Monday, March 23, 2020

Lombok: Sade Village, Kuta Mandalika, Tanjung Aan & Merese Hill

Assalamualaikum!

Tempat baru! 

4 April 2018

Ini trip aci terjah. Agak-agak tempat mana nak pergi dekat Lombok, agak-agak budget nak bawa berapa dan mari redah.

Supir kami cari kat Lombok sebabnya kami yakin keluar airport mesti ramai yang offer nak jadi supir. Hehe. 

Ok harga tiket flight masa ni return RM 360 naik Air Asia. Sepatutnya pergi 6 orang, tapi last minute 2 orang cancel. Itupun sorang kena balik awal. Jadi yang habiskan trip ni bertiga aje lah. 

Sampai around 12pm

Dah cakap, keluar airport ramai dah tanya ada supir ke tidakkk. Kitorang jadi macam, alahai mana satu nak ambil ni. Budget supir dalam 650k Rupiah kereta Innova. Kami jalan depan sikit, jumpa dengan sorang ni namanya Asri. Dapatla 500k Rupiah untuk 3 hari. Kos 4 orang. Ok lah tu. Tapi Asri ni yang orang duduk office. Dia pass kami kat supir namanya Ibnu. Muda lagi Ibnu ni haaaa. Boleh la masuk air dengan kitorang. 

Simcard pun tak beli ni. Bersosial katanya. 

Apa pun kena lunch dulu. Aku cakap dekat Ibnu bawa la pergi mana-mana makan lapar ni. 

Dia bawa pergi makan ayam taliwang kot ni eh tak ingat la 2 tahun lepas kan. Haha
Makan 4 orang 400k Rupiah.

Aku cakap dekat Ibnu nak pergi Sade Village, Tanjung Aan, Merese Hill & Kuta Beach. Dia on kan aje.

Sade Village

Sebuah perkampungan kat Lombok Tengah. Masih ada yang tinggal kat sini even jadi tourist spot. Datang sini boleh tengok orang kampung tenun kain dan ada jual macam-macam barang tradisional la dekat sini.

Memang akan ada tour guide yang cerita sekian-sekian kat semua yang datang kampung ni. Siap bawa keliling kampung.

Panas terik

Contohnya mbak ni dok menenun kain.
Aku suka kain warna warni macam ni. Bagi nampak dari kejauhan sikit.
Tapi baru first day kan, takkan beli terus ye tak??
Price expected to be higher than other places since its a tourist spot. Hehe.

Jalan aje dalam kawasan ni.. Tengok-tengok..
Ada masuk salah satu rumah kat sini. Tiang dari buluh, beratap jerami, lantai dari tanah liat. Memang sejuk pun masuk dalam rumahnya even tengah panas berdenting kat luar.

Masjid dalam Sade Village

Gini haaaa.
Ingat Shirakawago je ada??

Kuta Mandalika

Ibnu bawa ke Kuta Beach pulak. Panas-panas ni la pergi pantai kan. Tepek kau sunblock kat muka. 
Parking 8k Rupiah sini. 

Ada sejarah tempat ni sebenarnya. Pasal Puteri Mandalika. Puteri ni cantik sangat sampai semua lelaki kat Lombok ni nak melamar dia. Tapi Puteri cakap, dia tak nak berlaku salah faham atau perpecahan, tiba dia jatuhkan diri dia kat laut. Semua cuba selamatkan dia, tapi tak berjaya. Tak lama lepas tu muncul cacing namanya nyale dari laut tempat puteri jatuh. Masyarakat percaya tu jelmaan Puteri Mandalika. Gituh lah kisahnya. Tiap Februari ada upacara Adat Nyale.

Aku google je sebab tak ingat dah Ibnu cakap apa. Hahaha.

Fisha, aku, Ain & kawan baru nama Lana

Breathtaking view here.. 

Memang cantik. Langit biru pulak.

Sejenis kegigihan ambil gambar punya pasal..

The other side

Dekat Kuta Mandalika ni, ada orang jual beg rotan. Masa ni famous beg tu. Ala bag bulat rotan tu haa. Orang perempuan tau la. Kat Kuta ni murah gila dia jual. Yang jual bawak kat bahu sampai 10 buah beg. Kau pilih nak mana.

Tapi tulah, baru first day kan. Tak ada beli apa. Sebab MAYBE-ADA-TEMPAT-MURAH-LAGI-NI. Tu konsep orang perempuan. Hahaha.

After compared to other places, kat Kuta ni paling murah! Menyesal tak berkesudahan. Padan muka.

So, hari dah nak petang ni. Kita singgah solat jamak dulu di Raya Mosque Mandalika, Kuta. Besar sangat masjid ni. Cantik pula tu...


Pintu nak masuk masjid. Kena berjalan seluas padang baru sampai masjid.

Luar masjid. Alahai cantik sungguh pemandangan pokok kelapa..

Tanjung Aan

Bergerak ke Tanjung Aan pula. Sini pasir putih, laut sebirunya. Cantik sangat ni haaaa...

Buaian ni free je naik..
Sebab apa? Kau sabar jap. Hahaha.

Dengan bukit bukau keliling. Memang cantik.


Kami!

Belanja video satu kali kat Tanjung Aan ni..

Merese Hill

Sini kena singgah. Superb view! Walaupun kena mendaki sikit. Hahaha. 

Sikit je pun. Hoh.

Tapi bila sampai, mesmerized betul.

MasyaAllah..

Loving this picture!

Dudukla atas ni tengok sunset. Mesti cantik juga kan.


Ok masuk list ye kalau datang Lombok.

Kami punyala syok ambil gambar kat sini.
Sekali ada pakcik kat situ minta bayar 20k Rupiah. Hahaha.
Aku fikir dia yang buat buaian kat situ.
Ok fine Pak.

Batang pokok ni famous juga

Ok marilah berangkat. Nak menuju ke Senggigi, kawasan hotel kami.

Sunset dalam kereta je pun cantik dah..

Masjid ni kami saje berhenti sekejap ambil gambar

Sebabnya lampu warna warni tukar color


Singgah Rembiga makan Sate Rembiga

Sedap gila ni tak tipu.

Ni makan ayam sesuatu (tak ingat nama), tapi ada kepala ayam sekali.
Hurmmmmmmm....
Kita tak biasa laaaaaa...

Sampai hotel di Senggigi. Kebun Villas & Resort. Booked through Agoda. Harga untuk 2 buah bilik, 3 pax each room. 2 malam. 3 Juta Rupiah.

Lobby dan keliling resort nice. Staff semua peramah.

Dapat katil, melepek laaaa malam tu. Letih gila...

Di pagi hari esoknya. 
Depan bilik ada swimming pool panjang sampai kehujung sana.

Okay setel hari pertama kat Lombok!

Aku ada kuiz: Berapa kali aku tulis cantik dalam post ni? 

Hahahaha.

Bye!

Sunday, March 22, 2020

Kuantan dengan SoCar!

Assalamualaikum!

Kali ni nak share satu application sewa kereta yang dipanggil SoCar.

Ada banyak lagi kan apps sewa kereta, cuma saja nak try SoCar. Lagipun masa akhir Januari haritu, ada wedding di Kuantan, so nak give it a try.

Booking aku buat seminggu sebelum. Cara nak guna apps ni, firstly of course kena download la apps kat handphone. Sebab everything guna phone ya. After sign-up, you can start to use the app! Pakai la referral code ni: JRXKLE

1. Select pick-up and drop-off date & time. 

2. Select SoCar Zone. Zone maksudnya lokasi mana nak pick-up kereta. Ada juga choice untuk One-way, Airport, Discount dan lain-lain.

3. Select your car. SoCar ni ada up to 7 seater sahaja. Kalau rasa nak drive Mini Cooper, silakan! :)

Pilih nak kereta apa ikut lokasi yang dipilih. Tapi tak semua jenis kereta ada la kat lokasi tu.

Haritu aku booked Toyota Rush, 7 seater. Pick-up di Summit Hotel, USJ. 

Car details.
Rental rate per hour & excess mileage rate as above.
Differ from other car models ok!

After confirm pilih Toyota Rush, masa tu first timer ada promo RM 100 off! So dari RM 554 dapat RM 454 untuk 2 hari. Harga ni termasuk insurance coverage.

Apa yang bestnya SoCar ni, kita dapat mileage allowance! Sama ada 20km per hour atau 240km per day. Depends berapa lama. Kiranya bayaran yang kita buat masa booking SoCar dah termasuk fuel, unless kilometer exceed limit as stated above. 

Done booking.
Boleh bayar guna GrabPay. Dapat kumpul points. Hee.

Boleh pick-up kereta 10 minit awal. First thing first - INSPECT CAR.

Ambil gambar kereta beberapa keping dan upload dalam apps SoCar. Ikut je arahan. Senang sangat. 

Kereta memang park dekat designated area untuk SoCar.
Kereta baru, nombor plate pun VDM.
Cuma kereta ada calar balar & dented dekat pintu. 

Nak Lock atau Unlock kereta semua guna handphone ja weh.
Pasang bluetooth. Klik je la kat situ macam gambar kat atas ni.
Setel!

Mileage baru 968km. Minyak kering. Haha.

Hantar pergi cuci la sekejap. Kotor dalamnya. 
Pastikan minta resit kat orang carwash. Nanti claim kat SoCar. Hah best tak?
Tapi kalau cuci kereta dapat voucher la, masuk dalam apps. Ok lah tu.

Ada recorder, tapi masuk SD Card sendiri.

Isi minyak RM80. 
Nak claim minyak, macam ni la kena buat. 
Snap gambar resit minyak sekali road tax kereta.

Fuel reimbursement boleh buat dalam apps jugak. Tapi masa tu, apps aku tak boleh tekan part "Reimburse". Apehal entah.

Total minyak pergi balik Kuantan RM 130. Dua kali isi. Pastikan resit simpan nak claim nanti. Disebabkan apps problem, balik dari Kuantan aku email terus SoCar untuk Fuel Reimbursement. Customer Service cepat. Email atau chat dalam apps, semua pantas. Bagus, aku suka.

Bukti dah masuk balik duit dalam akaun. :)

Reimburse sama ada dalam bentuk SoCar points atau cash. Either one. Boleh pilih.

Tadi ada sebut pasal mileage allowance kan. Untuk 2 hari, aku dapat 480 km allowance. If lebih daripada tu, kena bayar RM 0.35 untuk  setiap 1 km seterusnya. 

Bila drop-off kereta, akan dapat mesej daripada SoCar total mileage sepanjang aku bawa 2 hari tu. Aku punya mileage 593km. Additional charge to pay, RM 40.

So, baloi ke tidak pakai SoCar? Bagi aku baloi la. Murah, kereta baru, apps amatlah senang (walaupun pada mulanya terkial-kial) dan banyak sangat discount code.  

Korang nak try SoCar, masa sign-up boleh key-in Referral Code ni ok: JRXKLE

Nanti dapat 5 HOURS FREE!!! :)

** Ok ni bukan post berbayar pun. Saje share pengalaman **


Gambar Kuantan pulak...

Ada la menyinggah Rendang To'Ki masa on the way tu. Sedap!

First time sampai Kuantan.

Booking hotel Hotel Sentral Kuantan @ Riverview. RM 430 untuk 2 bilik, 1 malam sekali breakfast. Bilik besar, not bad. Hotel ni betul-betul tengah bandar. Ada banyak cafes. Jalan kaki aje depan tu ada Kula Cakes yang famous semua orang beratur panjang. Gigih. Dengan aku sekali beratur. 

Menara Teruntum.
Tak buka lagi masa ni.

Pantai Teluk Chempedak.
Ramai orang oi. Penuh!

Angin kuat pula tu.

Nak Maghrib dah, balik le.

Makan dekat Ana Ikan Bakar Petai

Ni haaa ikan bakar petainya.
Selambak petai dia bagi.
Sedap!

Puding Raja. Ni pun first time rasa. Ok laaaa.. Takde la ikut tekak sangat.

Jaman Tory.
Sini orang datang makan Ikan Patin Bakar. Keluar api kat pinggan macam mana entah. Aku sempat tapau je sini. Sebab kekenyangan dah kat wedding kawan. 

Itu aje lah dulu.

Sempena Movement Restriction Order ni, marilah kita bersama menyahut seruan kerajaan untuk duduk rumah diam-diam. Moga kita semua terhindar dari COVID-19 ya. Selalu basuh tangan & pakai hand sanitizer! Stay safe and take care everyone!

Lepas tu marila update belog beramai-ramai menghabiskan masa terluang. Haha.

Bye!

Saturday, January 18, 2020

Europe Trip: Edinburgh - Arthur's Seat

Assalamualaikum!

Previous post:-


11 May 2017

Morning from Scotland! Gituuuu. Hahah.

Hari tu patutnya nak join Harry Coo Tour. It's a free Scottish Highlands Tour tau! Tapi tak ingat sebab apa, terpaksa cancel the tour. So kami tour around the city by ourselves lah! :)

Kat sini naik public transport, download apps, top up and pay kat apps aje. Macam Grab Pay. Pagi tu around 10am, kami keluar dan melihat langit yang cerah biru dan cuaca just nice, kami nak mendaki Arthur's Seat. 

Naik bas sampai ke area Arthur's Seat dan jalan kaki. 

View outside the bus



Sekitar bandar mana tak ingat.

Haaa nampak dah tu tempat nak mendaki..

Dah Google, tapi tak pasti ni tempat apa.

Ambil nafas dulu sebelum naik sana

Yellow flowers from far


Ok lets go!

Dari bawah tu, sampai la sini kejap.

Love!

Panorama

Ni nampak rumah-rumah

Sikit lagi!

Sampai! Cantik sungguh pemandangan atas ni.
Ikut google maps, tu Laut Utara. 

Wefie satu kali!

:)

Dah ambil gambar bagai, moh ler turun..
Tapi kami turun belah lain.

Atirah & Ain.
Bila la nak travel sama lagi ni rakan?

Kuning!

Video sikit

Dari atas tu sampai kebawah ni....

Kawan-kawan

Travelmates

Aku tak jumpa jaket hitam ni sebenarnya. Mana pergi entahhh....
Mungkin masuk dalam belog boleh jumpa la agaknya haha.

Swan Lake

Perut dah lapar. Kita pergi cari KFC kat sini.


Jalan kaki nak sampai sini

Halal, no worries

Apa rasa dia? Tak ingat! Hahaha

OK sambung nanti eh!

Bye!