Showing posts with label Shin-Osaka. Show all posts
Showing posts with label Shin-Osaka. Show all posts

Thursday, February 4, 2016

Japan Short Trip: Namba City & Back to KL!

Assalamualaikum!

Previous post:-


16 Mei 2015

Habis pusing-pusing pakai kimono, kita pi cari toilet dulu, then terus cepat-cepat gerak gi tempat lain. Malam tu dah nak balik oi.. Hehe. Petang tu nak ke Namba pulak.. Dari stesen Tenjimbashisujirokuchome ni, naik je train sampai Nippombashi... Dalam 280 Yen kot.. 

S17: Nippombashi Station

Then kami ke Namba. Ok sini aku tak ingat naik train ke apa.. Sampai sini jalan kat underground area. Nak cari Muji, sebenarnya. Ikut signboard. Gi kat Tower Records - Exit 7. Tingkat 4 kot kalau tak silap Muji tu. Konon nak beli bantal kepala tuuu. Tapi takdak sale pun. Harga sama je mahal dia. RM 82 lebih kurang. So tak jadi beli. Jalan kat underground balik. 

Ni kat Namba..

Mana entah ni..

Besar jugak Namba ni yeee...

Tengah bandar...

Konon nak amik gambar lalu tengah-tengah zebra line..
Ok lah niii... Nak sampai Tokyo tu tak tahu bila kannn...

Jalan punya jalan sampai area Dotonbori.. Cari F21 yang 3 tingkat tuuu. Then makan kat Lotteria. Shrimp Burger 690 ¥. .

Sampai sudahhhh!

Glico Man di petang hari..

Dotonbori waktu siang yang penuhhhh amat!

Bawak Kak Ana & Iman jalan kat sini... Since malam sebelum tu dorang tak join.. :)

Misi mencari Prayer Room kat area Namba pulak.. Ok ni pergi kat Namba City B1 ye. Tak tau jalan? Tanya je pegawai polis kat situ.. Kitorang dari Dotonbori tu jalan sampai Namba City jauh nyer lahai. Naik turun sampai salah jalan. Sampai masuk info centre tempat lain yang kat Nankai Line tu. Tapi bukan jugakkkk.

Haa tu signboard Prayer Room..
Yang penting, kena sampai kat Namba City ok!

Kalau korang nampak Starbucks dalam Namba City tu betul la tu. Lepas Starbucks jumpa Info Centre. Nanti cakap kat dia nak ke prayer room. Isi borang. 30 minit je masa diberi untuk solat. Tak boleh lama2. Cantik tau tempat solat. Nanti orang Info Centre tu bawa pergi Prayer Room..

Dah sampai!

Ini tempat nak isi borang ok!

Haa dapat pass ni nanti..

Baca dulu...


Tempat ambil wudhu'..

Then terus gerak ke Shin-Osaka. So dari Dotonbori, naik Midosuji Line ke Shin-Osaka ok! Sampai apartment, kami siap-siap terus gerak ke Kansai Airport! Nak balik dahhh.... Kami letak kunci kat postbox untuk check-out. Jangan lupa buang sampah dalam bilik kat bawah apartment.. 

Naik train dari JR Shin-Osaka ke Kansai naik Haruka Ltd. Train setiap 30 minit. 50 minit perjalanan. Kalau tak pasti tanya je encik polis. Naik train jam 8.15 pm. Smooth journey to the airport.

Lets go home!

Jadual train..

Tunggu train Haruka sampai..

Mengendong bag...

Bersih sangat kan dalam train tuuuu..

To Terminal 1!

T1 - South.

Sampai airport, nak pergi check-in time tengah beratur tu.. Ain teringat handphone dia takde. HILANG!! Dia bajet dalam train Haruka tu. Dia pun bergegas pergi balik ke tempat kaunter JR tu tanye. FORTUNATELY...... Nasib ada wehhhh. Fuhhhhh. Bagus nye orang Jepun ni. Kitorang bajet orang cleaner tu nampak, then dia pass to kaunter JR.. Kalau kat Malaysia.. kau rasaaaaaaaaaaaaaa?????? Hahaha.

So habis check-in, dapat tahu yang orang yang tak nak masuk luggage pun kena beratur jugak. Dahla Kak Ana & Iman tak beratur punn.. Tak faham aku. Selalu beratur masa kat document check je kan. Sebabnya orang imigresen nak tengok boarding pass. So ingat yeee, korang nak masuk luggage ke tak ke, sila check-in semua orang kat kaunter! Kena tunggu Kak Ana & Iman check-in. Then cepat-cepat masuk imigresen..

Then masa kat scan bag tu, tak tau la kenapa, orang lain punya bag yang kena check, orang lain kat belakang ni semua stop tak boleh jalan jugak. Delay dah kat situ. Risau ni gate close 11.05 pm. Mase tu dah 10.45 pm. Flight jam 11.30 pm. Kat situ je dah 10 minit. Nasib baik kat bahagian check passport sekejap je. Berlari laa pergi kat gate.. Macam kena kejar pencurik dah aku rasa.... Penat betul. Dengan nak naik train lagi pergi gate tu kann... Ain memang dah lesap pergi dulu. Dalam hati ni dok doa la Ain cakap kat pilot tu jangan tutup gate lagi. Hahaha.

Sampai memang around 11.05 pm. Debor gila masa tu.. Nasib orang baru nak buka pintu gate. Fuhhh. Pastu ramai lagi orang kat belakang kitorang rupanyaaaa..... Sampai KL jam 5.30 pagi. Yay!

Habis sudah perjalanan kat Jepun!

A must come back to Japan!

Byeeee!

Monday, January 25, 2016

Japan Short Trip: Universal Studios, Osaka

Assalamualaikum!

Previous post:-


16 Mei 2015

Harini hujan. Gerimis. Breakfast nasi goreng. Then siap-siap keluar dalam jam 8 pagi.. Singgah Family Mart beli air 100 Yen.

Ni la Family Mart selalu singgah sebelum jalan2 kat Osaka..

Ada flea market pagi tu depan JR Shin Osaka. Jual barang-barang antik..

Mendung je kann?

Plan kami pagi tu nak ke Universal City, Osaka! Kalau tak tau nak naik apa, masuk website HyperDia ni, pilih je route mana ikut masa korang. Senang. Tak payah pening tengok map subway. :) 

Ni contoh dari Universal City ke Tenjimba-blablabla panjang betul nama... Haha.

Naik JR Shin Osaka ke JR Osaka. Then, naik subway Osaka City Loop ke Nishikujo then naik JR pergi Universal City. Ikut je HyperDia tu nak naik Line apa...

My morning view...

Waiting for the train...

Nampak signboard ni, betul lah tu laluan korang tu.. Hehe..

Nampak tak wanita2 Jepun itu? Aku tengok cara pemakaian dorang tu macam bukan orang Osaka jeee. Haha baru dua hari kat Osaka terus fikir macam tuuuu... ;D

Sampai sudah! JR Universal City!

Still hujan lagi masa sampai ni... Kitorang amik gambar jeeeee la. Tak masuk punnnnnnn.. Janji sampai! Haha.. 

Jalan-jalan....

Pintu gerbang..

Gambar wajib depan bumi pusing-pusing.. Heheh

Kaunter ticket depan tu.
Haa kalau hujan orang Uni Studios pakai baju hujan tuuu okkk!

Admission Ticket.
7,200 Yen for 1 day pass.. Dalam RM 250++

Haa roller coaster depan-depan jeee... 

Hard Rock Cafe. Kak Ana shoping sakan dalam ni...

Singgah satu kedai ni... 
Kegemaran pembaca komik...

Kedai ni memang jual barang2 kartun Jepun..

Dragon Ball............... 

Habis pusing-pusing, patah balik ke subway...

Ok dah byee!

Monday, December 7, 2015

Japan Short Trip: Hikone & Dotonbori, Osaka

Assalamualaikum!

Previous post:-


14 Mei 2015

Sampai Shin-Osaka, kami exit west gate untuk ke apartment yang kitorang sewa. Dah ada orang tunggu kami kat luar station. Tak ingat namanye, dan English dia pun tak ok sangat. So dia just bagi kunci dan tunjuk bilik. Barang-barang pun takde sangat la dalam apartment tu. Tapi boleh la kan. Asal ade tempat tido. Rehat kejap lepas tu keluar jalan-jalan.

Apartment kitorang stay kat Shin-Osaka ni, booked kat Airbnb.. Dalam lebih kurang RM 600 untuk 2 malam. Share la 4 orang. Lokasi pun dekat jugak dengan Shin-Osaka station. Gambar tak de pulak amik. Tak sempat. 

View malam hari kat apartment...

Jadinye petang tuuuu nak pergi Lake Biwa. Sebenarnya nak tengok Torii Gate besar kat tengah laut yang ada kat situ. Kira macam yang dekat Hiroshima tu. Disebabkan tak sempat nak pi Hiroshima, ingat nak try pergi Lake Biwa kot la jumpaaa.. Lake Biwa ni tasik air tawar terbesar kat Jepun ye. 

Bila tengok map, dari Kyoto lagi dekat nak pergi Lake Biwa ni. Tapi sebab pakai Kansai Pass kan, mari redahhh sajeee dari Shin-Osaka. Plan kitorang.. Naik JR Tokaido-Sanyo line ke JR Maibara Station. Tapi masa tu dah pukul 6 tau. Expected sampai around 7. Tiba-tiba train berhenti kat Yasu Station. Entah kenapa. Terpaksa tukar train. Next train dalam 20 minit pulak tu. Bila tengok map, JR Maibara ni jauh sikit. Jadi tukar plan, kitorang redah JR Hikone Station. 

Dalam train ke Hikone

Tapi Hikone ni kan. Sesuatu sangat. Sunyi gila tempat tu. Tak faham aku. Dari jauh dah nampak cahaya dari Hikone Castle. Tapi nak pergi dekat, jalan dah gelap. Masa ni dah 7.30 pm. Gelap oi. Nampak gitu2 je la castle nye punnn... Cun lah atas bukit. Belakang castle tu la Lake Biwa. 

Setelah membuat ujikaji, nak tengok Torii Gate tu, naik JR ikut Kosei Line ke station JR Omi-Takashima. Lepastu kena naik teksi turun kat Shirahige Jinja. Klik link tu nak tengok gambar Torii.

Nampak tak cahaya putih hujung tuuuuu?? Castle yang sipi-sipi je nampakkkk... Hahaha


Kedai tak buka pun..


Sendu je haaa bandar Hikone..


Banyak jugak kedai makan bukak. Tapi macam takde orang pun..

Akhirnya, kami pulang laaa ke Shin-Osaka. Takde rezeki nak tengok Torii. Sesat tah kemana. Haha. Habis masa dalam train je uols. Sejam kot dalam train tuuu... -___-". 

Hantar Kak Ana & Iman balik apartment dulu. Aku dengan Ain nak pi jalan kat Osaka. Masa ni dah jam 9.40 malam oi. Naik subway Midosuji Line (red) ke Namba Station. 280 Yen, 15 minit. Pukul 10 malam ramai orang lagiii pe citaaaa??? Tak reti nak balik tidoq kaa... 


Ramai orang lagi. Semua still pakai coat.

Malam tu kita pergi Dotonbori. Exit 25/14 kat Namba Station. Dotonbori ni banyak kedai makan. So lively! Ramai sangat orang. Jalan-jalan area Dotonbori Canal, jumpa Glico Man. Aku macam, ape benda laa Glico Man ni oiii? Tak pernah dengar pun.. Apa yang femes sangat dengan orang niii??? Rupanya Glico ni nama satu syarikat candy kat Jepun. Patutla macam pernah dengar nama gula-gula Glico. Kira Glico Man ni trademark company tu laaaa... 

Dotonbori. Kiri kanan kedai makan.


Pastu ada orang pakai spender SAHAJA kat sini malam tu.. Dok amik gambar macam Glico Man ni. MOTIPP??

Dotonbori Canal

Jalan sikit nampak orang jual takoyaki. 350 yen untuk 5 ketul. Layan. Sedap jugak la situ..

Dotonbori yang penuh dengan signboard warna warni...

Takoyaki stall..

Nyum nyum..

Aku rasa Dotonbori ni agak kotor sikit lahh. Maybe sebab sini memang tempat orang jalan-jalan makan, pastu buang sampah merata... 

Lepas makan kat situ, cepat-cepat naik subway ke Shin-Osaka takut subway tutup. Masa tu pulak dah pukul 11.30 pm ok. Risau aku. Tapi orang ramai gilaaa balik kerja ke minum sakei ni. Hehe. Sebenarnya subway dorang last pukul berapa hah??

Balik ke Shin-Osaka naik subway midosuji line jugak. 280 Yen. Ramai sangat oranggg oii kat station punnn. Lain betul dari Hikone tadi. Hehehe. Sebelum balik apartment singgah Family Mart beli air 100 Yen. Sampai bilik pukul 12 kot. Sempat masak nasi ni. Makan jap then tidur. 

OK itu ajeeee...

Byeeeeeeee!