Friday, August 9, 2013

HariRaya 2013!

Assalamualaikum!

Apa beza raya tahun ni dengan raya tahun-tahun lepas?

Instagram!

Trend sekarang ni, lagi-lagi dah ada InstaVideo kan. Dimana-mana pun orang upload gambar dan video. Terasa dekat dihati gituuuuu... So dapat la tengok kawan-kawan, mahupun artis menggayakan baju mereka. Wah, nampak sangat follow artis tau. Haha.

Makanan pun toksah cakap, macam-macam makanan aku tengok. Rendang, nasi impit, kuah kacang, kek lapis, biskut raya, kerepek raya bagai.

Walau apa pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin, maafkan diri ini jika ada tulisan yang membuat hati anda terluka. Terover ke apa semua ye.


Ni kat Kampung Subang.

Thursday, August 1, 2013

Berbuka puasa di Steamboat Pak Usu, Shah Alam

Assalamualaikum!

Lama gila kot tak cerita pasal makanan. Amik gambar ada laa... Aku tak menyempat la nak upload bagai kat blog ni. Sibuk KATANYA. haha.

Bulan ramadhan nak habis dah.. Tinggal beberapa hari saja lagi kita nak menyambut Hari Raya. Macam mana amalan kita di bulan ramadhan kali ni? Ada masa lagi nak topup pahala. Mari-mari! :)

Okeh, minggu lepas berkesempatan dating dengan rakan se-Universiti, sekelas, se-coursemate. Walaupun kami bertiga je. Heh. Lokasi kali ini dekat Steamboat Pak Usu, Shah Alam. Berhampiran Stadium Shah Alam.

Dapat tahu restoran ni daripada member ofis. Tu nak cuba tu. Setelah Google berkali-kali, harga seorang dewasa RM25 (bulan-bulan biasa) makan sampai pengsan. Tapi, kalau bulan ramadhan ni harga sekepala RM32 untuk dewasa. Dah tambah beberapa jenis hidangan, sebab tu naik harga.

Sebelum berbuka.. Menunggu waktu.

Aku booking dalam tengah hari kat Pn Normah tu. Masih kosong lagi, ok la kan? Lepas balik kerja, aku terus ke sana dan sampai around 7 petang. Time tu awal lagi. Takde sape amik makanan. Dalam 7.15 pm dah berpusu-pusu orang amik itu ini. Style makan kat sini, steamboat akan dihidangkan dua jenis kuah, tomyam & sup. Mana-mana korang rasa nak bubuh dalam sup bagai tu, haa amik la. Tapi jangan la masuk daging marinate dalam tu. Macam pelik pulak. Grill pun ada. Tapi korang tak payah susah-susah bakar sendiri. Pekerja dia ada untuk grill kan. Bagus la tu, aku memang maleh pun nak bakar2 ni. :) Cuma ingat la mana satu yang korang pilih tu. Karang ada yang terlupa. Minta daging, dapat udang. Tapi sedap juga tu. Haha.

Sini pun ada bilik solat untuk kemudahan sesiapa yang nak solat. 


Hanya tinggal saki-baki.

Belakang member aku ni la tempat grill daging, kambing bagai.



Makan sini sedap jugak dan yang penting banyak pilihan! Pekerja akan sentiasa topup makanan, jangan risau. Masa berbuka haritu, ada nasi putih dan lauk-pauk, laksa, bubur, kuih muih, ice cream, air panas, air sejuk, air masak. Haa tengok aku sebut semua. 

Jangan lupa, dah tau makan buffet, jangan nak membazir ye! 500 g = RM15. Heh.

Datang la sini kalau agak-agak nak makan Steamboat!


Details:

Nama - Pn Normah
Tel - 012-659 1712
Alamat - No.87, Jalan Snuker 13/28,
Tadisma Business Park,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor.



[++ So Good ++]