Wednesday, December 31, 2014

Kemboja 2014: Angkor Archaeological Park (Ta Phrom, Bayon Temple & Angkor Wat)

Assalamualaikum!

Previous post:


Sambung lagi hari kedua di Siem Reap!

5 April 2014

Kami gerak dari guesthouse lepas lunch dalam jam 2 petang. Kena cepat lah sebab nak pergi explore Angkor Wat dan Wat yang lain. Wat tu bermaksud temple dalam bahasa Khmer. Sampai kat main gate, kami turun tuk-tuk dan bayar entrance fee USD 20 per person per day. Kalau tak cukup 1 hari, korang boleh pergi untuk 3 hari (USD 40) atau tak cukup jugak selama 7 hari (USD 60). Tapi kena berturut-turut yer. Tak boleh lah tahun depan pulak nak pergi. Grrr...


Ticket counter

Kat sini, bagi mengabadikan kenangan anda sampai kat Angkor Archaelogical Park, kita beli tiket kat kaunter, gambar anda akan diambil, dan inilah hasilnya:-

Hehehehehe. Awesome oh!

Ingatkan kat entrance gate ni ha turun tuk-tuk pastu kena jalan kaki. Rupanya, memang kena masuk dengan tuk-tuk sebab luas gilaaaaaaa tempat ni. Fuhh camne la backpackerbusuk boleh naik basikal. Tapi ramai lah foreigner yang bawa basikal kecuali kami. Heee.

First Pit-Stop: Ta Phrom

Zakariya dah pesan, jangan lama-lama sangat dalam ni. Banyak lagi tempat nak pergi. Lepas tu dia pesan jugak, nanti keluar kat West Gate. Dia tunggu situ. Sebab macam one-way masuk, one-way keluar. Gituh.

Katanya most gigantic area at Angkor's site. Serius besar. Tengok dalam map nampak kecik je. Pokok-pokok memang original punya. Semuanya berselirat, akar-akar yang besar dari kami tau. Itu yang kami nampak, itulah pemandangan semasa pertama kali dijumpai temple ini. Cuma adala yang tengah buat renovation ke rebuilding ke macam tu.. 8 kurun yang lalu, ada 12,000 orang tinggal di dalam ni. Wowww... Ramai tu. 

Kena jalan kaki sikit lah masuk dalam ni


Map Ta Phrom


Antara binaan di kawasan Ta Phrom


Ini baru teaser akar kayu...


Pintu masuk

Kami! Sorang lagi tukang amik gambar..


Dalam Ta Phrom ni, banyak kawasan dok buat penambahbaikan


Binaan yang runtuh

Ta Phrom ni famous sebab kat sini lah movie Tomb Raider yang Angelina Jolie berlakon tu haa. Aku tak tengok pun movie tu.

Belakang tu la akar kayu besar gilo. Huuuu. Kagum sekejap..




Ini pun besar juga..


Antara rekaan pada dinding


Berselirat kannn?



Kami sebenarnya dah lost dengan Mame & Rina masa kat dalam ni. Lepas jalan-jalan, kami pun follow la signboard West Gate macam yang Zakariya suruh. 

Kat area sini la West Gate tu

Tapi sini sunyi sangat. Takde orang keluar ke kat sini? Tanya kat security, dia cakap, pintu West Gate tak boleh keluar sebab tengah under construction. ALAMAK. Dah la tak jumpa Rina & Mame. Security suruh keluar gate lain. Aku tak ingat gate mana. So pusing-using balik cari Rina & Mame takut dorang sesat jugak nanti. Pusing-pusing keluar balik kat West Gate ni. Eh eh. Pusing lagi, eh ni macam jalan tadi.

Letih oh. Kitorang tak jumpa Mame & Rina. Dah berkali rasanya jumpa tempat sama. So decided, untuk tunggu dorang kat luar gate jeee. Tawakkal. Jumpa sorang abam security ni, dia pun tunjuk pintu keluar yang lain tu. Dalam dok kalut-kalut cari Mame & Rina, tiba-tiba Zakariya berlari-lari anak panggil kami. 

Hahaha. Dia suka datang waktu kami dalam kerisauan. Ko bayangkan dia masuk kat pintu entrance Ta Phrom tu cari kami! Jauh tau. Alih-alih masa keluar pintu tu, jumpa Mame & Rina duduk tepi batu. Kihkih. :)

Ini la orangnya! Hehe. Ni jalan keluar nak ke pintu satu lagi. Zakariya cakap, sebelum ni tak pernah keluar ikut sini pun. Hutan je. Dorang bukak jalan lain untuk tourist sebab West Gate tengah construction.

Second Pit-Stop: Ta Keo

Kat sini amik gambar dari dalam tuk-tuk jeeee. Hehe...

Third pit-stop: Victory Gate

Victory Gate adalah salah satu gate daripada lima gate untuk masuk ke Angkor Thom. Amik gambar sekejap kat sini.



Fourth pit-stop: Angkor Thom - Bayon Temple

Angkor Thom ni dahulunya adalah ibu kota kerajaan Khmer. Bayon Temple ni pula terletak di tengah-tengah Angkor Thom yang mana sangat dikenali dan richly decorated bak kata Wikipedia. Hehe. Aku nak cerita panjang-panjang pun tak reti sangat.

5 of us, finally!

Art on the wall

Alleyways


Kami keluar dari Angkor Thom ikut South Gate yang banyak patung tu kiri-kanan jalan.

Google image. Click picture for link.

Fifth pit-stop: Angkor Wat

Ini yang ditunggu-tunggu sebenarnya. Largest temple in the world. Kami sampai kat sini pun dah lewat petang. Hari hampir nak hujan. Cuaca mendung berarak gituh. Zakariya parking kat satu tempat sebab dia tak masuk sekali. Kami pun explore lah Angkor Wat ni...

Tasik ini yang mengelilingi Angkor Wat. Dipanggil moat in English.

Kami lalu tasik dengan jambatan ini. Jauh lagi tau perjalanan..

Panorama view. Rina cakap tiba-tiba ada penyibuk belah kiri tu... -___-"

Binaan di kawasan Angkor Wat

Keluar je dari pintu tu akan jumpa jalan ini pula. Haa di kejauhan ini baru nampak Angkor Wat.. Ramai orang amik gambar kat sini..

Kat belah kiri jalan

Menghampiri Angkor Wat.. View tak cantik lah mendung sangat. Pastu ramai nau orang kan. Then ada tengah buat renovation pulak depan tu.

Pintu masuk kedalam Angkor Wat

This is it!

Senibina unik

Tak boleh nak naik sebab dah tutup.

Kawasan dalam tak amik gambar sangat sebab gelap. Tapi memang dalam Angkor Wat ni gelap aje aku tengok.. Scary pun ado. 

Keluar aje dari Angkor Wat ni, hujan turun lebat sangat. Sebaik sempat naik tuk-tuk. Siap berhenti tepi jalan lagi, tutupkan cover tuk-tuk untuk kitorang. Even cover pun, tempias hujan tu terasa jugak. Memang tergelak-gelak lah masa tu. Cumanya Zakariya la, dia tu tak pakai raincoat. Lagi la dia lencun. Kesian tau...

Kami terus pergi kedai makan yang Muslim Family Kitchen tu. Makan Nasi Goreng dengan nescafe ais agaknya. Total USD 20. Sementara tunggu hujan berhenti, kami borak-borak dengan Zakariya. 

Makan!

Lepas tu, Zakariya bawa kami pergi Siem Reap Art Center Night Market. Kat sini sempat la beli T-shirt USD 7 sehelai. Keletihan dah masing-masing oih. Kat sini jugak ada banyak jual emas dengan batu-batu cincin.

Souvenirs

Beli T-shirt kat sini..

Jalan-jalan pulak kat Pub Street. Tak sempat tengok Apsara Dance free kat Temple Club sebab dah lewat sangat. Pukul 7.45pm start kalau tak silap. Jumpa la satu kedai massage ni. USD 3 for 30 minutes. Kedainya tak berapa la sangat. Lepas tu bila masuk, ada 2 orang budak kecik asyik kacu-kacau kan. Rimas nyer. Aku dengan member nak pergi toilet cuci kaki dulu sebelum massage, sekali budak kecik 2 orang ni pi kencing depan kitorang! Aduyai. Terus cancel massage tau.

Pub Street. Ramai orang..

Alih-alih pergi kat Angkor Night Market, pergi je kedai urut semalam yang kami pergi. Heh. Habis urut tu, balik bilik le jalan kaki. Kali ni kami tak sesat. Hehe

Ok itu ajeeee! Byeee!

Thursday, December 11, 2014

Kemboja 2014: Tasik Tonle Sap & Muslim Family Kitchen

Assalamualaikum!

Previous post:-


Ok dah tengok-tengok kat Kampung Phluk Floating Village, bot menuju ke Tasik Tonle Sap. Selalu orang pergi tasik ni nak tengok sunset, tapi kami pergi tengok masa matahari dok tegak atas kepala ni ha. Hehe. Tahukah anda Tasik Tonle Sap adalah tasik air tawar yang terbesar di Asia Tenggara? :)

Mengapa air tasik ni hijau?

Eh ada kedai di kejauhan sana. 

Orang bot ni bawa kami pergi kedai makan atas tasik ni haa. Atas kedai ni memang tak nampak darat. Luas sungguh tasik ni ye.

Tau tak apa dalam sangkar belah kiri tu? Anak buaya! Nampak dalam menu kedai makan ni ada Nasi Goreng Buaya. Errrrrr..

Siap ada hammock okeh. Buai-buai terus lompat sungai. Eh.

Lama jugak la kat kedai ni. Minum kopi ais je. Mahal pulak tu. Amik2 gambar jap, dah. Ada anjing kat situ. Takot.

Mari pulang ke darat


Menjala ikan. Senang dapat ikan sebab tasik surut agaknye yee..

On the way nak balik ke darat tu, nampak la restoran ni. Kemain tinggi tangga tau. Jenuh memanjat. Kalau air tasik tinggi, tak payah exercise begini. Tak ade buat apa pun, amik-amik gambar dan tengok view.

Nama kedai

View dari kedai. Sungai itu la yang hala ke Tasik Tonle Sap




Cantik tempat ni, tapi tak ramai orang. Eh macam takde orang je.

Ok dah pusing-pusing sini, balik! Sempat pulak masa ni enjin bot tersangkut dengan sesuatu yang aku tak tau apa.

Bye Kampung Phluk & Tonle Sap!

Zakariya dah tunggu kami kat tuk-tuk. Naik tuk-tuk dan mari lah pulang ke bandar. Masa nak balik ni la boleh pulak tuk-tuk ni terjatuh oiiiii! Lalu kat kawasan pasir dalam ke camana tah kan. Langsung tak boleh gerak tuk-tuk tuuu. Terpaksa la kami berlima ni tolak tuk-tuk tengah-tengah padang pasir. Hahahaha. Sebaik kami yang sado ni boleh tolak okeh! Hahah. Tergelak-gelak kami sepanjang jalan.

Lepas tu kami makan kat kedai Muslim Family Kitchen, berdekatan Masjid Al-Nikmah di perkampungan Muslim juga. Owner sangat friendly. Siap buat percubaan teh tarik kat kitorang. Tapi rasa tak sama. Hehehe. Good try good try. Makanan kat sini pun sedap! Boleh la cuba yee..

Ikan masak tiga rasa

Daging ni tak ingat namanye masak apa..

Telur dadar

Ok boleh buka website itu!

Total harga USD 22 untuk kami berlima. Ok la tuuuuu. Asalkan perut berisi.

Sampai sini aje, nanti sambung pulak kisah lain kat Angkor Wat dan segala Wat yang aku pergi next entry. Bye!!