Saturday, January 7, 2017

Road Trip New Zealand - Australia: From Christchurch to Melbourne

Assalamualaikum. Selamat tahun baru 2017!

Azam nak habiskan segala bagai entry tak sempat habis tahun lepas. 𝩀

Previous entry:-


4 September 2015

Kami naik Jetstar dari Christchurch ke Melbourne jam 8.30 malam. So pukul 6 petang dah ready untuk check-in flight apa semua. Tak nak lewat takut banyak hal dengan bin/binti macam flight Melbourne - Christchurch itu hari. 

Lagipun, Fid sorang aje nak check-in bag. 

Khal & Azfar tunggu kat belakang hujung sana jaga bag yang lain-lain. The four of us tolong check-in sekejap. Takde masalah dengan bin/binti masa ni. Tapi masalah tang lain...

Bila orang kaunter tu tanya mana kawan lagi dua orang dan dia suruh panggil kawan tu sekali join kat kaunter. And bring the trolley with bags together sebab dia kata "Dont leave your bags behind". Ada betul la kata dia kan. Aku memang tak terfikir apa pun time ni.

Tiba-tiba dia suruh timbang semua bag yang kami bawak. Ada 2 trolley macam tu. Kat cabin kan hanya boleh bawa 7 kg bag aje. Kitorang dah.... Alamakkkk!

Menggelabah la dah tau akan exceed punya. 7 kg x 6 orang, suppose to be 42 kg lah. Timbang punya timbang.... Terlebih berat tak ingat berapa kilo. Itu pun lepas kitorang dah keluarkan makanan siap buang apa patut, jacket semua dah pakai. 

Dan korang semua tau, kalau ada excess baggage ni, mesti ada extra cost. 

Masa ni tak tau nak gelak ke nak sedih sebab sedar salah sendiri. Selalu bawak bagpack rilek je naik flight, kali ni tak lepas laa pulakkkk.... Ni semua sebab ahkak kaunter kerek tuuuu! Arghhh!!!! (Ok salahkan diaaaaa hahah).

Tau tak berapa kami kena bayar for the excess baggage???!

NZD 480! Iaitu bersamaan RM 1,292. Kahkahkah. Sekarang ni bila teringat boleh la aku nak ketawa. 

Nasib bahagi 5 orang. Sorang bayar hangus RM 260 jugak la balik Malaysia. Boleh beli 1 flight tiket tu. 

Kami pun swipe la CC dengan jayanya dekat ahkak kaunter Jetstar. -_____-.

Ingat kan check-in awal selamat bin/binti rupanya.... Sama dengan je 1 jam jugak kat situ. Tapape.

So dengan bersedih hati... Kami pun gerak la menuju ke gate. Masa ni semua orang down. Down gila. Bukan nak marah apa, sebab memang salah kami pun. 

Tapi tu lah kan, bila teringat balik tu.. Pengalaman betul la mengajar kita. Kalau trip jauh-jauh nak kena naik flight lain lepas ni memang rembat sekali luggage laa. 

Kitorang selamat tiba kat Melbourne Tullamarine Airport jam 10.15 malam waktu sana. Hampir 4 jam jugak flight. 

Dah. Penat cerita pasal luggage.

Next entry akan cerita hostel kami kat Melbourne. 

Bye!