Sunday, April 26, 2020

Lombok: Sunrise in Gili Trawangan

Assalamualaikum!

Salam Ramadhan semua dan selamat berpuasa!

Previous post:-


8 April 2018

Lombok final post!

Pagi tu mengejar sunrise pulak kat Gili Trawangan ni. Lepas subuh terus bersiap naik basikal pergi depan pantai. Nak cari port la mana best tengok matahari terbit.

Kami pergi area La Moomba. Menepek dekat situ tunggu matahari. 

 Jam 6 pagi. Tak nampak bayang matahari lagi. Nasib la langit cerah harini.

La Moomba

Haa kami duduk kat sini la tengok matahari. 

 Sunrise at 6.20 am.
Cepat rupanya matahari naik eh. First time ni tengok.

 Orang amatur ambil gambar macam ni je la haa. Sayup-sayup je matahari. Hahah

Ni timelapse video.
Emm tiba ada orang lalu.......

Kami lalu jalan ni masa nak datang..

Patah balik ke Villa dalam 6.30am macam tu, nak sarapan pula. Harini last day kami kat Lombok. Sobs.

Sarapan gini okay.

Kitorang kemas barang apa semua, pukul 10 pagi dah check-out. Dah tak tahu nak buat apa kat Gili tu. Balik la ke darat sana. So aku dah whatsapp Ibnu (supir masa first two days tu ingat tak??) siap-siap, cakap nanti jumpa dekat Bangsal pukul 11 pagi. 

Dah panggil orang Villa panggilkan Cimodo, bayar 150k Rupiah untuk 3 orang. 

Beli tiket public boat 15k Rupiah seorang. Ada kaunter kat area jeti.

Sementara tunggu public boat sampai..
Naik bot ikut warna tiket okay.

Ni haa public boat.
Dalam 40 orang naik.
Perjalanan dalam 45 minit.

Sampai sebelah Senggigi, kami pun tunggu la Ibnu sampai kat area Bangsal  ni..
Jangan main-main tau dapat WiFi sini ok. Walaupun slow.

Dah jumpa Ibnu tu, dia bawa la kami jalan-jalan nak cari souvenir pulak. Dia ikut jalan lain pusing mana tak tau.

Geopark Rinjani - Lombok.
Kawasan nama Pusuk.
Nampak view laut.

Lepas tu sini banyak gila kera.
Scary tau.

Jumpa durian tepi jalan. Minta Ibnu berhenti kejap.
Kitorang makan sebiji je saja nak try durian Lombok.
Taste wise, rasa biasa je laaa. 

Singgah lunch.
Makan sate dan lauk pauk lain.

Singgah satu kedai souvenir ni. Beli jajan.
Aku tak ingat la beli apa.

Pergi satu kedai ni namanya Gandrung Sasak kat Mataram. Kedai Gandrung ni best! Barang murah juga. Dah la aircond, cantik, kemas. Aku beli T-shirt Gili pun dekat sini. 45k Rupiah sehelai. Kain berkualiti pula tu. Berbaloi la. Nanti kalau pergi Lombok, cari Gandrung ok.

Beli serbuk kopi..

Kain songket ni. Dapat 160k Rupiah.
Sebab mata ni asyik tak nak lepas pandang kain ni weh.
Kang tak beli, teringat. Dah siap buat kain pun.

Sempat juga la beli bag rotan yang famous tu. Tapi pergi beli yang mahal sikit la. Terus menyesal tak beli dekat Kuta Mandalika hari first day sampai. Duhhh....

Flight kami ke KL jam 7.15pm. Say bye-bye to Ibnu. Dia pesan, promosi la dia kat Malaysia. Hahaha. Ok ni aku promosi dia la ni walaupun dah dua tahun balik Lombok.......

IG: @ibnupram
Aku tak tau la dia buat servis supir lagi tak, tanya la dia ya.
Bagus dia ni. I recommend him!

Settle dah Lombok.

Alhamdulillah. Bye!

#STAYATHOME

9 comments:

  1. salam ramadhan Khayze...lama betul sis JM x blog walking sini..masih ingat sis lagi tak? ke dah lupa :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi JM!! Selamat berpuasa!
      Lamanya tak jumpa JM... Mestila ingat.Selalu nama diseru2 je dalam belog SS tu. Hehe

      Delete
  2. Tahniah kerana berjaya absikan entri thn 2018...jgn jadi mcm sis JM...bertahun2 lum abis..nak tulis blog..ya ampun! malas nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ada lagi 2018 tak siap. Hahaha.
      Kena hold dulu, sebab sibuk...
      Tolong update blog JM. Dah berapa lama tangguh tuuuuu....

      Delete
  3. Lombok mmg cantik tapi kami di Gili Air saja dulu belum sempat ke Trawangan

    ReplyDelete
  4. cantik gambar-gambar yang dikongsi.. saya suka..

    ReplyDelete