Friday, August 11, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu - Tawau - Semporna - Mabul Backpackers

Assalamualaikum!

Previous post:-


4 Mac 2016

Bangun pagi untuk check-out! 6.30 lagi dah breakfast kat Restoran Taufik bawah Hotel Legent. Bakso Daging RM 6. Bihun Sup Daging RM 5. 

Jam 7 pagi, kami gerak ke Kota Kinabalu International Airport. 15 minit sampai dah. Kami return kereta sewa dan bayar saman RM 100 kat dia. So that dia setelkan je.


Terus menuju ke gate departure within Sabah. Ada orang AA nampak sekumpulan remaja yang bawak bagpack macam kitorang ni ha. Kena tahan. Nasib la dia tak perasan kot bag aku besar jugak. Tapi maybe dorang lagi besar la kot. Kuss semangat dah time tu. 

Haritu kat Kundasang, tak nampak langsung kelibat Gunung Kinabalu kan. Tapi masa naik flight ke Tawau..... Aku dapat tengok niiiiii... Seat belah kiri. 

Excited wehhhhh!! Gunung Kinabalu dari awan... Rezeki2.. :)

55 minit perjalanan, maka kami pun sampai kat Lapangan Terbang Tawau.

Hello

Keluar airport je, dah ramai orang cari customer. Mostly untuk ke Semporna. Tak pasti range harga dorang. Tapi, kami dah booked siap-siap dengan orang Pakej Mabul kami. Dia suruh contact Encik Rosman untuk minivan ke Semporna. RM 25 seorang. Minivan dalam 7-8 orang muat. 

1 jam perjalanan ke Semporna. Laju gila dia bawak. Hahaha. Condition jalan macam jalan kampung. Mula-mula jalan berturap. Dah halfway tu... tanah merah batu-batu. Tak siap lagi la kot. 

Encik Rosman ni turunkan kami kat Tun Sakaran Marine Centre. Kami pun cari la Mabul Backpackers

Cantik area sini. Kayu-kayu bangunannya. Atas air lagi..

Dah jumpa!

Pakej Mabul kami, RM 350 per person untuk basic sahaja. Hostel, makan, snorkeling trip 1 kali & gear untuk 3 hari 2 malam. 

Kat situ kami bayar balance duit (deposit dah bayar sebelum ke Sabah). Dalam pukul 1 datang balik naik bot ke Mabul.

So kami lunch kejap area Semporna.

Jemur ikan buat ikan masin kah?

Makan nasi campur RM 6. Standard price macam Semenanjung or KK la. Beli biskut dengan roti sikit buat bekalan. Lepastu dok la melangut kat Mabul Backpackers tu sampai 1.30 petang baru naik bot. 

Jeti Awam

Bye Semporna see youuuu

Letsgo Mabul!

Perjalanan 1 jam. Ada kami bertiga, sorang mat england, makcik dengan anaknya dari Melaka join sekali naik bot. Jauhnya rasa perjalanan. Tah mana-mana pergi rasanya.

Ok dah sampai kat area Mabul

Kitorang teruja tengok air laut yang bersih dan biruuu. 

Sampai, kami check-in dulu. Dikenalkan oleh orang-orang hostel ni. Semua baik-baik. 

Ni haaa Mabul Backpackers belah Mabul.. Hostel belah belakang tu, but shared toilet. Private Room belah kanan. Ada extension sikit. 

Bilik untuk kami bertiga! Cukup untuk tidur.

Landak laut bersepah depan ni... Tapi dalam tau air ni. 

Lepas tu kami bantai tidoq ngantuk gila oi. Pukul 4 bangun minum-minum kejap then pukul 5 dah keluar berjalan kat area Mabul Sipadan Resort dengan Mabul Bungalow Water Chalet yang sumpah cantik!! Harga RM 2000-RM 6000 per night. Hehehe. Bila aku nak mampu kesini niiiii???

Pokok kelapak

Pasir cantik sangat sini. Putih jeee...

Lalu sini untuk ke Bungalow Chalet

Lalu jambatan ni. Hujung tu Chalet cun melecun

Ada signboard tulis, gate ke Chalet ni tutup jam 7 kot. Kitorang punyala macam rushing takut kang tido atas jambatan ni pulakkk...

Cantik kannn...

Jambatan ke Bungalow Water Chalet

Dah sampai area Bungalow Water Chalet. Sini sunyi je. Maybe tak ramai orang.. 

Cantik nya.. dah lah laut biru...

Orang sini bagi je pelawat datang sini jalan-jalan... Yang pasti, jangan buat bising..


Jalan lagi dan lagi sampai hujung...

Lepas tu kan, kami patah balik tau. Yela jalan sendiri selamba je. Rupanya memang orang Mabul Backpackers tu plan bawa kami kesini pukul 6 petang macam tu. Haha. Sebab jumpa Kak Salmah (yang Melaka tu) dengan anaknya dengan orang Mabul tu la. Akak tu cakap dorang tunggu jugak kitorang tapi tak muncul2. Rupanya dah jalan dulu. Hehe.

So kami jalan balikkkk sampai hujung. Gigih takkk. Hehe. Orang Mabul tu nama Arsi.

Rina amik shot ni. 

Angin kuat gila sini.. Boleh terbang masuk laut sekali okeh.

Dua warna beza tengah laut...

Cantik sangat. Macam Maldives (walaupun tak pernah ke sana hahaha). Dah Maghrib, kampi balik ke hostel. Lepak ja tunggu makanan. Plug ada dua je boleh pakai. Kat luar je. Gilir-gilir kitorang mengecaj. Lauk masak lomak ok malam tu.

Lepas makan menepek kat luar. Duduk kat hammock sambil tengok langit & bintang.

Senja kat Mabul Backpackers.. Rinduuuuuuu lahhh!

Ok itu jeee. Bye!

Sunday, August 6, 2017

Europe 2017: Souq Al-Waqif, Doha

Assalamualaikum!

Previous post:-


29 April 2017

Dalam 3 petang macam tu, kami gerak ke Souq Al-Waqif. Ni kira macam pasar la. Ada tempat shopping & tempat makan.. Dekat je dekat La Villa Hotel tu. Walking distance..

Grand Hamad Street 

Haa ni dah sampai.. Bangunan sini semua putih atau warna tanah jee..

Bersih sangat sini. Orang pun tak ramai lagi. Kami pun pelik sebab hari Sabtu. Dan mungkin kedai banyak buka malam.

Gambar satu. Bangunan sini menarik jugak..

Dalam lorong belah kanan tu, ada kedai-kedai jual baju tradisional, aksesori, jubah, rempah, macam-macam lah. Kain saree ada jual jugak. 

Mana pi semua ni...

Depan ni ada kedai jual souvenir. Boleh la usha-usha. FM dalam 10 QAR, ikut size

Jalan dan jalan

Masjid pun ada..

Coffee Bean uoolss. Tepi tu ATM kot.

Baru nampak Pak Arab haaaaaaaaa....

Then kami lunch kat Tajeen Restaurant. Moroccon Style. 

Kambing, nasi beriani dengan ayam. Share je semua. 
Set ni dalam 25 Riyal sorang.

Jalan lagi. Banyak kedai tak buka. So jalan mana ada je la.

Tshirt pun ada..

Pak Arab lagi

Petang sikit baru ramai area sini.... Ni pun kat orang dok jual burung, arnab, hamster bagai semua tu.

Belah luar Souq Al-Waqif. Bawah ni parking lots..


Qatar Islamic Culture Centre 

Souq Al-Waqif

Pak Arab nak laluuuuu!

Sini kan bila nak lintas jalan. Nak tunggu lampu jadi merah. Ya ampunnnnnn. Lama gilaaaaaa. Kereta tak putus-putus ok. 2-3 kali jugak tunggu kat traffic light nak lintas sebelah simpang satu lagi.

Lepas tu kami pergi Corniche. Area pantai la kiranya. Overlooking The Pearl Qatar. 

Dok sini tengok bangunan hujung tu jeee. Tengok orang jetski kat sini. 

Patah balik ke Souq Waqif....

Waktu malam... Orang dah start ramai

Spices!

Souq Waqif at night

Masuk satu kedai ni.. Cantiknyaaa pinggannn. 65 QAR rasanya 

Lampu sini pun sama cun-cun.. 

Suruh Kak Ien beli. Tapi camne nak bawak tu. Hehe..

Setel tu, kami pun dah letih. Jalan kaki balik La Villa Hotel. Tidoqqqq. Jetlag kejap. Esok pagi pukul 3 dah nak bangun oi. 

Bye!