Thursday, December 30, 2010

Resipi Puding Roti Bola

Hello love!

Perlu ke tajuk resipi ada bola kan? Hahaha. Ok abaikan.

Tahniah Malaysia sebab menang Piala Suzuki AFF 2010! Wow tiba-tiba minat bola ni gila ke apa. Well, I'm Malaysian and I support Malaysia Team yaww!

Jumaat cuti. Fuhh, dah agak dah mesti cuti punya lah. Aku masih la cuti kan sebabnya kelas mula Isnin depan.

Ok, ini sebenarnya nak cerita resipi. Wah, resipi tau. Puding roti requested by Zawani. Ni sonang jo, ada bahan, sekarang pon boleh buat.

Mari terjah.

Bahan-bahan:-

Roti 5 keping.
Susu HL/Dutch Lady.
2 sudu besar susu pekat manis.
1 sudu kecil Esen Vanilla.
1 biji telur.
1 sudu mentega.
Dalam 1 sudu gula.
Secubit garam.

Cara-cara:-

1) Carik-carik roti tu masuk dalam loyang atau bekas.
2) Masukkan susu HL/Dutch Lady sampai roti tu semua terendam.
3) Masuk mentega, gula, garam, susu pekat manis, telur, esen vanilla.
4) Kacau-kacau bagi semua sebati.
5) Biar roti lembut kejap.
6) Kukus dalam 45minit.
7) Make sure dia dah keras sikit tau kang cair pulak tak puding la macam tu. ;)
8) Tabur milo atas puding.

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaa~~~~



Ni bukan terbakar tau. Tu milo lah. =)



Resipi diolah daripada myresipi.com. Dah jadi bagitau yer. Selamat cuba!


kata pendek: Seronok belajar masak cuti-cuti! ;)


[++ So Good ++]

Sunday, December 26, 2010

Kalau lah kan...

Kalau lah kan...


1) Anda sedang memandu, tiba-tiba kereta belakang smack down bontot kereta anda, camne yer? Smack down tu hiperbola je lebih, langgar belakang kereta sudah.

Er kalau aku, tak tahulah nak buat apa. Telefon ayah ke apa? Yela kang orang kereta belakang tu dia culik aku ke, tak pon dia culik kereta aku. Oh sedih. Eh benda ni pernah terjadi ye. Keluar paper yaww. Takot tak takot tak. Tapi kena la jugak keluar kereta, nak tegakkan keadilan! Berdepan je la kan dengan orang tu walaupon muka nya macam nak bunuh kau ke apa. Pastu kalau orang tu kecut terus pecut blah, cepat2 tengok nombor plate tau ha lepas tu leh claim insurans bagitau polis bagai.

2) Anda sedang memandu di malam buta (lagi2 perempuan), tiba-tiba kereta rosak asap keluar kepul2, tayar kempis minyak habis.
Ni takot. Maka make sure kereta dalam kondisi baik dan jangan pulang lewat malam.

3) Anda tiba-tiba terlanggar kereta depan.

Sila jadi pemandu berhemah. Orang tu maki kau, kau maki balik. Hahaha. Ok jangan. Bertenang je. Deal je lah dengan driver tu. Be responsible kan. Kalau kau langgar lari, memang bahana la tu. Nak try masuk lokap, cuba la.

4) Anda nak reverse kereta anda yang tengah parking, lepas tu side mirror anda terkena side mirror kereta sebelah lalu side mirror kereta sebelah patah sikit tapi anda punya ada sikit scratch. Apa nak buat?


Tolak balik pelan-pelan side mirror kereta org tu bagi straight balik nanti orang tu tak perasan. Lepas tu mesti driver tu akhirnya akan perasan jugak dan dia akan *&*^$(%# atau &#^@))! dalam pelbagai bahasa.


5) Anda dah parking baik punya kat dalam lot tu. Sekali adoi ada kereta atau lori tengah parking pulak belakang kereta anda lepas tu dia lupa nak lepaskan handbrake.
Tunggu je lah apa lagi.





Hurm, tapi bila dah langgar-langgar ni kadang2 jadi blur tak tau nak buat apa kan. Drive safely di cuti-cuti ni ya kawan!



kata pendek: Korang rasa mana pernah jadi kat aku semua tu? Hihihi

[++ So Good ++]

Thursday, December 23, 2010

Event: Comic Fiesta

kata pendek: Selepas entry ni terjadi, barulah berlaku entry yang Pakcik Komuter. (Klik jika anda mahu tau).




Hi!

Nak cerita pasal event Comic Fiesta 2010 berlangsung pada 18 & 19 Dec di Manhattan Ballroom, Times Square.

Uih nak pergi mencari tempat ni pun dah satu hal. Times Square tu tau le aku kat mana. Tempat shopping murah kot, kalau tak tahu tu, memang hang bukan kaki shopping. Tapi tapi tapi, aku datang sana bukan untuk shopping ye. Simpan duit demi masa depan. Simpan ke? Sebab nak masuk event ni kena bayar jugak. T__T

Nak cari Ballroom (bunyi nya macam nak pergi Prom) susah wey. Tanya orang yang dok pakai costume anime kat Food Court tu baru aku tahu kat tingkat 14. Ramai sungguh orang, cuma tak dapat kalahkan PC Fair lah.

Sepupu aku dua orang ni minat komik. Tak tahu la berapa banyak rak komik dorang ada kat rumah tu. Sorang dari Ipoh, sorang dari Seremban. Ha jauh tak datang KL? Hihi. Aku teman je la mereka ni pergi sana. Lagipun takde apa nak buat kat rumah kan.

Ok gambar.

** Semua watak kat sini aku tak kenal. Sebab aku tak gemar komik ye. Tapi mereka semua sungguh berani ber-cosplay pada hari tersebut. Oh mungkin sebab ada Costume Terbaik earlier on that day**



Entrance


Hahah this is cute.
We got free Nips Chocs. =)


Wow kan!!! Quite pricey, so only took few pictures.
Oh bayangkan yang kecik tu RM45. Dan yang tepi kiri panjang2 tu RM65. >.<


Ita. She's 21 and I'm not sure she's taken or not. Hahah.


Syu. 21 too. She is super busy lady with her lab work.
Look what she wore on her head! Cun bebeh!


Khay, 20. Kepala besau so tak muat nak pakai benda tu tpi nak pakai jugak.
(Ok, umur tipu)



RM65. Beli beg takpe juge.


Cards, I guess.
Mereka sungguh creative. Handmade.


Menonton Naruto versi Jepun. Ada subtitle.

Domokun! Rina mesti suka gila. hahaha

Ini apa nama wey???


Aah kitorang tak puas hati, so amik gambar lagi kat kedai topi.



Lelaki ini sungguh misteri!!!
Mata ada sebelah saje.
How he walks eh?


Amoi ni memang cun. Ramai gila nak amik gambar dengan dia.


Lihat lelaki itu??? Tunggu2.


Ni geng Naruto kot.


Betul2 macam kat Jepun.


Hensem kan. Tunggu2.


Hahahahha.
Ok dah.


Nice!



Seronok tengok cosplay (costume play) ni. Macam-macam orang aku jumpa. Rasanya kalau kat Jepun mesti lagi hebat kan. Sexy-mexy lagi agaknya. Hihi.

Ok semua.

Cuti tinggal seminggu saja lagi. Sedih.

Banyak lagi kena update sebelum habis 2010.

Dahlah penat bebel.

Bai.





[++ So Good ++]

Monday, December 20, 2010

Berseronok, tapi cerita basi.

Okeh, mahu update gambar yang dah basi minggu lepas punya.

Member tiga orang ni tidoq umah Jumaat malam tu. Khal, Ain dan Bolat. Heee Sungguh seronok sampai malam tu konon nak tengok cerita hantu alih2 dua orang jer yang tengok T__T. Yela, nak tengok wayang midnight kannn pastu tak jadi pastu beli Mister Potato buat wayang kat rumah je lah via laptop. Hahaha.

Rindu korang semua 8 orang! Kenapa 8? Biar lah kami je yang tahu.

Ni gambar hari Jumaat & Sabtu. Tapi nampaknya hari Sabtu lagi banyak. Hihi


Ni time aku foya kat Pyramid, jumpa Lady Gagah.


Tupai-Tupai Restaurant, KL.
Gila sesat cari kedai ni.


Konon nak makan steamboat, alih2, goreng2 je. Haha.


Sabtu: Damansara.

Parking kat IKEA, lepas tu jalan la kau pergi Curve, Ikano bagai. Fuhhh.
Khal jalan sekejap je dengan kami sebab dia ada job photo.

Ni patung tiger kegemaran mahal gila.
So tunggu sape2 nak belikan je lah. haha


Lepas tu harus ambil gambar kat cermin


Lepas tu gambar ambil sendiri sebab tkde sapa nak ambilkan gambar.


Ni kat Curve makan Natural NZ.
Bolat sungguh teruja kerana aiskrim kegemaran beliau berada di Msia lalu kena la makan.


Yummylicious. Kau ingat sorang satu ke hape?! 1 sudah, kami berkongsi.
Thanks Ijah! ;)


Cantik sangat Curve decorate untuk Xmas.


Oh cute.



Puas jalan, nampak member Matrik, Eda dan pakwenya.
Tiap kali aku jalan gi mall mana2, mesti nampak dia! haha.

Pastu makan kat IKEA Cafe. Meatball yummy. Ternampak seseorang dan skandal.
Oopsss.. Tak nak bagitau lebih2. Panass!


Sunway Pyramid - Dinner.
Rakan2 nak try makanan Korea. Bawak le deme.
Sedap katanya.
Boleh la kan nak pergi Korea pasni! hihi


Mine.


Tokbokkggi whatever it spells.


Wanita yang konon,"Eh laparla apesal sikit sangat nasi dia ni????!!!" sambil hentak kaki.
Alih2, dia tak habiskan pon. Separuh je makan nasi tu.
Kenyang katanya.
choi.


Bibimbap. Colourful betul.


Dah jalan satu hari, harus tudung tak serabut kan?.

haha.



Mereka semua selamat pulang ke negeri masing-masing sudah.

Hope next year we will meet again, insyaAllah. =)

Bye people!


kata pendek: Did I mention we eat 5 times that day?


[++ So Good ++]

Saturday, December 18, 2010

Hai pakcik komuter!

LOL.

Tebahak-bahak aku dengan cousin,Ita. Kami ni slow je la turun eskalator kat KL Central tu. Sebelah kanan train ke Seremban. Sebelah kiri train ke Pelabuhan Klang. Pulang ke rumah haruslah ke Klang kan.

Sebenarnya keluar 3 orang. Yg sorang tu nak balik gi UKM. Maka dia nampak train ke Seremban dah sampai berlari zassss la dia naik train. Aku n Ita ni rilek je la kan sebab train tak sampai lagi.

Dah sampai bawah tu babai la kawan tu yg sebaik sempat naik train. Nak tengok la train tu blah dulu, baru kitorang ke stesen kami.

Sekali pakcik komuter dalam train kt tempat cockpit tu bukak tingkap sambil berkata," Lambat...."..

Bahahahahaha. aku ketawa la cakap "kitorang nak gi belah sini (ke Pelabhn Klang) la pakcik" sambil terus belah gi sana.

Yakin sungguh pakcik tu.

Hahaha.

K bai. Nak sampai stesen subang dah.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 14, 2010

Kawan kata kita dah tua maka tak payah nak berjimba sangat maka pergi makan

Makan tak sama dengan berjimba kan?

Kawan sekolah tiap tahun wajib berkumpul. Kami sembilan orang tapi dapat jumpa sekerat-kerat jugak tiap tahun kerana selalu ada seorang atau dua orang atau berorang-orang yang tak sempat nak jumpa sebab negeri dan negara memisahkan kami dan kami sudah tua dan begitu sibuk.

Ok, sorry for the "TUA" word sayangs.

Ijah aka Bolat & Ain datang rumah tidoq sini beberapa hari nak luangkan masa bersama. Cuti sekolah je la kan selalu dapat jumpa pun sebab kami semua masih budak universiti yang cuti nya sama dengan cuti sekolah walaupun Ain dah kerja tapi dia cikgu maka cuti dia sama dengan kami semua.

Lepas tuh dah tulis ni baru nak upload gambar dalam blog dan baru perasan yang upload gambar terbalik. Ingat nak sumbat gambar sikit2 dulu daripada hari Jumaat dan Sabtu. Tapi ter-upload gambar Ahad & Isnin.

Gambar tak semua ada pun sebab Ain-si-penanya-ikan-paus-ada-kat-zoo-tak tu lupa nak masuk gambar ke apa dalam laptop aku. Camera aku tak da dalam perjalanan hari kami maka terpaksa guna henfon.



Ahad.
Ampang: Pergi rumah Wani dulu lepak2 makan2 hehe. Sedapnya puding. Eh puding ke namanya ?
Bandar Seri Putra : Rumah Zarifah, kakaknya kahwin bukan dia ye.
Makanan tak sempat nak snap sebab tak sempat la.haha




Apa ni photographer ambil gambar semua senget tak full


Pinkies.
Wani & Ain


Bolat & Khay


Kakak Zarifah & suami.
Cantik2.

Tula gambar Zarifah nya takda. Ain punya pasal.


Lepas tu balik Ampang hantar Wani. Apa kami buat, kami tidoq 1 jam kerana mengantuk selepas makan fuhh. Gendut sekejap.

Ok bangun tidoq terhidang goreng pisang, thanks Wani ;)
Plan dalam kereta, "Jum pi Subang Parade pekena ayaq sat"

Ke Gloria Jeans' Coffee. Cookies n Cream sedapnya. Gambar pun takde sebab haus sangat.
Dan Secret Recipe. Bolat ajak makan kek apa ha wey aku tak ingat lah. 1 slice je la share 3 orang.


Menternak makanan dalam perut, jum pergi Murni USJ.
Mee Raja tak habis letak dalam peti ais rumah aku pastu lupa nak makan kannn?!


Chicken Napoleon.


Mee Bali pun tak habis jugak, letak dalam peti ais rumah aku lepas tu lupa nak makan?!


Isnin. Hari jalan sedunia berjaya kurangkan kalori berbillion2.

Hantar Ain balik. Bye Ain!
Aku & Bolat pergi Jalan TAR shopping selendang. Tahniah Bolat berjaya beli shawls haha banyak bagus.

Makan Subway sebab nak rasa sedap ke.

Pastu jalan kaki pergi monorel berbelas minit T___T sebab nak pergi Pavilion & Uniqlo.

Kat Pavi singgah Crepes. Macam kat Korea jugak. Huhu.



Mix flakes with ice-cream crepes. Nyum







Wow. Hebat ah Pavilion.
Tak beli pe pon kat sini mahal kot.
Nanti ada duit beli Gucci satu.
Masuk dalam wishlist.


Lepas tu pergi Uniqlo barang semua winter noks. Chis. Panas kot aku nak pakai kat Malaysia.

Jumpa Natural Republic, apa lagi singgah sat beli makeup 1. Bolat beli banyak gila, lepas tu dapat la free beg nama-saya-Rain. Xmas sale sehingga 70% sila pergi ke Natural Republic di Fahrenheit 88. Lipstick + Lip gloss RM15.90 sapa nak bagi weyh. Cantik plak tu kaler. Ok menyesal tak beli.

Balik rumah jeles pula sebab Bolat beli makeup tu semua nampak cantik dan nak beli jugak. Tapi dah sampai rumah camne tu? Takkan nak singgah lagi sekali pulak? Choi.


Dinner pula Metro Food Court Subang sahaja makan simple harga murah.
Nasi Goreng Paprik


Kuey Teow Kungfu.



Sudah.

Nanti update lain.

Bai.






[++ So Good ++]