Sunday, September 30, 2018

Europe Trip: Vienna, Austria

Assalamualaikum!

Previous post:


4 May 2017

Dari Prague ke Vienna!

Check-out apartment, jalan kaki ke Praha Hlavni Nadrazi (Prague Main Railway Station).

Kat dalam ni ada je macam 7E beli makanan dalam train karang.
Nak shopping baju pun boleh.
Ala2 KL Sentral la gitu.

Depan train station ni ada park

Kami beli tiket train online, dekat website OBB. Harga €19 per person. Perjalanan ambil masa dalam 4 jam ye. Jadi booked la train pagi. Train kami jam 8.52am. Sampai Vienna jam 12.49pm.

Tiket pun yang printed kertas A4 tu je. Nanti dalam train, orang train tu validate tiket. Apa nak buat lama2 dalam train, tengok view, tidur dan sila lah guna wifi yang ado sepuasnya. Suka betul la kat Europe ni, internet everywhere!

Jus Epal beli kat Prague..

View atas train

Rumah lagi. Warna warni betul

Dah sampai kat Wien Hauptbahnhof!
Maksudnya Vienna Train Station.

Ni ha train. Regiojet 73.

Kami plan kat Vienna 1 malam saje. Jalan bandar. Jadi, kita kena beli tiket naik metro/bus/tram ok! Beli online saje sebab senang, tak payah nak berpeluh cari tiket kaunter. INFO HERE! 

Ada tiket 24, 48 dan 72 jam! Pilih la bergantung berapa hari korang nak stay sana. Harga tiket kami €7.60 (24 jam) seorang. Printed ticket jangan lupa bawak pulakkk. Membazir bayar RM42. 

Nanti masa beli boleh pilih nak start tiket tu dari jam berapa. Contoh, kitorang amik dari 4 May 2017 jam 11am. Tiket akan boleh guna sampai 5 May 2017 jam 10.59am sajo. 

Kalau beli tiket biasa kat kaunter, korang kena validate tiket kat kotak biru. Konsep sama macam kat Prague je...

Mencari apartment!

Pilih la apartment ni walaupun susah nak cari wehh. Haha. Vienna Cityflats Favorita! Sebab apa??!! Sebab besar gilo apartment diaaa! Sangat comfortable untuk kami berenam. Ada tempat masak dan basuh baju walaupun takde dryer. Heheh.

Dekat la jugak dengan metro. Kami naik train dari Wien Hauptbahnhof (U1) ke Wien Keplerplatz. 

Ni ha metro station nye...
Ada 6 line - dari U1 ke U6.

Bercinta cari tempat ni.
Tulisannya kat kertas merah tu seciput jeee....

View from the apartment. Owner pun sangat peramah..

Rehat bagai, moh la keluar..

Dalam station

First pit stop! Naschmarkt. Ni kira market kat Vienna. Saje tengok2. Opens from 9am to 6.30pm. Everyday except Sunday. Naik metro ke Karlsplatz.

Menapak

Ok dah sampai...

Banyak coffee shop.
Jangan lupa cuba minum Vienna Coffee!!

Ada jual cheese, salad, macam2 lah

Comeyyy!


Naschmarkt tak nampak plak orang jual fridge magnet. 

Next, Mariahilfer Street! Ni one of the largest street in Vienna. Ada banyak stores dan high-end brand kat sini lah. Kami jalan kaki sajo dari market tu. Dalam 25 minit kot jalan. Naik bukit sana sini. 

Bangunan sini cenggini haa...

Tengok la jalan tu membukit.

Ok dah sampai! Cafes dan orang ramai

Cantik juge

Lepastu, kami semua dah penat jalan. Nak ke Rathaus (Vienna City Hall). Naik train kat mana tak ingat. Tapi train station kat Mariahilfer ni ada dua. Museumquartier dengan Neubaugasse. Satu sebelah kanan. Satu sebelah kiri. Tengok Map as below link:


Click link yang City Lines. Sangat berguna!

So sampai la kat station Rathaus. Jalan kaki sikit, dah sampai Vienna City Hall. Cantik bangunannye..

Macam kat KL ke tidakk???

From side. Tinggi oo yang tengah tu.
Opens until 6pm ok!
Tidak la kami masuk.

From front.
Ada orang macam tengah kemas2 stage masa ni.

Betul-betul berhadapan dengan Rathaus adalah Burgtheater.
Sempat la snap dengan tram.

Cuba Google gambar waktu Christmas area sini. Cantik oi!

Antara Rathaus dengan Burgtheater ada Rathauspark.
Boleh la nak jogging kat sini ke apa.
;D

Kami pun bergerak ke kanan map. Menuju ke Austrian Parliament Building (Parlament)

Beza panorama view Oppo

Wide angle Gopro

Beza gila colour so aku malas edit (dari dulu pun malas ponnnnn). 

Ape tu

Ada masa singgah la Justizpalast (Palace of Justice). Pergi tingkat 6 (Rooftop) dekat Juztizcafe (Canteen) tengok view. Tutup jam 4.30pm. But not one of the best view la kat sini katanya review orang. 

Tak pasti ni bangunan apa. Rasa macam belah belakang National Museum.

Statues antara Art Museum dengan National History Museum

Kunsthistorisches Museum.
An Art Museum

Museum Quarter dari kejauhan

Marilah masuk ke perkarangan Hofburg Palace.

Entrance

Isi air tepi jalan

Hofburg Palace

Senget pon senget lah

Alte Hofburg

Jalan tengok bangunan je la harini..

Dengan siling

Ok sebab panjang sangat, nanti sambung lain.

Bye!

Saturday, September 22, 2018

Sydney: Parramatta

Assalamualaikum!

Another part of Australia.

Sydney.

Plan secara tiba-tiba juga. Ada sebab kesini. Beli flight ticket Air Asia a month before. Price around RM 1,600 return per person. Include makan dan bag.

Permohonan Visa Australia, still buat dengan Cik Intan. RM 20 seorang. 1 hari dah siap. 

Travel Insurance RM 58.50 seorang untuk trip 9 hari ni. 

Flight jam 11.40 malam, sampainya kat Sydney (Kingsford Smith) Airport Terminal 1 dalam jam 9.50 pagi. Sebenarnyakan aku nak tanya la. AirAsia kan ada ValuePack tu. Macam mana nak pilih makan apa? Sebab first time pilih yang package macam tu. So pergi balik dapat yang Sweet Sour Rice tu. Dah le tak sodap sangat. Masam kot. -___-".

Whatever, janji langit biru.

Still aku prepare makanan dari Malaysia untuk ke Australia ni. Sana kan strict. Alhamdulillah takde masalah. Semua ok. Imigresen senang dan cepat. Declare makanan, anjing datang bau sajo. Luggage pun dorang tak check. Terus keluar. 

Kat dalam airport ni ada banyak kedai jual sim card. Aku pilih Vodafone sebab buat promosi. Dari AUD 50, dapat AUD 30 inculde 9Gb internet with calls and SMS.

Mari menepek tunggu kereta datang. 

Sejuk gila time ni tau tak. Kat dalam tak ada seat. Duduk la kat luar.

Then jalan ke arah Express Pick-Up. Follow je signboard ikut parking lots (P7).
Masa untuk kereta tunggu 15 minit aje tau FREE! Kalau lebih, bayar ok.

Hala ke tempat makan. Pondok Buyong. Indonesian style. Makan dalam AUD 10 la sorang kat situ. Makan nasi padang. Lauk campur. Gitu sampai Sydney cari nasi. Hahaha.
 
Mari cari apartment. Aku pilih area Parramatta. Jauh sikit dengan Sydney CBD. Kalau drive dalam 30 minit. Sebabnya the day after nak tinggal rumah someone kat situ. So apartment kat Parramatta ni just one night.

Signage punnnnnnnnnnn.... ;D

Area Bandar Sydney la ni..
 

Eh ada pulak teksi London
 
Booking via Booking.com. Meriton Suites George Street. Harga AUD 118 per night for one bedroom. Meriton ni memang torbaik weh. Staff friendly sangat. Yang penting, apartment besaq gila. Ada laundry tu yang paling best sekali lah. 

View from room. Nampak ni jaa...

Keliling. Besar jugak kawasan dia..


Living room

Kitchen. Oven, microwave semua ada

Ni haa the best. Hahaha.

Tempat mandi pun cun.
Lotion, shower dengan shampoo dia pun dari tumbuh2an. Dah la wangi.
 Australia ni kan terkenal dengan barang2 macam tu..

Meriton ni pun dekat dengan ferry terminal nama Paramatta. Belakang apartment je. 1 jam dah boleh sampai Circular Quay. Train pun dekat. Tapi kena jalan juga la. Around that area ada Westfield (Shopping Mall), so boleh shopping. Haha.

Marilah jalan-jalan keliling.

Malam hari
 
Singgah area Auburn town.. 

Auburn Gallipoli Mosque

Jalan-jalan kat sini.
Sejuk oi angin tiup2.
 
Kat Auburn, singgah Woolworths. Beli makanan dapur sikit buat masak dan coklat sebarang dua. Dan Dare dan macam2.
 
Makan kat restoran halal area situ. Kedai kebab dan pizza la lebih kurang. Takde pulak gambar.
 
Cheesecake Shop kat Auburn
 
Tak ada gambar banyak pun first day ni..
 
Then balik apartment, rehat.
 
Ok tu jeee.. Babai!