Showing posts with label Udon Thani. Show all posts
Showing posts with label Udon Thani. Show all posts

Sunday, February 5, 2017

Udon Thani: Red Lotus Sea & Udon Thani to Bangkok

Assalamualaikum!!!

Aku tengok macam ramai aje tak update belog ni... Ape ceritaaa? Sibuk sambut New Year lagi kaaa? Ke pi cutiii?

Ok nak sambung entry Thailand.

Previous post:-


31 Januari 2016

Kami bermalam kat The Grand Apartment, Udon Thani. Booked via Agoda 2 minggu sebelum tarikh. Last minute Itinerary punya pasai. Standard Double Room. Tapi harga RM 55 je lebih kurang. Murah la tu.

Dari luar aje. Gambar bilik tengok website lah k.. Comfortable je. Besar jugak bilik dia. 
Tempat ni kedalam sikit. Tu yang tuk-tuk pun kompius..

Badan dah keletihan sepanjang hari berjalan kat Loei. So kami tidur laaa... Esoknye mulakan pengembaraan kat Udon Thani plakkk...

1 Februari 2016

Pagi tu kami siap2, check-out letak bag kat receptionist. Plan kami kat Udon Thani ni sebenarnya nak tengok Red Lotus Sea atau juga dipanggil Talay Bua Daeng yang terletak kat Ban Diem Village..

Bila baca-baca belog katanya naik Songteaw kat Prince Pajak Monument. Puasla dok tanya orang, pusing-pusing sana sini... Jumpa dah monument tu, tapi tak jumpa songteaw pon. Sedih betul.

Jalan kaki dari apartment ke Prince Pajak tu. Ikut jalan ni haa. Dekat je pun. Dalam 10 minit..
Ni gambar masa dah petang atas tuk-tuk, lepas collect bag..

Lalu depan Udon Thani University..

Alih-alih kitorang decide pergi Udon Thani Railway Station aje naik tuk-tuk. 60 Baht. Alang-alang kat situ, beli tiket train ke Bangkok. Tanya tuk-tuk kat railway station tu, dia boleh hantar pergi Red Lotus Sea. Fuhhh. Nasib baik pakcik tu cool. 

Harga, 400 Baht return per person. Memang dalam budget. Sebab plan 400 Baht pun. Hehe. Perjalanan dalam 1 jam.. Yang amat mengantuk. 

Angin tu buat aku nak tidoq naik tuk-tuk ni weh..

Pakcik cool bawak kami sampai Red Lotus..

Adala stop jap kat pam minyak. Beli air mineral dengan kopok sambil makan atas tuk-tuk. Nanti lalu kawasan mana-mana entah, tapi nampak la signboard Red Lotus Sea tu. 

Ape benda Red Lotus Sea tuuuu? Ni kira macam bunga teratai berkembang mekar dengan begitu banyak diatas tasik.. Gituuuu laaaa. Faham tak?

Tapi-tapi, jangan sesekali suka-suka je nak pergi tau. Ada season dia. November - March, dari awal pagi jam 6, sampai tengah hari je tau. 

Dah sampaiiii!

With Ain.. :)

Ok kat sini nanti, kita kena pergi kat kaunter bayaran. Dia ada bot kecik dengan besar. Ikut jugak berapa jam korang nak naik bot tu...

Tanah merah je weh... 

Kami pilih yang small boat for 2 person for 1 hour. Lama-lama buat apo. Tengok bunga ja pun kannn. Heheh. 300 Baht untuk 1 boat. So kalau naik ramai2, korang tong-tong laa. 

Awal-awal tu macam...
Krik krikk..
Ni je ke bunganyaaaa Ainnnn?

Dah habis musim kerr? Baru awal Feb.
Hahaha.
Matahari memancar di pagi hari..

Ni la bot kami...
Depan tu baru nampak pink-pink haa...
Dari jauh nampak la macam banyakkk. Tapi sebenarnya jarak-jarak jugak bunganye..

Boleh la niiii. 

Up closed sikit. Ni la bunganye...

Ni bot besar sikit.. Dok photoshoot dorang ni..

Lautan teratai..

Orang bawa bot tu memang akan bawak bot slow-slow so that kita boleh amik gambar ke apa.. 

Habis masa, orang bot bawa balik ke darat.. Dalam advert kemain bunga banyakkk dan padat. Tapi masa sampai takde plak. Aku taktau la aku pergi time dah nak habis ke apa. Takde rezeki la tu agaknya nak tengok macam dalam advert. Hehe.

Jadinya, dalam 10 pagi, kami pun naik balik tuk-tuk. Pakcik tu sedia menanti walaupun kami tak jumpa dia, tah mana-mana parking.

Misi nak mencari muslim food. Aku tau ada masjid kat Udon ni. So cakap la kat pakcik tu nak ke mosque. Dia cakap surau. Ooo. faham rupanya. Hehe... Senang hati. Tapi dia caj extra 100 Baht sebab tak pergi Railway Station kan. Ok fine pakcik... Janji dapat makan. 

 
Dah sampai Masjid Kuwatil, Udon Thani..

Deretan kedai makannnn!

So kami pilih kat sini lah. Makan nasi goreng ayam + telur. 

Tepung pelita versi Udon... Sedap gak.. 
Nasi goreng plakk. Aku ingat ayam seketui. Rupanya cenggini. Telur pun takda nampak. 
Yang penting, daun bawang dia bagi cenggituuuuu. Malas nak potong kot. Heheh..
Harga 105 Baht untuk 2 orang.. 

Habis makan, singgah solat kat masjid....

Tingkat atas...
Air wudhu' amik kat tingkat bawah..

Pastu naik tuk-tuk pergi Central Plaza. One of the mall kat Udon.. 50 Baht..

Central Plaza..

Jalan kat sini sebab tak tau nak pi mana... Train nak ke Bangkok pukul 8 malam. Lagipun sini dapat aircond. Hahah. Pusing-pusing sampai kitorang boring. Tiba-tiba nak makan makanan manis.

Singgah cafe ni.. 

Jarang makan cenggini bila travel. Hahah. Ni guna duit lebih dari Loei semalam. Huntunglaaa ada lebihhh. Kalau tak, duduk je la tepi2 kedai minum air masak...

Pastu jalan2 kat luar Central Plaza ni. Ada buat jualan kraftangan atau local products. 

Ni depan Central Plaza...

Punya la boring ni tak tau nak buat apa. Free & easy betul rasanya trip kali ni.

Pastu amik balik tuk-tuk ke apartment dan ke railway station... 150 Baht la jugak kena. Sampai stesen, banyak nau anjing kat situ. Malas lepak situ. Jadi kitorang jalan kat night market depan station ni. Hangkut tau bagpack niiiii. Aduhai.

Tiket train. Udon Thani - Bangkok.
669 Baht. Upper Bed. 10 hours journey..

Udon Thani Railway Station



Kedai-kedai depan stesen

Roundabout depan stesen..


Takde beli apa pon. Jam 6 lebih, jalan kaki balik ke stesen, pergi toilet cuci muka apa semua.. 

Jam 7.59pm, train sampai... Terus naik katil.. 

Katil kami.... :)

Coach yang perempuan je ni kalau tak silap..

Pukul 4.45 pagi, ada orang kejut suruh bangun, sebab nak kemas katil. Amboi2.

So nanti dia lipat2 katil camne entah, jadi kerusi. 

Kitorang pun menepek la kat kerusi sampai 6 pagi.... Sampai laaa kat Bangkokkk!

:)

Monday, December 12, 2016

Loei: The Four Site Tour - Suan Sawun National Park & Loei to Udon Thani

Assalamualaikum!

Previous post:-


31 Januari 2016

Last entry untuk Four Site Tour! Aktiviti terakhir aku dengan Ain haritu adalah ke Suan Sawun ni. Tak jauh pun dari Kun Ming Muang Loei tu. 

Suan Sawun ni kira macam Kun Ming nun. Tapi kali ni ekstrem sikit lah aktiviti nye sebab kena memanjat, masuk gua bagai. -__-. Aku ni bukan la penggemar benda2 macam ni. So redah ajo lahhhh. Dah sampai kot.

Park kereta kat sini. Naik tractor pergi satu tempat..

Entrance fee 100 Baht per group. Naik tractor 15 Baht per person. At first, kami kena naik tractor ni along with our tour guide (budak lagi) sampai kat satu kawasan ni. Aku nampak keliling hutan dengan limestone rock aje. Masa ni tak tau lagi kena memanjat bagai. Bila John cakap ok you climb here. Tempat yang krik krikk nak kena manjat. Aku dengan Ain dah macam... Hahhh panjat lagi keeeeee?? Kahkah.

Kami pun mendaki lah sana sini panjat itu ini pegang pokok sana sini. Scary la sebab bukan aku punya feel. Kalau korang suka mendaki ni lain cerita la kan. Kejap mendaki kejap menurun. Dah la curam-curam. Ok aku yang over ke apa ni? 😟

But then, we were mesmerized with the view on top.....

Ko bayang aku panjat sampai atas ni kiri kanan batu cenggitu? Aku pun tak percaya.. Kalau naik tangga lain la kan.

Cantik laaa tapi kan. Hilang la penat sekejap...

Ok seterusnya ni semacam sikit.

Dah amik gambar which tak banyak pun kat atas tu, kena melangkah kat satu jambatan ni. Kena lalu satu ceruk batu yang kiri kanan gaung ke camne sebelum sampai jambatan. Aku seriau dah. Haa sudahhhh. Hahaha. 

Kelakar plak bila teringat. 

Dengan monopod GoPro la aku dok pegang. Memang suruh John je pegangkan. 

Dah sampai jambatan dengan selamatnya, kena turun tangga plakkk. Ok masa kat sini, aku bau wangiiiiiiiiiiii sangat, aku tak tau la bau apa. Tapi macam bau.. entah.. Aku diam. Ain depan aku. Nak tanya dia, aku tak berani bukak mulut. Sebab gua. Sunyi. Hutan. You know la right.

Kat sini aku lagi la tak amik gambar satu apa pon. Risau apa entah. Tapi hati aku memang rasa tak sedap. Nak cepat balik. Budak laki tu bawa kami masuk bawah gua siap kena pakai headlight tau. Macam2 la dia tunjuk. Sejuk aje dalam gua tu. Tapi masa dari tangga sampai gua tu la aku dok bau wangiiii. Ain takde plak cakap apa2. So aku diamkan aje sampai kesudah. 

Entah macam mana tiba-tiba keluar kat belah sini-sini.

Ok selamat semua. Jum balik.
Tu John dengan budak laki as our tour guide..

Ni la tractor kami..

Patah balik ke bandar amik masa 1 jam. Dalam kereta tu Ain bantai tidur. Aku yang dok depan ni tak sampai hati nak biar John drive sorang2. Eceh. Teman la dia sekejap walaupon mata ni haa ngantuk gila. 

Sebenarnya kami ternampak ada kedai halal kat tepi jalan bandar Loei ni. John cakap baru 2 bulan bukak. Jadi kami minta pertolongan John untuk hantar ke kedai makan tu sebab perut lapar gila. Baik hati betul dia layankan aje kami ni. 

60 Baht sepinggan. :)

Kalau tak silap ada roti canai jugak. Masa nak balik tu baru nampak orang ambik doh roti nak canai la kot. Aku assume je tak tahu la dia nak masak apa. Gambar kedai pun tak terambil. Sorry. 

Then terus kami pergi Loei Bus Terminal. John tolong belikan tiket bas kami ke Udon Thani jam 5 petang kalau tak silap. 91 Baht seorang ye. Last bas ke Udon Thani jam 5 petang tau. Tiket bas pulak kena beli on the spot. Jangan risau, setiap 30 minit ada bas. 

Lepas say bye bye kat John, kami pun naik la bas... Ramai pulak la orang bas ni menyumbat. Mostly student. Perjalanan ke Udon Thani ambil masa 3 jam hokeyyyy. Gasak la ko dengan ramai orang. Huhu. 

Along the way memang aku tidur je. Dah pukul 7 baru terjaga. Tersembang pulak dengan student sebelah aku ni. Perempuan rupanya. Aku ingat lelaki. Boyish gila. Haha. Pandai cakap English pulak budak tu. Senang la nak nyembang kan. Rupanya dorang ni amik exam dekat Loei. Then balik kampung kat Udon. Entah macam mana amik exam jauh-jauh. Tak faham sangat.

Bas berhenti-henti. Contohnya kat stesen ni. Tapi ni bukan Udon Thani. Last stesen baru turun tau!

Around 7.40 pm, kami pun sampai kat Udon Thani Bus Terminal 2 (New)

Ingat eh, Udon Thani ada 2 stesen bus - Terminal 1 (Old) & Terminal 2 (New). Dari Loei akan turun kat yang baru. 

Nasib baik ada tuk-tuk available malam tu. Dengan student sebelah aku pun naik sekali dengan 2 orang lagi kawan dia. Mula mula dia cakap, 100 Baht 2 orang. Siap bagitau dia la hotel kitorang yang mana. Sampai sesat barat. 

Tapi dengan pertolongan student2 Thailand ni, sampai jua akhirnya.... Terima kasih sangat2 kat dorang.. Kalau tak, entah mana tuk-tuk ni bawa. Disebabkan sesat bagai, harga jadi 150 Baht 2 orang. Chet. 

Ok hotel mana kami duduk, nanti bagitau lain k.! Gambar tak banyak, sebab tak ambik lagi dari Ain. Hehe.

Bye!!!!