Saturday, December 29, 2018

Europe Trip: 5 Hours Hallstatt Tour

Assalamualaikum!

Previous post:-


5 May 2017

Petang tu jam 2, kami ada Hallstatt Tour dengan Edelweiss Tours. Trip ni 5 jam saje sampai 7 malam. Harga €400. Jumpa tour guide kat Salzburg Train Station je senang. 

Biasalah kalau dah tour tu, lagi-lagi untuk kami berenam ni saje, tak campur dengan orang lain kan. Mulaa laaa nak ngantuk dalam kereta. Encik Tour tu dok bercakap pung pang2, aku ni tahan la mata. Ain jangan cakap lah, tidur terus. Sampai Encik Tour tu perli2 dia. Kahkah.

But still, it was enjoyable. Pada masa tu, banyak info la dia bagitau. Tapi sekarang hakak dah tak ingatttt!!! 

Menuju ke Hallstatt Village

Stop by kat Lake Wolfgang. 

Cantik sangat atas ni.

Kami berenam menutup tong sampah dibelakang sebenarnya. Hahaha.

Teruskan perjalanan.
Suka tengok rumah dengan barn dorang kat sana.

Ni pulak ada dahan pokok yang takde daun, diganti dengan periuk belanga.

Lepas tu, Encik Tour dia bawa kami pusing satu kampung kecik ni. Cantik tauuuu.. Ni je gambar ada. Haha.

Lama sikit tu, dah sampai la kami. Around jam 3.30pm kot sampai.

Cuaca mendung.... 

Tibe hujan! Terus zas keluarkan baju hujan.

Nasib sekejap aje tau hujannya.

Dapatla view keliling kabus.
Teruja kita.

Kawasan berbukit sini. Depan ada Tasik Hallstatt.

Tasik besar ni

View memang cantik. Bersih pulak tu.

Kedai macam2 jenis, restoran pun banyak je sini..

Love..

Rumah cantik pandang view tasik

Ada yang nak pergi time winter???

Ni lorong kecik ni, siap ada kereta nak lalu jugak ehhhh..


Up la gambo satu.
Nice kan bangunan belakang tu

Hallstatt Lutheran Church

End of the walk. Takde dah nak jalan. Sampai sini je kami.
Tak pasti kalau boleh terus lagi sebab macam kawasan hotel kan.

Minta orang tangkapkan gambar

Swan yang famous kat sini. Ramai plak orang dok amik gambar dia.

Kedai jual sabun

Salt macam2 packaging

Souvenirs

Sebenarnya kami lapar tau. Singgah la restoran jual fish n chip. Tapi waiting time lama. Tahan la perut sekejap. Rasa macam tak makan dah lepas tu.

Hallstatt ni tempat orang lombong garam.
Dulu2, orang kampung Hallstatt ni kaya raya uols.
Ada jugak tour masuk world's first salt mine kat sini.
Kalau nampak kat gambar ni ada rail. Aku fikir nak bawak turun garam lah kot.


Lalu tunnel ni nak sampai Hallstatt..

Ok langit dan cerah sikit

Motif la amik gambar ni, pastu nak masukkan jugak

Ni macam hostel je area sini

Jam 5.30pm tu, Encik Tour dah tunggu kitorang. Balik dia ikut jalan lain. Kiri kanan dia cantik betul tauuuu.

Menghijau aje.
Area sini banyak sarang lebah, dorang bela. Tiap rumah ada.
Bela ke namanya??? Kompius aku.

Macam NZ dah haaa.

Tu nama tempat la tu 

Singgah dekat Mirror Lake.

Anak beranak itik

Mirror Lake. Tak minta bawa pun dia bawa.
Puas hati dengan tour ni..

Dah area Salzburg.
Salzburg Horse Wash Wall and Horse Pond
Tempat ni dulu area untuk mandikan dan groom kan kuda rupanyaaa...

Cantik warna bangunan sini

Haa ni pagi lalu sini..

Jumpa pun gunung ni.
Masa awal pagi tu, nampak macam kelibat gunung tapi covered with awan dan kabus. So tak nampak. Petang sikit dapat tengok kemain zoom kan. Hahah

Banyak gambar je lah. Nak cerita apa pun tak berapa ingat sebab cerita 1 tahun setengah lalu. :D

Okbye!

Sunday, November 4, 2018

Europe Trip: Salzburg, Austria

Assalamualaikum!

Previous post:-


5 May 2017

Menuju ke destinasi seterusnya.... Masih di Austria.... 

Salzburg!

Ok dari Vienna Cityflats Favorita kami stay tu, kami terus gerak ke metro station untuk ke Wien Hauptbahnhof. Pakai tiket 24 Jam tu aje nak naik train yang beli sehari sebelum tu. Jimat.

Dari Vienna ke Salzburg, kami naik train juga. Beli tiket dekat OBB ye. Lepas tu print saje tiket tersebut dan bawa naik train. Harga €19 per person.

Sebelum naik train, kita beli kopi sat. Kedai dalam train station jugak, namanya Anker.

Drink coffee, when you are in Vienna.
Kat German pun sama sedap gilo kopi.

Train yang kami naik. 
Railjet 160.
7.30 am sampai Salzburg dalam 9.52 am.
Dalam ni pun ada WiFi. 

Sampai kat Salzburg Train Station, Wawa stay kat situ, dia tak join kami. Jadinya, kitorang letak luggage kat station tu aje. Info HERE on locker.

Lepas say bye-bye kat Wawa, kami pun bergerak pusing bandar Salzburg sajo sampai tengah hari. Jalan kaki aje.

Sekitar bandar Salzburg.
Pokok takdak semua kena tebang dah kot.
Hari pun mendung aje..

Antara sightseeing nye, pergi Schloss Mirabell dan Mirabellgarten. Gitu namaaaa hah. Tempat ni lah one of the shooting places movie The Sound of Music. Tengok ke tidak cerita tu? Aku tengok sikit je kot dulu2 sambil nyanyi2. ;D

Info on Mirabell. Link aku bagi tu ada opening hours, admission bagai. Sila baca jangan malas kalau nak pi sini.

Mirabellgarten.
Besar jugak taman ni.

Kiri tu Schloss Mirabell. Nama senangnya Mirabell Palace.
Sekarang tempat tu jadi wedding halls.
Katanya one of the most beautiful wedding halls in the world. 
Tapi kami tak masuk la, ada event haritu.

Pegasus Fountain

Walaupun bunga tak berkembang mekar, tapi ok juga lah.

Ada laluan cenggini

Ada pokok gini sambil tu kita pose.

Tulips

Statue

Grand Fountain

From far

Dengan bunga cantik.

Bersama pokok yang daunnya tak berapa ado

Nice sini. Boleh pergi amik gambar.

Ok dah jum gerak.

Apakah itu dikejauhan?

Hohensalzburg Fortress.
Nak pi sini pun bulih.

Tengok bandar..

Jalan-jalan sampai jumpa sungai panjang ni haa...
Google cakap nama nya Salzach River.
Nampak la castle dari sini.
Lepas hujan pulak tu. Ada la kabus2.
Kami cross to the other side.

Cantik view sini

Love Lock Bridge atau Makartsteg Footbridge

Bangunan warna pastel pula tu.

Jalan-jalan jumpa kedai souvenir. Bukan orang Salzburg jual. Macam Chinese yang dah lama dok sana je. Nasib paham  omputih. Selepas shopping serba sedikit, aku tanya la, orang sini suka makan apa?

Dia cakap la bahasa sana. Tak faham. Pastu beriye dia tunjuk gambar.

Wow. A desert!
Dia cakap, "You must try!"

Kebetulan ada bakery deret kedai dia. Dia cadang pi situ. 

Apfelstrudel, nama diberi.
Macam Apple Pie?
Not bad la. Rasa epal?
Haha.

Tapi ada member cakap, dia pi Austria jugak. Apple Strudel dia memang torbaik. Biasa makan dengan sauce dia. Sauce tu yang sedap. Cuma sauce tu ada letak wine or something. Can request to exclude it la.

Ada banyak roti sini. Tapi kami beli tu ja. Share 6 orang. Hahaha.

Nama bakery

Area sini jugak, ada kedai kopi, souvenir (tak banyak sangat) dan Billa! Billa tu grocery store lah. Murah tau Billa ni. Berjaya beli kopi harga €0.99!  :) Gambar area sini tak ada pulak. Maybe sebab hujan. Malas pegang camera la tu. 

Ok moh berjalan pulang ke Train Station semula.

Sejuk oo time ni.
Mencari toilet.

A church.

Coffee shop

Tak naik plak public transport kat sini.
Save budget sambil kuruskan badan sekali.

Sebelum sampai train station, ada jumpa kedai kebab. Heaven betul jumpa kedai halal. Makan la sekejap. Tak ingat makan apa. Tapi share dengan Ain juga. €9 lebih kurang one portion.

Dah sampai Salzburg Hauptbahnhof!
Sini ada banyak tram dan bus. Sila hati2.

Haa ni la kedai kopi Anker tu.

Jam 2 petang, kami ada tour. Pickup dekat Train Station.

Ok nanti sambung!