Thursday, June 29, 2017

Sabah Trip: Kota Kinabalu - Jesselton Point & Makan di Pantai Tanjung Aru

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya!

Previous post:-


Moh ler update belog yang dah berhabuk ni.

2 Mac 2016

Dari Jambatan Tamparuli, kami teruskan perjalanan ke Kota Kinabalu. Panas ting-ting laaa kat KK nun...

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Menunjukkan angin tiup kencang

 Jam baru 5 petang, so kami pergi Jesselton Point dulu nak booking aktiviti pada keesokkan harinya. 

Gini haa pintu gerbang Jesselton Point

Masuk satu bangunan ni, ada lambakan kaunter yang offer aktiviti di pulau-pulau cantik kat Sabah ni hah. 

So kami pergi ke kaunter nombor 10 tu.
Nampak abam baju merah pakai cap tu? Pening kepala dia layan kerenah kami. Hahaha. Tapi dia chill jer.

Korang decide nak pergi berapa pulau. Macam kami pilih 3 pulau - Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik. Ni kira yang orang selalu pergi la kan?

Range harga dia bagi 3 pulau boat transfer RM 45. Snorkeling gear RM 20, Parasailing RM 100 & Terminal Fee RM 4. Total RM 169. Fisha nego dan nego dan nego. Jadi total seorang RM 113 ja bayar. Ohsem negotiation la Fisha! Kui3. 

Setel booking, kami check-in kat Hotel Legent. Hotel bajet, bilik bertiga RM 150 untuk 2 malam. Lokasi ok jugak la. Dekat dengan Shell kot nak isi minyak kereta sewa. Bawah hotel ada kedai makan muslim. Gambar bilik tak amik. Sila tengok link.

Mandi bagai apa semua, kami keluar makan kat area Pantai Tanjung Aru. Katanya ramai orang makan kat sini. Terjah jeee..

Sini macam food court yang banyak gila kedai berpuluh-puluh okkkk! Pening nak pilih wehhhh.

Ni je mampu amik gambo. Camni la gerainya.

Kami makan ketam cili, butterprawn milk, sotong tepung, sayur kailan ikan masin, tembikai, kepak ayam 6 ketul. Total RM 97 untuk 3 orang makan. Not bad laaa... Pastu ngantukkkkk masing-masing.  

Kailan

Sotong Tepung

Makanan lain..

Masa nak balik tu.... kereta sewa kena saman weh dengan polis. Menghalang lalu lintas katanya. Memang la parking tepi jalan, Tapi banyak kot kereta sepanjang tepi jalan tu. Takde kena saman pun? Kitorang je kena. Pelik. Pukul 8 malam lak tu samannyer. 

Mencari pulak balai polis di malam hari. Spoil mood betul. Dia cakap 24 jam operasi saman. RM 100 tau uols. Macam tu je terbang duit. Rasa makanan tadi kena muntah balik. Haha. Tapi tak boleh bayar saman malam tu, kaunter bayaran dah tutup. So kena gi UTC plak. Eh koser nak gi sana. -__-.

Kalau korang kena saman, korang buat apa ha?

Then balik bilik je. Tidoq.

Friday, June 16, 2017

Europe Trip 2017

Assalamualaikum!!

Baru berkesempatan setelah menyepikan diri....

Tapi up gambar dulu laa...

Nak tunggu update belog entahla bila.... :)

Flower Garden
 
Alhamdulillah, diberi kesempatan melawat Eropah akhir April itu hari. Unexpected sebenarnya sebab plan nak ke tempat lain kat Eropah pada awalnya. Bila ada orang ajak, aku berfikir jugak dulu nak pergi ke tak nak. Tapi fikir lagi dan lagi, bila lagi aku nak ke sana kan....
 
Jadi sampailah aku ke bumi Eropah.
 
Gambar ni semua kat Keukenhof, Netherlands. 


Lavender la kot ni
 
Cantik sangat bunga semua..
 
 Tulips gemok!!!


Macam-macam warna ada..
 
 
Trip kali ni kami pusing dari KL - Doha - Netherlands - Prague - Vienna - Munich - Paris - London - Edinburgh - Amsterdam - Doha - KL.
 
Nanti ada masa aku update lah.
 
Sekarang dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, tak terlambat lagi nak ucap Selamat Berpuasa kan!
 
Dan Selamat Hari Raya semua!
 
Bye!