Sunday, August 26, 2018

Europe Trip: Amsterdam - Windmills in Zaanse Schans

Assalamualaikum!

Previous post:-


2 May 2017

Dari Keukenhof, kami naik bas Keukenhof Express 868 ke Schiphol Airport semula. Lepas tu, naik train Sprinter ke Koog-Zaandijk (30 minit). Jalan kaki dalam 15 minit (macam lebih 15 minit je), terus sampai kat Zaanse Schans

Ok Zaanse Schans ni a must go kalau dah sampai Amsterdam! Dah la open to public without any charges! Kami sampai area sini hampir jam 5 petang. INFO HERE!

Plan nak naik basikal dekat train station, tapi dah pukul 5, tak boleh nak sewa dah. Mereput la ko jalan kaki.

Kedai kopi comel tepi jalan

Mari menapak.
Nampak bangunan cantik2 sini tau.

Dari kejauhan nampak windmill. Tapi ni bukan yang nak pergi tauu. 

Ada bakery shop sebelah kiri jalan, yang orang kata kena cuba.
Sorry tak ingat nama kedai. Lupa ambil gambar.
Tapi sampai2, kedai dah tutup sebenarnya. Kfine. Tapi tetap masuk nak tengok. Dia bagi la jugak beli roti apa yang ado.
  
Makanya, sebelah bakery ada restaurant. 
Pekena kopi petang2.
Sambil pergi toilet. Hahah.

Hot choc sodap oi makan dengan biskut amsterdam tuu - Stroopwafel

Tiber order salad.
Rasa macam lama tak makan sayur.

Sambung berjalannnnn...

Dah nampakkkk!!!
Ni gambar atas jambatan.

Ni kira dah masuk la tu kawasan Zaanse Schans. 

Suka sangat area sini

Kopi

Post box

Flower

Basikal

Masih ada orang jugak yang tinggal kat sini rupanya tau.

Menghijau..

Jalan sampai nampak windmill tu dekat dengan korang..

Upclose!!

Puas hati dapat tengokk ok.

Ni kedai kasut famous kat Amsterdam

Kasut nya macam ni.. 

Ok jum balik! Dah nak Maghrib ni.

Dari kejauhan

Nice lah!

Lepas tu jalan kaki balik sampai train station. Jangan malas! (Selamat duit)

Malam tu plan nak jalan2 kat Amsterdam cari souvenir dan makan.

Tak ingat turun mana ni. Macam aci redah je. 

Mostly kedai dah tutup. Baru 9.30 malam. Duhh..

Tram

Nasib kedai halal bukak. Makannn time!
Pizza

Spaghetti

Nasi & Kebab

Balik bilik tidur.

Okbye!

Sunday, August 19, 2018

Europe Trip: Amsterdam - Keukenhof

I'm backkkkkkk!

Kan aku dah cakap, 5 bulan punya kena tunggu. :D

Previous post:-


2 May 2017

Kalau nak amik gambar depan I Amsterdam yang famous tu, sila la pergi pagi-pagi ye. Sebabnya tak ramai sangat orang. Nanti bukan nampak tulisan, nampak kepala orang. Ni jalan kaki je dari hotel.. 

 Morning!


 Rindu lah korang semuaa niii!


Saje upload gambar Tirah yang macam ni tunjuk flowy baju. Hahahha.

Ok Keukenhof!

Kami naik tram area I Amsterdam ni untuk ke stesen Amsterdam Zuid. Lepas tu, naik train ke Schiphol Airport. 

Nak ke Keukenhof, naik Keukenhof Express nombor 858 ye. Bus station ada kat luar airport. Bas setiap 15 minit, 35 minit perjalanan. Sila pergi awal, kalau tak beratur la kau panjang-panjang situ yer. INFO HERE.

Kami guna Travel Pass naik tram, train dan bas hari tu. Tiket masuk Keukenhof jangan lupa beli online. Pergi Europe semua online je, senang. Tak payah fikir beratur. INFO HERE. Tahun 2017 €16. Tahun 2019 dah €17.

Sampai tu terus masuk jee la. 

Ok jum tengok gambar bungaaaaaaaa..

Hello Keukenhof!
Rugi la rasenye pi Amsterdam musim bunga, tak singgah sini.

Jenis bunga memang banyak tulip dan segala bagai bunga yang tak tahu nama. Colour sangat lah cantik cun melecun!

Kiambang ke?

Tengokla warna dia macam ni ha

Campur-campur dalam satu garden

My favvvvv!

Dulu masa sekolah menengah, suka sangat kat bunga tulip. Ni haa dah dapat tengok dengan mata sendiri. Impian jadi kenyataan sangatttt. Hahah.

Ni pun cantik kannnn bunga dia.
Eh semua cantik ni caption.


Fuhhhhh

Bersama rakan taulan



Ni apa namanye tah. Lavender ke apa.


Sea of flowers

Eeeee cantik betul


Depan sikit dah macam ni. Macam kat park la gitu..


Ni pun suka sebab colour dia la. 


Pastu tiba2 hujannn turun.
Pakai la baju hujan sambil duduk bawah tempat ni..

Kat area sini ada kedai souvenir. Boleh la beli sebarang dua. Aku hanya spent €10 sini. #Bajet

More tulips!


Perangai ehhhh

Bunga kuncup



Dah habis pusing satu taman, aku nak pergi la tempat yang teringin sangat nak pergi. Ladang bunga. Dia macam row of flowersssssssssssssssssssssssss... Sambil fikir nak berlari-lari dalam ladang tu. 

EXPECTATION
Credit picture: Fullsuitcase

REALITY
Credit picture: ME!

Krik krik krik.

Warghhhhhhh!!!!!

Apakah iniiiiiii!!!

Kbye next..

Terus makan fries

Dan pura-pura gembira

Beratur sini panjang tau.. Nak amik gambar kat sampan ni.
Haa lain kali pergi Giethoorn tu..


Anywaysssss, thank you Keukenhof.
The flowers are amazing. Minus the field.


Amik gambar dengan baju tradisional orang sana..


Sambil minum kopi tunggu Ain balik toilet.

Haha.

Kesimpulan:

Sila la pergi sini kalau datang musim dia ye. Besar sangat Keukenhof ni. Spent around 2-3 hours here should be ok.

Ok see you byee!

Saturday, April 28, 2018

Europe Trip: Amsterdam

Assalamualaikum!

Lama aku menghilang.

Jenguk sekejap sekejap aje belog.

Ni nak update sekejap sebab rupanya dah setahun balik dari Europe. -___-"

Previous post:-



1 May 2017

Sampai Amsterdam Central, beli tiket 2 Days Pass (Amsterdam & Region Travel Ticket). Harga € 26 per person. So untuk kegunaan 1 May dan 2 May. 

Pergi hotel dulu. Kami booked Budget Trianon Hotel. Harga € 330.75 include tax. Bilik yang dormitory 6 pax. Dalam €56 per person. 

Dari Amsterdam Central ni, guna pass tu untuk ke hotel yang terletaknya kat area Museum Square. Dekat dengan tram station. Naik tram #5  sampai la stesen Museumplein. Jalan kaki sikit dah sampai hotel.

Nampak ke tidak tulisan Trianon Hotel belah kiri tu?

Tak amik gambar dalam bilik. Mohon Google. Dormitory Room with private toilet. Quite ok la for 6 of us.

Rehat sekejap. Jum cari kedai makan. Laparon.

Kami naik tram untuk ke kedai makan Warung Spang Makandra. Gituuu nama. Kedai Jawa lah ni. Nasi tak boleh lupa eh.

Ni dah turun dari tram kat area kedai makan. Tak pasti la nama apa.

Macam kat KL pule..

Jalan kaki ke mana-mana.
Tengok bangunan semua cantik-cantik.
Lepastu penuh orang bawa basikal laju gila.
Berdebar tau jalan kat Amsterdam ni.

Ok dah sampai!
Semua dengan offline Google Maps. :)

Sementara tunggu kedai makan prepare makanan... Kami pergi kedai sebelah ada jual sesuatu yang menyelerakan!

Patates.
Katanya datang Amsterdam, cubalah makan Patat mereka.

Menu ka abam hensem situ?

Ni la Patat nyaaaa...
Haha. 
Kentang goreng bersama sos macam-macam jenis boleh pilih.
:D
€3.40 banyak ni. 

Kedai jawa tadi.
Nasi Ambeng..
Banyak ni portion dia. 
Tak habis makan. 
€15. Share berdua.

Dah setel makan, kami jalan-jalan je malam tu. Ain dah tak larat. Dia jetlagged. Jadi dia nak tidur di hotel. 

Tram dia ada tukang jaga tiket duduk tengah-tengah tram. Hehe

Suka bangunan sini..

Ni namanya Rijkmuseum.
Tak masuk pun. Amik gambar dari luar pagar.
Cantik kan!

Lepastu pergi Amsterdam Central balik. Buat apa aku tak ingat. Tapi rasanya beli air dan roti kat sini. 

Cantik jugak..

Kami pergi Hard Rock malam tu. Tengok apa ada. Aku takde beli apa pun.

Ok tu je aktiviti 1 May di petang hari.

Esoknya ke Keukenhof! Bila nak update tu? Lagi 5 bulan kot.

Hahaa.

Bye!