Saturday, June 27, 2015

Overland Thailand: Kanchanaburi - Hellfire Pass, Death Railway & River Kwai Bridge

Assalamualaikum!

Akibat sibuk manjang belog ni pun tak update haa 3 minggu ado.

Previous entry:-


28 August 2014

Balik dari Erawan Waterfalls, kami ke Hellfire Pass Museum. Sebelum tu aku nak cerita sikit pasal Hellfire Pass ni. Ia adalah railway cutting atau proses memecahkan batu, bukit atau gunung untuk membuat jalan. So dalam kes ni, untuk buat railway keretapi Thai-Burma. Dibina masa zaman perang dunia kedua oleh Prisoners of War (POW) dari Australia, British dan ada juga dari Tanah Melayu pada ketika itu okkk! Kerja 18 jam sehari, only few mechanical tools available. Kebanyakannya guna tap & tukul besi sahaja untuk memecahkan batu tinggi kemain. Datang muzium ni baru lah tahu sejarah oi.

Nama dipanggil Hellfire Pass sebabnya nak menunjukkan pada waktu malam, dengan berbekalkan lampu minyak tanah & api untuk buat kerja, kawasan malap dengan bayang2 pekerja & guard pada masa tu. Katanya resemble a scene from Hell. Huuu.

Dalam muzium of course ada cerita sejarah, gambar, video tentang Hellfire Pass ni.

Scenery luar muzium. So breathtaking.. 

Map kawasan Hellfire Pass

Nak ke Hellfire Pass kena lalu tangga tinggi-tinggi ni haa. Ape ada hal. Hoh.

View cantik. Dikelilingi buluh.


Around 300 meter to Hellfire Pass

Tu tour guide kami. Toi.
Kayu kat jalan tu is the railbed. Approaching the Hellfire Pass. 

Hellfire Pass.
Difficult section to build. 
Panjang aku tak pasti. 

Nampak tak ketinggian batu tu untuk dipecahkan? 
Pekerja makan nasi dengan sayur masin sahaja ok. 

End of the Hellfire Pass.
Kat sini dulu memang ada railway menuju ke Burma.

Mata drill yang dah patah

Memorial

Ramai yang mati masa kat sini. Disebabkan penyakit dan ada juga yang mati sebab kena punishment from the Japanese. Harsh work back then. Kami jalan sampai memorial ni aje, then patah balik naik tangga ke Muzium.


Kat sini just nak merasa naik train atas track Thai-Burma ni haa. Dan tengok view train. Hehe.

Menuju ke stesen keretapi!

Area menunggu train.


Tham Kasae Station.


Tham Kasae ni nama gua sebenarnya. Dalam gua ni ada patung Buddha.

Ni area gua. Hujan renyai masa ni haaaa.

Kami pun tunggu train. Banyak anjing area sini..

 Third class train. Klasik sangatttt! 
Kami turun 1 stesen aje. Kat Lumsum tu.

Ni la bamboo house tuuu. Ada je tour yang bagi pakej duduk sini sambil naik bamboo raft gituuuu.

Walaupun hujan, acara wajib atas train ni adalah mengeluarkan kepala dan snap gambar!

Kacau je tangan tu. Hehe.
Sungai tu namanya Kwai River.

Dalam train. Open window.

Turun train je kat Lumsum Station (dalam 30 minit perjalanan) terus naik minivan ke last stop kami iaitu River Kwai Bridge.


Jambatan ni pun one of the part of the Death Railway. 1 tahun amik masa nak buat bridge ni. Dan ramai juga yang mati semasa pembinaan. Pernah dibom dan sebahagian bridge ni hancur. 

Cantik kan? Masih digunakan sampai sekarang bridge ni untuk laluan keretapi.

Terima kasih payungkan!

Four of us. Hehe.

Area River Kwai Bridge ni ada banyak jewelry shops. Boleh la nak beli kalau nakkkk.

So end of our tour, kami gerak semula ke Tour Office semula. Kami tempah minivan kat tour ni jugak untuk balik ke Bangkok. 200 Baht per person. 6.30 pm baru minivan gerak. Lama jugak la perjalanan. 9 pm baru sampai Victory Monument. Tidur je la dalam minivan tu. 

Konon-konon nak dinner malam tu, tapi disebabkan tak tau kedai tu buka atau tak, hari pun dah lewat, kami pun penat gilo akhirnya balik lah ke apartment...  Naik teksi jeeee dari Victory Monument tu.. 80 Baht per teksi pun. Koser naik BTS yang lagi mahal tu. Hahah. 

Balik bilik, makan maggi, tidoqqqq.

Banyak lagi nak menulis ni haa. Tak tau lah bila boleh  habis trip ni.. Adeh.

Bye!