Saturday, March 30, 2019

Europe Trip: Paris - Arc De Triomphe & Eiffel Tower

Assalamualaikum!

Previous post:-


Paris

7 May 2017

Sampai dekat Paris-Charles De Gaulle (CDG) dalam jam 5 petang. Naik Air France turun di Terminal 2F. Kalau nak ke bandar, boleh naik train saje dari airport. So, dari Terminal 2F, kena jalan kaki dan naik escalator untuk sampai ke 'Paris By Train' atau senang dipanggil 'RER'. 

Signboard dekat Airport banyak. Follow aje signage RER tu. 

Bila dah sampai, kena beli tiket train lah ke bandar kan. Kalau nak senang, pergi kat kaunter tiket. Nanti terpampang tulisan 'Billets Paris et Ile-de-France' luar kaunter tiket. Atau boleh beli tiket dekat automated machine yang warna warni. Tapi, kena pilih warna ye. Jangan bedal je. Nak ke bandar, warna Biru atau Hijau. 

Jadi untuk tidak menyusahkan, beli kat kaunter. Aku beli siap-siap tiket Airport ke bandar Paris dan juga single trip ticket. Yang bestnya Paris ni, ko pergi la jauh mana pun dalam bandar, bayar €1.90 aje. Baloi kan!

Kalau travel ramai-ramai, beli bundle dalam 'carnet'. 10 tiket untuk 1 carnet harga €14.50. Haa bahagi la murah ke tidak. As of 2019, 1 carnet €14.90. Tapi kena plan siap-siap la nak beli berapa. Jangan la depan orang kaunter tu baru nak kira. Mengamuk acik tu nanti. 

Tiket Aeroport CDG ke Paris
€10

Metro / Tram / Bus
€1.45 yang harga carnet

Ok lepas dah beli tiket bagai, kena tengok signboard lagi untuk ke RER B Paris by Train. Masuk ke Platform 11 atau 12. Kami turun kat station Paris Gare Du Nord. 

Kat Paris ni seram sikit banyak nau baca pasal pickpocket. Kita tawakal aje moga-moga tak terjadi semua tu.

Info dari Terminal 2 ke Paris by Train boleh rujuk SINI. Info berguna betul.

Info untuk Paris Metro Tickets boleh rujuk SINI.

Mari check-in hotel apa-apa pun. Lepas sampai kat Paris Gare Du Nord, keluar dari train station tu, cari jalan untuk ke Hotel Altona. Katanya jalan kaki dalam 800 meter. Heret la dengan bag bagai tu kesana.. Triple Room, 2 bilik. Dapat €112 in total. Jadinya sorang €23 gitu untuk 1 malam. Ok lah kan?

Dah rehat apa semua. Ingat nak pergi makan. Memang sebelah Hotel Altona ada kedai kebab halal. Sekali tutup daaaa. Kebuluran tau tak. Kami pergi 7 May. Ahad macam banyak kedai tutup ke apa tak tahu lah. Lepas tu alkisahnya 7 May tu pulak French Presidential Election day. 8 May pulak Victory Day. Public Holiday la tu.

Hotel Altona ni pun dekat aje dengan metro station - Barbes-Rochechouart. Kisah kelaparan kami tu, kami makan maggi je dalam bilik. Hahah. Buat alas perut.

Perjalanan pertama kitorang nak ke Arc De Tiomphe

Naik metro turun station Charles-de-Gaulle-Etoile. Exit 4. Keluar je tengok ramai sangat orang sepanjang jalan Avenue de la Grande-Armee. Yang naik kereta hon sana-sini. Orang ramai bersorak. Satu pengalaman.

Nampak dah tu Arc De Triomphe.
Nak ke sana, kena lalu tunnel ni.
Tu follow signboard tu haa..

Kalau tak nak beratur, sila beli online! 2017 harga €13 per person include charges fee. Harga biasa €12. Opening hours: 10 pagi ke 11 malam. Sila tengok WEBSITE

Turun tunnel keluar belah lain sekejap nak tengok view dari bawah Arc De Triomphe ni haaa..

One of the avenues..

Nak masuk sini kena check bag dulu.
Barang elektronik semua kena keluarkan.

Kat bawah ni ada Tomb of the Unknown Soldier dari WWI.
Atas tu, sculptured roses.

Sebelum tu, nak bagitau. Kalau nak naik Arc De Triomphe ni, kena gigihkan kaki anda untuk panjat 284 anak tangga ye! Dan tangga tersebut berpusing-pusing okkkk! Hahahaha. Gila betul kitorang ni. Dah la penat, lapar, kena panjat tangga pulak!

 
Tangganye sebegini yeee. Ada je pit stop nak berhenti sekejap. 
Tapi muat untuk 1-2 orang.

Panjat dan panjat.... sampai la kami........ 

View of Paris City from Arc De Triomphe.

Jam dekat Avenue des Champs-Elysees.
Masa ni tak gelap lagi..
Tapi langit macam mendung berjerebu ke apa.

Tau tak ada 12 simpang keliling Arc De Triomphe ni! Banyak kan..

Dan of course, Eiffel Tower from far..

Dah mula ramai orang. But still boleh selit-selit.. 
Best time to go, lewat petang. Orang tak ramai.
(Pandangan dari first timer lol)

Tiba keluar lampu pulakkk cenggini. Semua orang kat atas tu macam wahhhhhh~~
Walaupun jauh, tapi puas lah.

FINALLY AKU DAH SAMPAI PARIS, TEMPAT BERANGAN DARI SEKOLAH MENENGAH.
SATU ACHIEVEMENT NI.
MOHON TEPUK.
=)

Dah habis tengok keliling, turun la tangga semula.... Pening kepala nak turun ni. Tangga berpusing.

Area souvenir shop.
Tak ingat beli apa kat sini.. Ke tak beli?

Mini Arc De Triomphe

Next stop!

Mari kita singgah Eiffel Tower dengan lebih dekat!

Naik Metro, Line 6 ke Bir Hakeim. Jangan lupa tengok view kat Jambatan Bir-Hakeim. Tak sempat ambil gambar. Dapat tengok Eiffel Tower dari dalam metro. 

Satu lagi spot nak tengok Eiffel Tower - Jardins du Trocadero. Sebuah taman. Banyak je lagi spot. Google lah ye.

Kami nak terus pergi bawah Eiffel Tower tu jer. Tapi turun Bir-Hakeim kena menapak pulaakk pergi sana. Dahla sesat barat. Lepas tu jalan gelap ok. -___-. Padang yang besar tu boleh pulak dia tutup dengan pagar haritu. Langsung tak boleh access. So kena cari main entrance. Lama sungguh berjalan rasanya.

Bila sampai, terus masuk. Kena check bag jugak lah kat situ. Masa tu jam 10.30 malam dah. 

Tapi..... tengoklah gambar. Seronok sangat. Heheh.

Eiffel Tower.
:)

Tak naik pun atas. Duduk bawah pun jadi lah. Janji sampai.

Up-close.
Sungguh tak percaya.

Tiba masa tengah sibuk amik video apa semua, berkelip pulak lampu kat Eiffel ni haaa...
Teruja kita.
Dalam 1 jam sekali memang berkelip. Timing not sure.

Muka stress nak amik gambar ramai2 bawah Eiffel tak jadi. Hahaha.
Tak ramai orang pun masa ni.

Setel Eiffel, jalan kaki lagi ke Metro. Station Ecole Militaire sampai ke area Hotel Altona. Tiba terjumpa kedai kebab. Weh baru nak makan seharian ni. Pukul 12 malam jugak makan situ. Rezeki.

Balik terus terlelap dah. Letih beno hari tersebut.

Tidur mimpi Eiffel. Hah.

Ok bye!

Saturday, March 23, 2019

Sydney: Mount Perisher

Assalamualaikum!

Previous post:-


Jam 8.30 pagi, dah gerak ke Cooma - sebuah bandar di selatan Sydney. Plan untuk ke Mount Perisher esok hari. Jadi malam tu tidur kat Cooma dulu lah. Kalau dari Sydney, perjalanan ambil masa dalam 6 jam lebih kurang. 

Stop sekejap kat Frank Patridge Rest Area

Lembu kah?
  
View along the way

Stop sekali lagi nak lunch. Pagi tu ada masak bihun goreng dengan karipap. 

Few times jugak la stop. Isi minyak apa semua. Kopi kat 7E AUD 1 dapat 2 kopi tau. Murah.

Next, berhenti pula kat Canberra. Capital city of Australia. Baru tahu ni. Hehe. Sini banyakla malls, cafes and all.

Hah apa tu.

Jalan-jalan sekejap


Dan teruskan perjalanan lagi ke Cooma...

Sky so blue


Tiba mendung

Akhirnya dalam pukul 4 petang jugak sampai. Haha. 

Malam tu stay dekat Sovereign Motel. 1 malam saje.


Area luar motel. Banyak kedai jual dan sewa barang2 ski.
Tapi mahal juge lah.

Ada jugak kedai yang macam kerek gila nak tak nak je bagi sewa. Duhh. Terus blah je dari kedai tu. 2-3 kedai jugak la cari. Dah nak malam pula tu. Kena cepat. Dapatla sewa barang sikit masa ni.

Lain-lain nak sewa esok je on the way ke Perisher.

Lepastu singgah supermarket beli barang.

Esok pagi aku dah bangun awal ketung ketang masak kat dapur. Masak bihun lagi. Bawa paket instant cili tu haa senang. Dengan masak nasi dan panaskan makanan dalam Brahim buat lunch. Buat cekodok lagi. Gigih.

Sarapan sekejap, then tapau segala benda. 

On the way tu, kami stop kat kedai sewa ski kat small town nama Berridale. Ada dua kedai kat sini. Alberg Ski Centre dengan Fleets. Both with reasonable price. Info on Ski Equipment area Cooma dengan Berridale HERE.

The one on left is Alberg Ski Centre. Pekerja semua peramah. Siap ajar macam mana nak snowboard. Well, atas lantai je la.

Fleets pun not bad.

Aku sewa baju, seluar, kasut dengan glove aje. Harga maaf la tak ingat. 

Perjalanan diteruskan.


Ok dah nampak snow.

Jalan tak berapa snowy sangat. Jadi chain tyre tu tak perlu pun takpe. 

Sampai kat sana baru feeling snow cenggini haa...
Parking kereta dulu area Perisher Centre.

Sejuk oi time ni. 

Jalan nak masuk ke Perisher Centre

Kat Perisher Centre ni ada cafes, toilet bagailah. 

Kalau nak betul-betul main ski atau snowboard, kena beli chairlift ticket ye. 

Tapi aku tak beli apa pun. Just masuk nak feel snow ajeee. Jadi, free! Haha.

 Info on ticket and price HERE.

Baju sewa terang benderang. 

Ramai orang kat sini

Cuaca hari tu mendung aje





Ni chairlift nye. So kena naik ni pergi kat atas, then ski turun bawah.






Ada sekali tu kuat gila angin. -__-
Bertambah putih pemandangan.


Few hours jugak dekat sini. 



View dari parking lot

Bila dah sejuk sangat tu, minum kopi, masuk van terus rehat dan makan. 

Petang sikit kami gerak balik ke Sydney. Sambil return barang sewa. Lewat malam jugak la sampai Sydney.

Berhenti kat mana entah ni isi minyak dengan pergi toilet. Besar betul sheep tu.

Ok itu ajeeee lah.

One day trip to Perisher.

Bye!