Tuesday, April 21, 2020

Europe Trip: Flight Delay - Schiphol Airport to Doha

Assalamualaikum!

Previous post:-


This will be my last post for Europe Trip. Moga ada rezeki nak ke Eropah lagi satu hari nanti..

13 May 2017

Kami naik train pergi Schiphol Airport. Dah nak balik ni, marilah kita beratur buat tax refund kat sana. Siapkan dokumen semua barula beratur. Ni ada pula yang depan kaunter baru nak isi lah itu ini. Melambatkan proses tau. Dah siap segala, kami collect luggage, kemas barang sumbat apa boleh. Gosok gigi, cuci muka apabenda bagai semua sebelum naik flight berejam.

Then check-in. Alhamdulillah tak ada masalah apa pun kat imigresen Schiphol. Smooth je. Jalan kat duty free shop beli biskut lagi. Habiskan duit syiling... Mahal pun bedal la asalkan coins habis pakai. 

Flight Qatar Airways dari Amsterdam jam 10.35 pm. Expected sampai Doha, Qatar 5.50 am. 6 jam perjalanan disitu. Transit kat Doha 3 jam dan akan terus naik flight Qatar Airways ke Kuala Lumpur jam 8.55 am. Okay, nampak kan plan?

So masuk lah kami dalam perut kapal terbang. Bye bye benua Eropah! Sedih la masa tu. Teringat memori manis selama 14 hari kat sana. Hehe.

Tapi aku mengantuk langsung. Aku duduk dalam flight, fasten seat belt dan lelap.

Bila aku terjaga. Rasa panas gila dan bising orang bercakap.

Flight delay rupanya. Aku macam, kenapa airline tak bagi kami keluar dulu? Panas yang tak buka aircond langsung ni. Dengan orang ramai dalam flight. Bising. Aku sambung tidur pun, bila terjaga tak gerak lagi. Katanya power supply problem. 

4 jam delay! Dah risau ni connecting flight kami macam mana. Takkan nak tambah cuti sehari lagi. Bayangkan dalam flight yang tak bergerak langsung, selama 4 jam. Lemas! Flight attendance bagi la air free flow.. Pukul 3 pagi baru gerak dari Schiphol. 

Masa ni sibuk baca balik travel insurance punya polisi. Hahaha. Boleh claim tak apa. So kita chill.

Sampai Doha International Airport, dalam 10 pagi gitu. Memang terlepas la flight balik KL. Kami pergi ke Transfer Counter. Minta surat dari Qatar Airways mengatakan yang flight delay dari Schiphol so kami terlepas flight ke KL.

Syukur urusan dipermudahkan. Dapat surat straight away from Qatar Airways, new flight ticket at 7.30pm the same day, compliment stay for 5 hours at Doha Marriot Hotel, free shuttle service from airport to Marriot plus dining for free! Wow a good treat from Qatar after what happened last night!

Dalam shuttle bus ke Marriot

Sampai dah. :)

Lobby area.
Check-in time!

Bilik berdua.
Dapatla mandi, tidur atas katil empuk gila ok.

Turun makan lunch! 

Dessert.......




Seronok dapat makan nasi. :D

Ambil gambar keliling..

Swimming pool



Jam 5 petang kami bersiap untuk check-out dan gerak ke Airport.

Rezeki la ni dapat stay Marriot sekejap. Hehe.

On the way to airport

Ok dah sampai. Last picture.

So everything was smooth. Selamat sampai KL tengah pagi. 

Two weeks after, claimed insurance under flight misconnection Doha-KL. Beli dengan AXA, guna apps kat handphone aje untuk claim. Senang juga. Masukkan gambar evidence surat Qatar Airways, flight tickets, flight itinerary dan lain-lain yang diminta. Dalam seminggu dapat RM 200. Kalau flight delay 6 jam kat Amsterdam haritu dapat la lagi RM 200. Hahaha. Mendapat.

Okay setel dah Europe Trip!! Yayay. 

Bye!

**Pernah terfikir tak, bila dah tua nanti (kalau umur panjang, insyaAllah), dapat la anak cucu baca blog ni. Minta dorang travel juga kan! Tuan badan pun mesti teringat semua kenangan pahit manis sepanjang travel**


#STAYATHOME

2 comments:

  1. duduk hotel yg include seklai dgn lunch mmg heaven lah..leh mkn puas2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dapat hotel free Hehehhe.

      Delete