Saturday, September 22, 2018

Sydney: Parramatta

Assalamualaikum!

Another part of Australia.

Sydney.

Plan secara tiba-tiba juga. Ada sebab kesini. Beli flight ticket Air Asia a month before. Price around RM 1,600 return per person. Include makan dan bag.

Permohonan Visa Australia, still buat dengan Cik Intan. RM 20 seorang. 1 hari dah siap. 

Travel Insurance RM 58.50 seorang untuk trip 9 hari ni. 

Flight jam 11.40 malam, sampainya kat Sydney (Kingsford Smith) Airport Terminal 1 dalam jam 9.50 pagi. Sebenarnyakan aku nak tanya la. AirAsia kan ada ValuePack tu. Macam mana nak pilih makan apa? Sebab first time pilih yang package macam tu. So pergi balik dapat yang Sweet Sour Rice tu. Dah le tak sodap sangat. Masam kot. -___-".

Whatever, janji langit biru.

Still aku prepare makanan dari Malaysia untuk ke Australia ni. Sana kan strict. Alhamdulillah takde masalah. Semua ok. Imigresen senang dan cepat. Declare makanan, anjing datang bau sajo. Luggage pun dorang tak check. Terus keluar. 

Kat dalam airport ni ada banyak kedai jual sim card. Aku pilih Vodafone sebab buat promosi. Dari AUD 50, dapat AUD 30 inculde 9Gb internet with calls and SMS.

Mari menepek tunggu kereta datang. 

Sejuk gila time ni tau tak. Kat dalam tak ada seat. Duduk la kat luar.

Then jalan ke arah Express Pick-Up. Follow je signboard ikut parking lots (P7).
Masa untuk kereta tunggu 15 minit aje tau FREE! Kalau lebih, bayar ok.

Hala ke tempat makan. Pondok Buyong. Indonesian style. Makan dalam AUD 10 la sorang kat situ. Makan nasi padang. Lauk campur. Gitu sampai Sydney cari nasi. Hahaha.
 
Mari cari apartment. Aku pilih area Parramatta. Jauh sikit dengan Sydney CBD. Kalau drive dalam 30 minit. Sebabnya the day after nak tinggal rumah someone kat situ. So apartment kat Parramatta ni just one night.

Signage punnnnnnnnnnn.... ;D

Area Bandar Sydney la ni..
 

Eh ada pulak teksi London
 
Booking via Booking.com. Meriton Suites George Street. Harga AUD 118 per night for one bedroom. Meriton ni memang torbaik weh. Staff friendly sangat. Yang penting, apartment besaq gila. Ada laundry tu yang paling best sekali lah. 

View from room. Nampak ni jaa...

Keliling. Besar jugak kawasan dia..


Living room

Kitchen. Oven, microwave semua ada

Ni haa the best. Hahaha.

Tempat mandi pun cun.
Lotion, shower dengan shampoo dia pun dari tumbuh2an. Dah la wangi.
 Australia ni kan terkenal dengan barang2 macam tu..

Meriton ni pun dekat dengan ferry terminal nama Paramatta. Belakang apartment je. 1 jam dah boleh sampai Circular Quay. Train pun dekat. Tapi kena jalan juga la. Around that area ada Westfield (Shopping Mall), so boleh shopping. Haha.

Marilah jalan-jalan keliling.

Malam hari
 
Singgah area Auburn town.. 

Auburn Gallipoli Mosque

Jalan-jalan kat sini.
Sejuk oi angin tiup2.
 
Kat Auburn, singgah Woolworths. Beli makanan dapur sikit buat masak dan coklat sebarang dua. Dan Dare dan macam2.
 
Makan kat restoran halal area situ. Kedai kebab dan pizza la lebih kurang. Takde pulak gambar.
 
Cheesecake Shop kat Auburn
 
Tak ada gambar banyak pun first day ni..
 
Then balik apartment, rehat.
 
Ok tu jeee.. Babai!


2 comments:

  1. Note: Your Value Pack meal is pre-selected by the operating carrier and subject to change without notice. (Dari AirAsia website) So rasanya kita tidak dapat memilih apa makanan yang kita mahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see..
      Better Nasi Lemak dari Sweet Sour Chicken tu.
      Other way, to add on meals la right? Buy it separately.
      Then boleh pilih2.

      Delete