Kali ni nak share satu application sewa kereta yang dipanggil SoCar.
Ada banyak lagi kan apps sewa kereta, cuma saja nak try SoCar. Lagipun masa akhir Januari haritu, ada wedding di Kuantan, so nak give it a try.
Booking aku buat seminggu sebelum. Cara nak guna apps ni, firstly of course kena download la apps kat handphone. Sebab everything guna phone ya. After sign-up, you can start to use the app! Pakai la referral code ni: JRXKLE
1. Select pick-up and drop-off date & time.
2. Select SoCar Zone. Zone maksudnya lokasi mana nak pick-up kereta. Ada juga choice untuk One-way, Airport, Discount dan lain-lain.
3. Select your car. SoCar ni ada up to 7 seater sahaja. Kalau rasa nak drive Mini Cooper, silakan! :)
Pilih nak kereta apa ikut lokasi yang dipilih. Tapi tak semua jenis kereta ada la kat lokasi tu.
Haritu aku booked Toyota Rush, 7 seater. Pick-up di Summit Hotel, USJ.
Car details.
Rental rate per hour & excess mileage rate as above.
Differ from other car models ok!
After confirm pilih Toyota Rush, masa tu first timer ada promo RM 100 off! So dari RM 554 dapat RM 454 untuk 2 hari. Harga ni termasuk insurance coverage.
Apa yang bestnya SoCar ni, kita dapat mileage allowance! Sama ada 20km per hour atau 240km per day. Depends berapa lama. Kiranya bayaran yang kita buat masa booking SoCar dah termasuk fuel, unless kilometer exceed limit as stated above.
Done booking.
Boleh bayar guna GrabPay. Dapat kumpul points. Hee.
Boleh pick-up kereta 10 minit awal. First thing first - INSPECT CAR.
Ambil gambar kereta beberapa keping dan upload dalam apps SoCar. Ikut je arahan. Senang sangat.
Kereta memang park dekat designated area untuk SoCar.
Kereta baru, nombor plate pun VDM.
Cuma kereta ada calar balar & dented dekat pintu.
Nak Lock atau Unlock kereta semua guna handphone ja weh.
Pasang bluetooth. Klik je la kat situ macam gambar kat atas ni.
Setel!
Mileage baru 968km. Minyak kering. Haha.
Hantar pergi cuci la sekejap. Kotor dalamnya.
Pastikan minta resit kat orang carwash. Nanti claim kat SoCar. Hah best tak?
Tapi kalau cuci kereta dapat voucher la, masuk dalam apps. Ok lah tu.
Ada recorder, tapi masuk SD Card sendiri.
Isi minyak RM80.
Nak claim minyak, macam ni la kena buat.
Snap gambar resit minyak sekali road tax kereta.
Fuel reimbursement boleh buat dalam apps jugak. Tapi masa tu, apps aku tak boleh tekan part "Reimburse". Apehal entah.
Total minyak pergi balik Kuantan RM 130. Dua kali isi. Pastikan resit simpan nak claim nanti. Disebabkan apps problem, balik dari Kuantan aku email terus SoCar untuk Fuel Reimbursement. Customer Service cepat. Email atau chat dalam apps, semua pantas. Bagus, aku suka.
Bukti dah masuk balik duit dalam akaun. :)
Reimburse sama ada dalam bentuk SoCar points atau cash. Either one. Boleh pilih.
Tadi ada sebut pasal mileage allowance kan. Untuk 2 hari, aku dapat 480 km allowance. If lebih daripada tu, kena bayar RM 0.35 untuk setiap 1 km seterusnya.
Bila drop-off kereta, akan dapat mesej daripada SoCar total mileage sepanjang aku bawa 2 hari tu. Aku punya mileage 593km. Additional charge to pay, RM 40.
So, baloi ke tidak pakai SoCar? Bagi aku baloi la. Murah, kereta baru, apps amatlah senang (walaupun pada mulanya terkial-kial) dan banyak sangat discount code.
Korang nak try SoCar, masa sign-up boleh key-in Referral Code ni ok: JRXKLE
Nanti dapat 5 HOURS FREE!!! :)
** Ok ni bukan post berbayar pun. Saje share pengalaman **
Gambar Kuantan pulak...
Ada la menyinggah Rendang To'Ki masa on the way tu. Sedap!
First time sampai Kuantan.
Booking hotel Hotel Sentral Kuantan @ Riverview. RM 430 untuk 2 bilik, 1 malam sekali breakfast. Bilik besar, not bad. Hotel ni betul-betul tengah bandar. Ada banyak cafes. Jalan kaki aje depan tu ada Kula Cakes yang famous semua orang beratur panjang. Gigih. Dengan aku sekali beratur.
Menara Teruntum.
Tak buka lagi masa ni.
Pantai Teluk Chempedak.
Ramai orang oi. Penuh!
Angin kuat pula tu.
Nak Maghrib dah, balik le.
Makan dekat Ana Ikan Bakar Petai
Ni haaa ikan bakar petainya.
Selambak petai dia bagi.
Sedap!
Puding Raja. Ni pun first time rasa. Ok laaaa.. Takde la ikut tekak sangat.
Jaman Tory.
Sini orang datang makan Ikan Patin Bakar. Keluar api kat pinggan macam mana entah. Aku sempat tapau je sini. Sebab kekenyangan dah kat wedding kawan.
Itu aje lah dulu.
Sempena Movement Restriction Order ni, marilah kita bersama menyahut seruan kerajaan untuk duduk rumah diam-diam. Moga kita semua terhindar dari COVID-19 ya. Selalu basuh tangan & pakai hand sanitizer! Stay safe and take care everyone!
Lepas tu marila update belog beramai-ramai menghabiskan masa terluang. Haha.
Bye!
Terbaik
ReplyDelete