Thursday, July 29, 2010

Tiket MTV

Bukak Twitter melalui Echofon, @nightflight958 retweet @WGyubin sudah sampai Malaysia.



Weyh aku jeles tau sapa2 dapat tiket MTV
WorldStage tu. Tak nak bagi aku kee?

Gila susah nak dapatkan lebah dengan le
laki hitam kat website MTV World Stage tuh. Chis. Dari kat Korea aku berusaha. Dah la tak dapat tengok konsert dorang kat Korea ritu. Gila sedih.

Aku bukanlah die-hard-fan Wonder Girls mahupun Katy Perry mahupun Tokio Hotel. Tapi, kalo dapat tiket free sapa tak nak pergi wey!! Nak menyanyi sambil berkaroke sebijik time kat Korea ritu eventhough aku rasa Wonder Girls akan nyanyi versi English. Versi Korea lagi sedap ok. huhu.


Ok la takpe. Aku tonton kat youtube je nanti. Sadisnya.


kata pendek: Kalau FLY FM baca entry ni dorang nak bagi tiket free tak aku? Eheheh. ^^



[++ So Good ++]

Tuesday, July 27, 2010

Begitu sibuk ye sekarang.

Tengok kawan2 pon tak ber update.

Tapi aku suka sesuatu lah. ^^

Di twitter segala2 nya ado. Yang takde twitter gi buat kot. Aku lagi banyak update tentang diri di situ dr FB.

Oh adakah FB makin bosan? No. Belum lagi. Tp twitter lagi menarik.

Betol tak? Hehe.



[++ So Good ++]

Thursday, July 22, 2010

Lapar kah?

Korang pernah tak rasa macam nak nangis sebab lapar gila?

Aku sedang mengalaminya.

Pastu kawan2 cakap jangan makan nasi. Makan biskut je. Chis.

sobsob.

Jumla belanja ai makan. Nak nasi.




[++ So Good ++]

Saturday, July 17, 2010

Jeju-do [Hari ke-3]

Okai mari sambung hari seterusnya kat Jeju-do.

Kitorang check out dari motel pagi2 sebab nak berjalan2. Letak la barang dan beg2 kat e-mart (ala2 Giant gitu).
Pastu naik bas terus pergi Mojonggol. Yeke tu nama dia? Ye kot.

Destinasi pertama kami: Maze Park!

Bas berhentikan kami di tengah2 jalan dengan signboard besar Welcome to Mojonggol Cave. Tanpa hala yang kurang betul, kitorg masuk je la simpang satu ni. Tanya orang tepi jalan, kitorang harus berjalan kaki. OK, berjalan kaki ye kawan2. Kilometernya sebanyak 5. Hoi jauh kot tuu. T_T. Dengan begitu kental okai. Dan panas membara2 pada ketika itu, ku harungi jua. Eceh.


Kawan2 dihadapan.


Gila ke amik gambar tengah jalan?


Ni je satu2 nya gambar ada muka aku untuk blog kali ini. Terima kasih. Sigh~


Dah sampai!! Berpeluh2 tau.
Orang kaunter tiket bagi murah kat kitorang half price sebab kami jalan kaki. Bahaha. Hebat kan?
Tengok map Maze Park nya. Mencabar? Mari cuba!


Dalam nya. Cari dan cari jalan keluar. Kena pantas ye sebab kejar masa.
Sesat beberapa kali sebab tour guide salah jalan. Chis.


View dari atas! Cantik wey.

Lagi view

Oh ye, time ni dah sampai. Bpe minit tah dalam ni. Huhu.

Destinasi kedua kami: Monjonggol Cave.
Jalan kaki jugak ni wey. Atas sikit dari Maze Park. Haduyai. Kental kau!

Kekasih hati amik gambar. Ooops. Kontroversi statement tersebut nanti. Haha.


Kawan2


Ni la tempatnya. Jum tengok apa ada dalam!


Turun tangga dulu ye. Sejuk dalam ni. Disebabkan air menitik2 dari dalam gua ni, dorang pakai baju hujan. Ada juga bawa payung ye. Dalam cave bawak payung? Err. Layannns~


Huhu. Mencabar tau jalan nya. Penuh onak duri. Amboi.


Apekah? Tak tahu.


Kajaaaaaaaaaaaa!!! (Lets go!)


Ape tah nama ni err.


Kasut ku pakai masuk dalam gua. Memang gila. Kasut masih cun time ni. Mari tengok kesudahannya nanti.


Mereka lagi.


Turtle rock!
Macam turtle tak? Xpon.


Perhatian: Masuk gua jangan pakai sandal cun2 macam ni ok. Kan dah terputus. Tapi aku dah hantar cobbler betulkan. ^^


Dah setel masuk gua, kena patah balik tau ikot jalan sama. Adei. Panjang lak tu cave nya. Kurus sekejap.

Keluar, hujan renyai2 membasahi bandar Jeju. Nak kejar masa check-in flight balik Busan time ni. Amik taxi sampai lah ke airport Jeju. Penatttttttttt.


Sampai! Amik gambar dulu. ~ ^^


Besar? Taklah sangat.

Aku suka semua airport kat Korea sebab ada internet zone. Leh bermain internet secara seronok di Korea. ^^

Habis sudah ekspedisi ke Jeju-do. Korang honeymoon mai lah sana. Best woo. Tapi ingat, ikot tour lah senang. Hehe.

Esoknya kami ke Seoul pulak. Beli cenderamata la ape lagi. Banyak habis duit. Hutang tak bayar lagi. Huhu.

Ok kawan2. Nak gi kenduri jap lagi ni. Till then lah er. Pasni ada lagi ke tak entry dari Korea. sobsob.



kata pendek: I miss Korea so much lah!!!

[++ So Good ++]

Thursday, July 15, 2010

Oh lupa!

Ye la aku tahu la aku lupa nak update pasal Jeju-do hari ketiga.

Nantila wey. Bagi aku hilangkan ke-stresssan dalam diri ye.

Banyak benda bermain dalam fikiran.

Ok.

Aku janji aku update.

Sekarang mood aku nak makan aje.





[++ So Good ++]

Friday, July 9, 2010

Teruskan perjuangan.

Salam.

Hari ni dah seminggu aku kat rumah.
Lenggang kangkung tak buat apa2 melainkan kerja2 yang kurang faedah.
Yela, kata nak ready mental sebelum masuk kelas minggu depan.

Boring kau kat rumah. Kereta takde kot. Aktiviti tergendala seminggu. Heh. Ni semua sebab akak aku bawak kereta pergi kerja maka aku pon xboleh pergi kelas minggu ni. Bahaha. (padehal mmg xmau g pon). Sungguh aku tak sabar nak jumpa member2 kat Shah Alam. Hari Isnin pagi dah ada appointment (amboi) dengan rakan seperjuangan. Kelas petang la, ingat aku meronggeng ke?

Maka aku kena print report LI dan juga log book dan juga FYP aku bila tah nak setel. Result aku tok LI yang lepas bakal diketahui tak lama lagi. Ramai member dapat A ni. Ape tah result aku errr. Risau kot.

Sabtu Ahad bakal sibuk. Sorry kawan2 kalau cncel misi kita beronggeng bersama. ^^

Bye! Jumpa lagi!


[++ So Good ++]

Wednesday, July 7, 2010

Jeju-do [Hari ke-2]

Hello all! Sambung hari kedua kat Jeju Island plak.

Disebabkan hari kedua ni hujan saje, view x berapa sangat lah. Nak jalan pon x syok sebab hujan berderai2. Err, BM hancur ni.

Bagi korang nak ke Jeju ni, aku rasa better ikot tour lah. Senang kot. Kitorang hentam kromo ikot map je. Gi pon naik bas ke tiap tempat. So, amik masa la jugak. Tp, kami survive dengan jaya nye! Haha.

Gambar begitu banyak ok. Aku cerita sikit2 je la yer. Yang lain nanti tengok kat Facebook sudah. ^^

Paani, ni ha laut kau nak sangat tu. Scroll down. hehe.

Well, enjoy!

First stop, Miniature Theme Park. Kat sini macam2 bangunan boleh tengok, tp berskala la. Gila ke nak buat betol2?? huhu.
Tp hujan kan, keadaan x best sangat lah. lecak sini sana.


Angry me


London Bridge okai.


Vrooomm
haha


Ada gaya?LOL


Eiffel Tower @ Jeju. Dont play2.


Haaa. cepat teka masjid ape kalao orang Perak!

With Srek. haha

Next stop kat Sambangsan. Sini tempat tengok scenery. Tepi laut.

Ni kubu Lord of The Rings nye set berlakon. Aku tak baca pon papan tepi tu. Kawan aku tu cakap. Hehe.


Country style.


Nampak tak semua orang. Kercil jer.

Dengan sapa ni er? Alor. Hehe

Smile!


Teringat tmpat ni. Sobsob


Cantik wey


Macam hantu dah kau orang ni

Setelah penat mendaki dan menturun bukit. haha. Relaxing.


Scenery breathtaking okai


Makan coklat Jeju. Sedap. Aku ada bawak balik. Nak? Mai rumah. Pastu ada minum kopi orange jeju. Pelik rasa nya. Tp layan kan je la. huhu


For lunch. Ni sumpah sedap weyyy. ^^

Next, Jeju World Cup Stadium.

Mereka yang gembira.


Dari luar stadium. Unik.


Scenery


Dalam stadium. Betul2 sebelah laut okai. Cunnn


Aku takde opkos. Bergambar disamping Korea's footballer. Eceh


Ape tah ni er. Menunjukkan World Cup ada buat kat Korea + Jepun.

Besar la jugak stadium ni. huhu


Dinner time. Amik set sundubu sigae (Tauhu + Seafood tomyam la gitu) dengan ikan jeju goreng. Betul sedap, serius.



end of day 2. Next entry, hari ketiga plak laa.. hehe.


kata pendek: Nak berbuka sudah. ^^

[++ So Good ++]