Wednesday, December 7, 2011

Whitewater Rafting at My Gopeng Resort, Gopeng, Perak.

HAI! (Motif nak huruf besau?)

Holiday ku sungguh awesome! Meh aku nak cerita serba serbi.

Jumaat, balik kerja terus zass amik Ain dan Neesya kat KTM Subang Jaya. Balik rumah aku, aku tidur sebab nak kumpul tenaga malam karang nak bertolak pergi Ipoh. Budak dua orang tu main internet. Konon nak gerak pukul 9 malam, tapi biasalah... pukul 10 malam la baru jalan. Alhamdulillah tak hujan dari Rawang ke Ipoh. Perjalanan smooth dan aku pun tak berapa nak ngantuk. Sampai Ipoh pukul 1230 pagi, singgah Medan Gopeng amik Tirah all the way from Penang. Malam tu, kami tidur rumah Mak Teh.

 8.45 am at My Gopeng Resort


 Banyak aktiviti. Paintball, benda alah macam motor tu..


 Waiting for briefing

Ain, Tirah, me.

Hari esoknya, pukul 8 pagi gerak lah kami ke My Gopeng Resort. 30 minit je pun dari rumah Mak Teh. Sampai2, nampak banyak gila durian. Nak je petik macam petik buah anggur. Dalam 9 pagi, kami isi borang bagai untuk buat aktiviti White Water Rafting. Lepas tu, ada briefing daripada pekerja My Gopeng Resort - Jus Marvel kot. Dia ni gila kelakar. Haha. Aku ni haruslah tak pandai berenang. Jus ni tanya, siapa sini tak pandai berenang? Kitorang pon angkat la tangan. Lepas tu, Jus tu macam terkejut. Daring sangat kot buat aktiviti sukan air tapi tak reti berenang. Eh itulah baru adventure maa!


The people! Chinese ramai. But they r all friendly!

Lepas dah pung pang pung pang briefing, aktiviti kami bermula dalam 10 pagi. Body Rafting, first activity. Kira macam warm up. Aktiviti ni nak biasakan kita dengan air je sebenarnya. Walaupun hari2 aku mandi. Dia lepaskan kita sorang2 dalam air dari hujung sini sampai hujung sana. Air dia toksah cakap, laju gila. Aku dah minum banyak gila air sungai dia. Wargh. 

Waiting turn for Body Rafting.

Ivan Tan. Baju biru tu Jus, our guider.


Dia lepaskan kau sorang2 dalam air. Gasak!

 
See! Air dalam gilaa..


Catch the rope! Nampak tak rope tu wey??

Dan, setelah dalam 15 orang melepasi Body Rafting, bermulalah second aktiviti kami - Whitewater Rafting. Ok aku sungguh cuak, tapi sungguh teruja! Ada 3 raft. Raft group aku ada 6 orang, campur guider - Jus, jadi 7 orang. Raft kami paling ramai, sebab raft lain dalam 4 orang jer. Sungai Kampar yang kami harungi tu, basic adventure je kata Jus. 10 km, dalam masa 2 jam. But we did not feel like 2 hours at all! Macam 30 minit je. Ok tipu.

Ni geng lain. Time ni kat calm water.

Ni raft kami. Hehe.

Ada banyak bahagian kat sana. Double Decker sungguh awesome sebab dia jatuh dua kali kat kawasan yang agak curam. Kat situ 50% raft boleh terbalik. Tapi kami tak terbalik. Hihi. *Fuhh* Lap peluh. Ada satu part - Why Happen namanye. Aku tanya Jus, apa tu? Dia cakap, "You'll know why". Sekali.... aku dan Ain jatuh masuk dalam air. Serius aku tak sedar aku jatuh. Ain cakap, dia nampak aku nak jatuh, so dia grab aku, sekali dia pun jatuh jugak. Haha. Tapi Jus cakap, dia nampak Ain pegang aku sebab Ain takut. Patutnya Ain tak jatuh pun.Jus expect Tirah & Neesya yang duduk tengah yang jatuh. Sekali aku dan Ain. It was a great experience though. Takut dow lemas dalam air sungai 8 kaki tu. -_-" Sebaik dorang grab aku n Ain cepat2. Tapi tu tak jatuhkan semangat aku okay! =)



Us.


Kami semua hehe





Sebelum kitorang amik gambar yang atas ni, kitorang kena turun dari raft, pegang raft tu sampai la dekat kawasan cetek ni.. Dia memang saje nak bagi kita biasakan diri..Ain ngelat taknak turun. Dia sorang je kat atas. ahhaha.

Kitorang pun ada terbalikkan raft tu. Sengaja terbalik, dengan kita2 sekali la terbalik. Bukan ada sebab pun. Ni semua Jus kata, pengalaman. Try bagi terbalik je. Gila kau dalam kot air, time jatuh tak rasa pon bawah. Tsk tsk.

Tapi, serius best water rafting. My to-do-list untuk aktiviti ni dah boleh cancel! Weeehoooo! Kalau rajin, cari kat Dealmates @ Groupon sebab situ la kitorang dapat 50% off. From RM180 jadi RM90. Which was baloi2. Spent time kat Ipoh pun around RM90, plus the room, food, petrol and tol. Worth it kan?


Balik ke pangkal jalan. Haha. Naik lori oo. 25 minutes ride.

The sad part was... Khal tak dapat join. Kan best kalau dia ada jugak. Leh jerit ramai2. Sobs. Takpe Khal, next time ya.. =)

Sekarang ni ak dok lenguh badan sebab buat aktiviti ni. Wargh. Tensen betul. Tidur tak cukup lagi ni. Haihlahhh...

Oklah, itu sahaja.

Bye!


Thanks Ivan Tan for the pics! Taken from his Facebook. =)


[++ So Good ++]

5 comments:

  1. this is awesome!

    tak dapat la join korg selama 2 years - 2 years and half T_T

    ReplyDelete
  2. wahhh! saya suka entri nih! next trip slim river jom!!

    ReplyDelete
  3. Wani;

    Awesome mekkkk... Aah hang nk sambung belajar yerr.. xpo2.. =)

    Hujanlebat;

    Haha like2. =)

    ReplyDelete
  4. cambest je. rugi tak ikot!!! hehehe

    weh apesal jatuh tu? mmg tmpt why happen tu akan ade org jatuh eh?

    ReplyDelete
  5. paani;

    RUGI WEYYYY!!
    Jatuh sbb ada batu beso sebelah aku. Lepas tu, aku tak pgg rope kt tepi tu. So jatuhlah kite

    ReplyDelete