
Sedap gila yang ni.
Kitorang siap fikir nak tapau lahhhh. Tapi jangan tamak orang kata.

Daging masak sesuatu

Tauhu stew

Sup ketam

Portion sangat banyak. Sila share bersama. Total makan VND 467,500.  Kami plan sehari RM 80 seorang ye kat Hanoi. Nanti datangla makan sini. Serius sedap.

Lepas tu, kita pi minum kopi. Sesi kat Vietnam dalam list adalah hari-hari minum kopi. Malam tu kami pergi Cong Caphe, yang ada kat roundabout Hoan Kiem Lake. 

Cong Caphe dah ada kat KL! Kalau rindu boleh la pergi. Jumpa kat Nu Sentral haritu. Tapi tak try lagi la.

Vietnam Coffee fix yang lain boleh pergi Kee Nguyen dekat SS14, PJ. Insta: keenguyencaphe Eh promote siap. Dah try Egg Coffee dengan Vietnamese Milk Coffee dia. Sedapp! 

Satu lagi tak lain tak bukan Vietnam Coffee Air Asia. Jatuh cinta sungguh. Siapa dah tryyyyy???

Cong Caphe, unik la cafe kat Hanoi ni.
Kalau kat cafe, pilih port pandang scenery. Mesti ada balcony punya, macam gambar atas ni.
Kalau street style, orang Vietnam minum kopi tepi jalan, duduk atas kerusi rendah..

Tapi sempit gila weh. Pengsan nak menjoloskan diri kat tempat duduk dia.
Tapi sebab nak feel. Gitulahhhhh kau redah.

Terbaik gila kopi dia....
VND 35k.

Dah apa kes jual belon tengah roundabout, jalan rilek je diaaaaa....
Macam tu lah kalau nak jalan kat sana. Yakin!
Hahah.

Nampak dah kedai jual baju sejuk.
Lambakan kedai macam ni kat sana.
Banyak brand Under Armour dan hiking punya item.

Lagipun Hanoi dah dekat dah nak pergi hiking ke Sapa. Ramai la pelancong singgah sini.

Balik ke hotel, buat foot massage. VND 170k.

Okay dah setel day 1.

:)

2 comments:

  1. yeaay kite tunggu citer pergi Halong Bay.. suka tengok gambar kat sana.
    tak ada plan lagi nak kesana kita tunggu orang cerita dulu la hehe..

    ReplyDelete